Selepas bersaing sengit selama lapan minggu bagi membuktikan kemampuan untuk bergelar anak seni, akhirnya fanalis Aiman Ameer dinobatkan selaku Juara Hero Remaja 2023 manakala Juara Dewi Remaja 2023 pula disandang oleh finalis Nurel Bahrin.

Kemenangan tersebut sekali gus membolehkan Aiman dan Nurel membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai berhumlah RM10,000 setiap seorang dan trofi.

Malah, Nurel turut menerima mahkota Dewi Remaja yang telah diserahkan oleh juara edisi terdahulu yang juga merupakan pelakon, Tracie Sinidol.

Manakala selempang Hero Remaja 2023 milik pula disarungkan oleh Juara Hero Remaja 2021, Mierul Aiman.

Naib juara Hero dan Dewi Remaja 2023 pula telah disandang oleh finalis Fitri Farok dan Arabella.

IKLAN

Kedua-dua mereka menerima hadiah wang tunai berjumlah RM7,000 setiap seorang.

Sementara itu, bagi ketegori Hero dan Dewi Inspirasi pula, anugerah tersebut telah dinobatkan kepada finalis Aiman Ameer dan Adrina seterusnya merima hadiah berupa kontrak bernilai RM20,000 tajaan, Yaya Empire.

Kategori HeroDewi favourite pula jatuh kepada finalis Razin Qidran dan Nurel Bahrin. Anugerah ini telah diberikan kepada finalis yang mendapat undian tertinggi daripda peminat sepanjang lapan minggu.

IKLAN

Razin dan Nurel telah membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000.

Dalam pada itu, anugerah yang baru sahaja diperkenal iaitu Best Chemistry Duo telah dimenangi oleh fanalis Jay Iskandar dan Arabella .

Keserasian yang telah mereka tunjukkan selama program berlangsung telah melayakkan mereka membawa pulang wang tunai berjumlah RM1,000

IKLAN

Kesemua finalis diadili barisan juri yang terdiri daripada Scha Alyahya, Datuk Aznil Nawawi dan Datuk Yusry Abd Halim.

Pentas Akhir Hero Dewi Remaja dihoskan oleh gandingan pengacara Hawa Rizwana dan Fazziq Muqriz.

Pentas Hero Dewi Remaja 2023 yang berlangsung di Dewan Konvensyen CIDB, Kuala Lumpur turut diserikan lagi dengan pesembahan daripada penyanyi Nadeera Zaini dan Aishah Retno.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI