Ads

Adam Nazmie Kuasai Big Stage Rocketfuel Minggu Ketiga Dengan 74.33%, Tiada Rezeki Sabrina Jadi Peserta Kedua Tersingkir

Saingan minggu ketiga Big Stage X Rocketfuel malam tadi menyaksikan Sabrina diumumkan sebagai peserta kedua yang tersingkir menerusi konsert mingguan yang bertemakan ‘Time Code’ itu.

Sabrina yang mempersembahkan lagu popular Allahyarham Siti Sarah, Ke Hujung Dunia, gagal mara ke minggu keempat selepas hanya mencatat markah terendah, iaitu 59.00 peratus.

Adam Nazmie Kuasai Big Stage Rocketfuel Minggu Ketiga Dengan 74.33%, Tiada Rezeki Sabrina Jadi Peserta Kedua Tersingkir Adam Nazmie Kuasai Big Stage Rocketfuel Minggu Ketiga Dengan 74.33%, Tiada Rezeki Sabrina Jadi Peserta Kedua Tersingkir

Adam Nazmie Di Kedudukan Teratas

Sementara itu, kedudukan pertama menjadi milik duo Adam Nazmie menerusi persembahan Raikan Cinta, lagu nyanyian asal Datuk M. Nasir.

Mereka meraih markah tertinggi sebanyak 74.33 peratus, selain turut menerima respon positif daripada barisan juri.

Tempat kedua dan ketiga pula masing-masing menjadi milik Ranisha dan Qilo, manakala Hussain berada di kedudukan keempat dengan 68.33 peratus.

Ads

Lebih bermakna, Hussain sekali lagi dinobatkan sebagai Rocketstar of The Week selepas memperoleh undian dalam talian tertinggi bagi minggu kedua.

Baca Artikel Lain; 

https://www.mediahiburan.my/akan-kembali-ke-pekerjaan-lama-sufie-rose-raih-57-33-jadi-peserta-pertama-tersingkir-rasa-patut-diberikan-lebih-peluang-serlah-bakat/

Ads

Adam Nazmie Kuasai Big Stage Rocketfuel Minggu Ketiga Dengan 74.33%, Tiada Rezeki Sabrina Jadi Peserta Kedua Tersingkir Adam Nazmie Kuasai Big Stage Rocketfuel Minggu Ketiga Dengan 74.33%, Tiada Rezeki Sabrina Jadi Peserta Kedua Tersingkir

Persaingan Sengit Rebut Kontrak Rakaman

Selain Sabrina, Rieffa dan Yad-Z turut berada dalam kelompok tiga terbawah minggu ini.

Sepanjang lapan minggu pertandingan, para peserta akan bersaing untuk merebut tiga tempat pemenang utama yang bakal menerima Rocketfuel Artist Development Contract bernilai keseluruhan sehingga RM200,000.

Ads

Ganjaran tersebut merangkumi penghasilan single dan video muzik, latihan vokal, pembangunan imej, sokongan pemasaran serta bimbingan kerjaya secara profesional.

Anda mungkin berminat dengan

Seramai 10 peserta berentap pada musim ini, terdiri daripada Sufie Rose, Qilo, Rieffa, Danny, Aliff Kimiey, Yad-Z, Ranisha, Danial Kifli, Sabrina serta duo Adam & Nazmie.

Dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Azeva Natassha, Big Stage X Rocketfuel bersiaran setiap Ahad, jam 9.00 malam di Astro Ria serta boleh distrim menerusi Astro GO dan Sooka.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial)

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Jika Terlambat, Saya Akan Minta Maaf. Namun…,” – Bukan Diva Atau...

Pelakon Jazmy Juma menafikan dakwaan yang mengaitkan dirinya sebagai artis yang tidak berdisiplin dan berlagak ‘diva’ ketika berada di set penggambaran.
error: Hello. Cannot.