
Dalam era media sosial yang berkembang pesat, kerjaya sebagai influencer atau pempengaruh bukan lagi sekadar hobi, malah kini menjadi antara peranan yang semakin mendapat perhatian dalam kalangan anak muda khususnya.
Berbekalkan kreativiti dan platform digital, ramai juga yang sanggup mengejar impian untuk mencipta nama, meraih populariti serta mengubah kehidupan mereka.
Mengangkat realiti tersebut, Astro Vinmeen tampil dengan siri drama Tamil terbaharu, Maara, yang menyorot cabaran, pengorbanan dan liku-liku perjalanan seorang anak muda mengejar impian dalam dunia media sosial.

Sebagai ‘Home of Drama’, Astro terus komited menyajikan kandungan tempatan berkualiti tinggi yang relevan serta dekat di hati penonton.
Naskhah arahan Jeyapragash Jeyamurthi itu mengisahkan tentang Maragathavalli atau Maara, seorang pelajar universiti berusia 19 tahun lakonan Dishaaleny Jack yang memasang tekad besar untuk mengubah nasib keluarganya dengan menceburi dunia sebagai seorang pempengaruh (influencer).

Bagaimanapun, perjalanan mengejar impian itu tidak semudah yang disangka apabila Maara terpaksa berdepan pelbagai cabaran serta tekanan dalam dunia media sosial yang cukup kompetitif.
Bukan Sekadar Kisah Glamor, Sarat Nilai Kehidupan
Dalam perjalanan tersebut, Maara dibimbing oleh mentornya, Alice yang dilakonkan oleh Punitah Shanmugam.

Kehadiran Alice menjadi titik penting dalam hidup Maara apabila banyak membantunya memahami realiti serta selok-belok dunia digital, di samping membentuk keyakinan dan kematangan dalam setiap keputusan yang diambil.

Mengetengahkan perjalanan yang penuh emosi, Maara bukan sekadar memaparkan sisi glamor kehidupan seorang influencer.
Sebaliknya, drama ini membuka ruang kepada penonton untuk memahami konflik dalaman, dilema kehidupan serta proses mencari identiti diri yang sering dilalui generasi muda dalam usaha mengejar impian.

Anda mungkin berminat dengan
Dalam masa sama, Maara turut menyelitkan mesej penting mengenai nilai integriti, empati dan kesedaran terhadap harga diri, sekali gus menjadikan jalan ceritanya lebih dekat dengan realiti semasa serta memberi impak yang mendalam kepada penonton.
Malah, Maara turut membuktikan bahawa drama Tamil tempatan mampu tampil sebagai karya berkualiti yang bukan sahaja menghiburkan, malah sarat dengan nilai dan pengajaran.

Maara bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, pukul 9.30 malam di Astro Vinmeen (Saluran 202) dan turut boleh distrim menerusi Astro One serta Sooka.
Selain Dishaaleny Jack, drama ini turut dibintangi barisan pelakon berbakat seperti Punitah Shanmugam, Thivyah Kia, Sattiya Kandi, K Prakash dan ramai lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

