Ads

Big Stage Rocketfuel: Qilo Gegar Minggu Pertama Capai 85%, Hussain Pula Tempat Keempat Sebagai Peserta Ke-11 & Tiada Penyingkiran

Pendatang baharu, Qilo sukses memulakan saingan Big Stage X Rocketfuel dengan langkah kanan malam tadi apabila muncul sebagai peserta yang memperoleh markah tertinggi pada konsert minggu pertama.

Menerusi persembahan bertenaga dengan membawakan lagu If I Ain’t Got You nyanyian asal Alicia Keys, Qilo berjaya memukau barisan juri sekali gus meraih 85% markah keseluruhan.

Kedudukan kedua pula menjadi milik Yad-Z, diikuti Ranisha di tempat ketiga, masing-masing dengan dengan 82% dan 81%.

Sementara itu finalis Talk To My Manager 2  (TTMM2), Hussain yang diumumkan sebagai peserta ke-11 musim ini terus memberikan saingan apabila berjaya menduduki tempat keempat pada minggu pertama.

Hussain membawakan lagu Anuar Zain, Lelaki ini berjaya meraih markah sebanyak 79.67%.

Baca Artikel Lain;

Ads

https://www.mediahiburan.my/mereka-datang-menyanyi-menakluk-industri-aisha-retno-wani-kayrie-alpha-bukti-dominasi-for-real/

Big Stage Rocketfuel: Qilo Gegar Minggu Pertama Capai 85%, Hussain Pula Tempat Keempat Sebagai Peserta Ke-11 & Tiada Penyingkiran Big Stage Rocketfuel: Qilo Gegar Minggu Pertama Capai 85%, Hussain Pula Tempat Keempat Sebagai Peserta Ke-11 & Tiada Penyingkiran Big Stage Rocketfuel: Qilo Gegar Minggu Pertama Capai 85%, Hussain Pula Tempat Keempat Sebagai Peserta Ke-11 & Tiada Penyingkiran Big Stage Rocketfuel: Qilo Gegar Minggu Pertama Capai 85%, Hussain Pula Tempat Keempat Sebagai Peserta Ke-11 & Tiada Penyingkiran

Tiada Penyingkiran!

Dalam pada itu, Sufie Rose, Aliff Kimiey dan Sabrina pula tidak bernasib baik apabila berada di kelompok tiga terbawah bagi minggu pembukaan pertandingan.

Ads

Bagaimanapun, ketiga-tiga peserta masih berpeluang meneruskan cabaran apabila tiada penyingkiran diumumkan.

Sepanjang lapan minggu pertandingan, para peserta akan bersaing merebut peluang bergelar juara, dengan tiga pemenang utama bakal membawa pulang Rocketfuel Artist Development Contract bernilai sehingga RM200,000 secara keseluruhan.

11 Peserta Rebut Kontrak Bernilai RM200,000

Dalam pada itu, musim kali ini menyaksikan seramai 10 peserta asal berentap iaitu Sufie Rose, Qilo, Rieffa, Danny, Aliff Kimiey, Yad-Z, Ranisha, Danial Kifli, Sabrina serta duo Adam & Nazmie, sebelum Hussain diumumkan sebagai peserta ke-11.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

Ganjaran ditawarkan merangkumi penghasilan single dan video muzik, latihan vokal, pembangunan imej, sokongan pemasaran serta bimbingan kerjaya secara profesional.

Program yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Azeva Natassha itu bersiaran setiap hari Ahad, jam 9 malam di Astro Ria, selain boleh distrim menerusi Astro GO dan Sooka. penuh menerusi Astro GO dan Sooka.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial)

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Tak Mahu Kedengaran Dibuat-Buat,” – Aniq Suhair Ada Sebab ‘All Out’...

Pelakon Aniq Suhair menyahut cabaran baharu dalam karier lakonannya apabila perlu menguasai dialek Perak bagi menjayakan watak Mamat menerusi drama romantik komedi terbaharu, Ate...
error: Hello. Cannot.