Ads

“Saya Sibuk Jadi ‘Champion Wife’,” – King Coco Akui Hidup Lebih Tenang, Berehat Daripada Aktif Di Media Sosial & Fokus Bisnes

King Coco
King Coco

Pempengaruh dan usahawan sensasi, King Coco mengakui kehidupannya kini jauh lebih tenang selepas mengambil keputusan untuk berehat seketika daripada terus aktif daripada dunia media sosial.

Menurut King Coco atau nama sebenarnya Marshaira Ismail, tempoh tersebut banyak dimanfaatkan untuk memperbaiki diri dan menjadi insan yang lebih baik.

“Saya Sibuk Jadi ‘Champion Wife’,” – King Coco Akui Hidup Lebih Tenang, Berehat Daripada Aktif Di Media Sosial & Fokus Bisnes

“Saya sangat sebak bila mengenang kembali perjalanan saya di media sosial. Ada banyak hal yang berlaku termasuklah kecaman. Selama tiga hingga empat tahun ini, saya rasa lebih tenang.

“Bila kita sudah mencapai ketenganan itu, saya rasa sebak bila nak kongsikan kepada semua orang,” kata King Coco kepada MH.

King Coco berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran produk makanan tambahan, I Am Coco yang berlangsung di W Hotel, Kuala Lumpur, pada Ahad.

Dalam masa sama, dia turut mengakui fasa berehat daripada media sosial memberinya ruang untuk menilai semula kehidupan serta belajar daripada kesilapan lalu.

“Saya Sibuk Jadi ‘Champion Wife’,” – King Coco Akui Hidup Lebih Tenang, Berehat Daripada Aktif Di Media Sosial & Fokus Bisnes

“Dahulu, bila kita selalu jadi perhatian, banyak sangat perkara negatif yang berlaku. Orang Melayu panggil ia penyakit ain. Mungkin dulu saya selalu kata, saya tak kisah apa orang nak cakap.

Ads

“Namun, sejujurnya ada kalanya saya rasa agak sedih lebih-lebih lagi selepas bercerai. Saya kena cari balik siapa diri saya yang sebenar. Sebab itu saya berehat seketika daripada media sosial,” ujarnya lagi.

Baca Artikel Lain;

https://www.mediahiburan.my/anggrek-berjaya-buktikan-usia-bukan-penghalang-adira-kawal-impak-populariti-anak-sebagai-ibu-takut-juga-dengan-pujian-yang-berlebihan/

King Coco Fokus Jadi Isteri, Syukur Temui Kebahagiaan 

Mengulas kehidupannya kini, King Coco berkata fokus utamanya lebih tertumpu kepada rumah tangga, terutama selepas mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama pelakon dan usahawan Singapura, Nick Mikhail Razak.

“Saya Sibuk Jadi ‘Champion Wife’,” – King Coco Akui Hidup Lebih Tenang, Berehat Daripada Aktif Di Media Sosial & Fokus Bisnes

Ads

“Selama menghilangkan, saya sibuk menjalan tugas sebagai champion wife buat suami saya. Seperti semua tahu, saya sudah berkahwin buat kali yang kedua.

“Kini, fokus saya lebih tertumpu untuk menjalankan tugas sebagai isteri,” ujarnya lagi.

Menurut King Coco, kehidupannya kini lebih bahagia kerana ditemani seorang pasangan yang sentiasa menghargai dirinya. Bagaimanapun, dia mengakui setiap perkahwinan tetap mempunyai cabaran tersendiri.

“Saya Sibuk Jadi ‘Champion Wife’,” – King Coco Akui Hidup Lebih Tenang, Berehat Daripada Aktif Di Media Sosial & Fokus Bisnes

“Memang benar. Saya tak nafikan perkara itu. Saya merasakan diri saya kini berada di tangan yang tepat. Namun, saya tak boleh katakan perkahwinan saya ini sentiasa indah, hari-hari bahagia atau selalu tersenyum.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

“Ada sahaja hari di mana usahanya 60% dan saya pula 40 peratus. Begitu juga sebaliknya. Alhamdulillah kami terima kekurangan masing-masing.

“Mungkin itu yang buatkan hubungan kami kuat,” kongsinya lagi.

Selain berkongsi mengenai perjalanan hidupnya, King Coco turut memperkenalkan produk minuman I Am Coco yang tercetus daripada pengalaman dirinya sendiri selepas melahirkan anak.

Menurutnya, produk tersebut bukan sahaja membantu dari aspek penurunan berat badan, malah turut mengembalikan keyakinan diri dalam kalangan wanita.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

@mediahiburanofficial Pempengaruh dan usahawan sensasi, King Coco mengakui kehidupannya kini jauh lebih tenang selepas mengambil keputusan untuk berehat seketika daripada terus aktif daripada dunia media sosial. Menurut King Coco atau nama sebenarnya Marshaira Ismail, tempoh tersebut banyak dimanfaatkan untuk memperbaiki diri dan menjadi insan yang lebih baik 💕🤲🏻 #MHnews #MediaHiburan ♬ original sound – Media Hiburan

Kredit Foto: Instagram King Coco

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Bellaz

Mua Bellaz Belum Sedia Lepas Anak Sertai Program TV, & Selesa...

Pempengaruh dan usahawan, Mua Bellaz menjelaskan dia belum bersedia untuk membenarkan anak-anaknya terlibat dalam mana-mana program realiti nyanyian meskipun difahamkan pernah menerima tawaran sedemikian. Bellaz...
error: Hello. Cannot.