Ads

Nylea Adzlan Terpaksa Tolak Tawaran Puteri Gunung Ledang The Musical, Tarikh Bertembung Dengan Jadual Internship – “Sayang, Tapi….”

Nylea
Nylea

Pelakon dan Juara Dewi Remaja 2025, Nylea Adzlan terpaksa melepaskan peluang untuk menyertai pementasan teater Puteri Gunung Ledang The Musical biarpun sudah terpilih sebagai salah seorang kumpulan pelakon (ensemble) bagi produksi berkenaan.

Menurut Nylea, keputusan itu dibuat selepas dia berdepan kekangan masa kerana perlu memberi tumpuan kepada latihan industri (internship) yang sedang dijalani bagi melengkapkan pengajiannya.

Jadual Internship Bertindih Dengan Bengkel Teater

Nylea Adzlan Terpaksa Tolak Tawaran Puteri Gunung Ledang The Musical, Tarikh Bertembung Dengan Jadual Internship – “Sayang, Tapi….”

“Saya dapat tawaran untuk terlibat di dalam pementasan teater Puteri Gunung Ledang. Namun, saya terpaksa berhadapan dengan konflik masa dan jadual pula.

“Kesemua pelakon yang terlibat perlu menghadiri sesi bengkel selama seminggu untuk mendapatkan pendedahan dan asas tentang budaya jawa.

“Dalam tempoh bengkel tersebut dijalankan, saya tiada waktu yang terluang kerana ia bertindih dengan waktu kerja saya sebagai pelajar ‘intern’ di sebuah bank.

“Ketika mereka maklumkan mengenai sesi bengkel tersebut, tempohnya agak singkat untuk saya memohon cuti. Jadi, saya tidak dapat nak berikan komitmen,” katanya kepada MH.

Mengulas lanjut, Nylea mengakui dia berasa berat hati untuk menolak tawaran tersebut memandangkan Puteri Gunung Ledang The Musical merupakan sebuah produksi besar yang menjadi impian ramai penggiat seni.

Ads

Nylea Adzlan Terpaksa Tolak Tawaran Puteri Gunung Ledang The Musical, Tarikh Bertembung Dengan Jadual Internship – “Sayang, Tapi….”

“Sejujurnya saya rasa sangat sayang kerana terpaksa menolak tawaran ini. Ini adalah pementasan yang sangat besar dalam dunia teater.

“Namun, tak mengapalah. Saya percaya susunan masa dan perangan Allah SWT. Saya serahkan segalanya kepada Dia. Semoga satu hari nanti ada rezeki buat saya,” kongsinya lagi.

Baca Artikel Lain;

https://www.mediahiburan.my/lepas-episod-kedua-semuanya-berubah-underdog-tapi-berbisa-dewi-remaja-2025-nylea-cerita-sisi-kemenangan/

Ads

Teruja Dapat Bertemu Tiara Jaquelina

Dalam pada itu, Nylea turut berkongsi pengalaman manis ketika menghadiri sesi uji bakat Puteri Gunung Ledang The Musical, lebih-lebih lagi apabila berpeluang bertemu secara langsung dengan Datin Seri Tiara Jaquelina.

Nylea Adzlan Terpaksa Tolak Tawaran Puteri Gunung Ledang The Musical, Tarikh Bertembung Dengan Jadual Internship – “Sayang, Tapi….”

“Perasaannya sangat luar biasa. Saya menonton filem Puteri Gunung Ledang ketika usia saya masih kecil. Inilah perkara yang saya impikan sejak dahulu lagi.

“Malah, kali pertama saya menceburi bidang tarian pun disebabkan lagu Tinda Dewa. Bila dapat peluang untuk menjalani sesi uji bakat di hadapan pelakon utama Puteri Gunung Ledang, itu sudah cukup menggembirakan saya.

“Bila dapat tahu yang mereka mahu mempertimbangkan nama saya untuk terlibat di dalam produksi ini, saya sudah sangat berbesar hati,” kongsinya lagi.

Ads

Pada masa sama, Nylea menjelaskan fokus utamanya ketika ini adalah untuk menamatkan pengajian sebelum kembali aktif dalam bidang seni.

Anda mungkin berminat dengan

Nylea Adzlan Terpaksa Tolak Tawaran Puteri Gunung Ledang The Musical, Tarikh Bertembung Dengan Jadual Internship – “Sayang, Tapi….”

“Saya tahu yang saya akan terlambat sedikit berbanding rakan-rakan Dewi yang lain kerana saya tak boleh terlibat dalam pelbagai projek.

“Namun, saya percaya susunan dan aturan Allah SWT. Masa saya akan tiba juga nanti. Saya tak berlakon bukan sebab tiada tawaran.

“Ketika ini, saya sedang fokus untuk menamatkan pengajian. Saya okay sahaja. InshaAllah ada rezeki saya,” akhirinya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

@mediahiburanofficial Pelakon dan Juara Dewi Remaja 2025, Nylea Adzlan terpaksa melepaskan peluang untuk menyertai pementasan teater Puteri Gunung Ledang The Musical biarpun sudah terpilih sebagai salah seorang kumpulan pelakon (ensemble) bagi produksi berkenaan. Menurut Nylea, keputusan itu dibuat selepas dia berdepan kekangan masa kerana perlu memberi tumpuan kepada latihan industri (internship) yang sedang dijalani bagi melengkapkan pengajiannya 🫶🏻 #MHnews #MediHiburan ♬ original sound – Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Lebih Pecah, Lebih Gila & ‘Huru-Hara’! Jutawan Ekspres 2 Janji Gelak...

Selepas sukses mencipta fenomena menerusi musim pertama, drama komedi bersiri, Jutawan Ekspres kembali dengan musim kedua yang dijangka tampil lebih menghiburkan menerusi jalan cerita lebih segar, konflik yang semakin ‘pecah’ serta pelbagai kejutan untuk tontonan seisi keluarga.
error: Hello. Cannot.