Ads

“Barang-Barang Dah Standby Dalam Kereta,”- Amira Othman Kini Menunggu Hari, Fattah Amin Berdebar Nak Sambut Cahaya Mata

Pelakon Fattah Amin mendedahkan dia kini sudah bersiap sedia untuk menantikan detik kelahiran cahaya mata sulung hasil perkongsian hidup bersama isterinya, Amira Othman.

Menurut Fattah, Amira sepatutnya turut hadir ke program tersebut, namun dia memilih untuk berehat memandangkan kini sedang berada di fasa akhir kehamilan dan hanya menunggu masa untuk bersalin.

“Barang-Barang Dah Standby Dalam Kereta,”- Amira Othman Kini Menunggu Hari, Fattah Amin Berdebar Nak Sambut Cahaya Mata

“Sepatutnya Amira ada juga pada program hari ini. Namun, saya pun agak risau dengan keadaan dia sekarang yang betul-betul sedang menunggu hari untuk bersalin.

“Ketika ini, lebih baik Amira berehat. Alhamdulillah segala persiapan sudah pun disediakan termasuklah keperluan bayi dan Amira.

“Semua barang-barang sudah ada dalam kereta. Kita tinggal nak bawakan sahaja nanti,” katanya kepada MH.

Fattah berkata demikian ketika ditemui pada acara All Star Picklebash 2.0 yang berlangsung di Pickle Social Club pada Khamis.

Bakal Bersalin Bila-Bila Masa

Dalam pada itu, pelakon filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah itu memaklumkan Amira dijadualkan melahirkan cahaya mata mereka di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.

Ads

Menurutnya, mereka juga sudah mengetahui jantina bayi tersebut, namun memilih untuk merahsiakannya sehingga selepas kelahiran.

“Barang-Barang Dah Standby Dalam Kereta,”- Amira Othman Kini Menunggu Hari, Fattah Amin Berdebar Nak Sambut Cahaya Mata

“Amira bakal bersalin di sebuah hospital di Kuala Lumpur. Kami sudah pun tahu jantina anak. Namun, kami akan umumkan selepas Amira melahirkan nanti.

“Yang penting, ketika ini, kami mohon doakan yang terbaik dan urusan bersalin Amira dipermudahkan.

“Amira dijangkan akan melahirkan cahaya mata kami di pertengahan atau hujung bulan ini. Kata doktor, bila-bila sahaja Amira akan bersalin,” ujarnya lagi.

Ads

Akui Turut Rasa Gemuruh

Berkongsi perasaannya yang bakal bergelar bapa sekali lagi, Fattah mengakui dia tetap berasa gemuruh meskipun pernah melalui pengalaman sama sebelum ini.

Katanya, setiap kehamilan dan proses kelahiran mempunyai cabaran tersendiri, justeru dia dan Amira memilih untuk terus bertawakal serta mengharapkan yang terbaik.

“Barang-Barang Dah Standby Dalam Kereta,”- Amira Othman Kini Menunggu Hari, Fattah Amin Berdebar Nak Sambut Cahaya Mata

“Saya sebenarnya agak gemuruh juga. Sebab kita pun tak tahu apa yang bakal berlaku. Setiap orang lain pengalamannya. Saya dan Amira pun tak pasti lagi bagaimana kami akan lalui detik ini.

Ads

“Bila Amira ada rasa contraction, saya sangat risau. Saya akan tanya macam mana keadaan dia? Sakit lama atau sekejap? Lagipun, kita tak boleh nak agak situasi ini.

Anda mungkin berminat dengan

“Kami berdua saling bertawakal. Saya pun tak berani untuk bercakap lebih. Saya hanya doakan semua isteri dan bayi sihat. Itu sudah cukup,” akhirinya.

Untuk rekod, Fattah dan Amira mendirikan rumah tangga pada 14 September 2025.

Fattah sebelum itu pernah berkahwin dengan pelakon, Nur Fazura pada 27 November 2017 sebelum bercerai pada 7 Oktober 2024.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

Kredit Foto: Instagram Fattah Amin & Amira Othman

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Big Stage Rocketfuel: “Sebelum Ini, Nama Saya Agak Dikenali Juga. Namun…,”...

Penyanyi, Aliff Kimmy mahu memanfaatkan peluang menyertai program Big Stage Rocketfuel bagi mengukuhkan lagi namanya dalam industri hiburan dan tidak hanya dikenali menerusi media sosial semata-mata.
error: Hello. Cannot.