
Penyanyi dan komposer, Aisha Retno, akhirnya mengulas mengenai hubungannya dengan rakan penari, Imranul Effendy, susulan kejayaan projek lagu Jodoh Lebaran.
Impak luar biasa daripada lagu tersebut membuatkan ramai peminat berharap mereka menjalinkan hubungan yang lebih rapat.
Namun menurut Aisha, dia menyifatkan Imranul sebagai seorang lelaki yang sangat baik dan profesional ketika bekerja.
Buat masa ini, mereka lebih selesa berkawan.

“Imranul merupakan seorang yang sangat baik dan senang untuk bekerjasama. Kami pun baru sahaja dikenenkan di dalam projek kerja untuk lagu Jodoh Lebaran.
“Imranul merupakan seorang yang sangat profesional dalam segala aspek kerja. Untuk hal berkaitan peribadi, kami hanya fokus mengenai kerja sahaja.
“Namun, kata orang, kalau jodoh tak ke mana,” katanya kepada MH.
Aisha berkata demikian ketika ditemui di separuh akhir Anugerah Juara Lagu ke-40, baru-baru ini.
Fokus Kerjaya & Kejayaan ‘Jodoh Lebaran’
Jelas penyanyi lagu Tak Adil itu lagi, dia kini mahu memberikan sepenuh tumpuan terhadap kerjaya selepas melalui episod duka dalam perhubungan sebelum ini.

“Seperti yang saya katakan sebelum ini, saya pernah jatuh tersungkur di penghujung tahun 2024. Banyak onak duri yang saya perlu tempuhi.
“Kini, saya betul-betul nak fokus kepada kerjaya dahulu. Siapa pun yang datang di dalam hidup saya, jika dia benar-benar serius, kita akan pertimbangkan untuk ke fasa seterusnya,” kongsinya lagi.
Mengulas mengenai sambutan luar biasa lagu Jodoh Lebaran yang kini meraih lebih 20 juta tontonan di YouTube, Aisha menjelaskan bahawa segala yang berlaku sebagai aturan Allah SWT.
Katanya lagi, lagu tersebut hampir tidak dilancarkan kerana dia bimbang tidak dapat menandingi impak lagu sebelumnya, Ketipak Ketipung Raya.
Anda mungkin berminat dengan

“Semua ini adalah hasil sokongan semua pihak termasuklah daripada negara serantau. Sebenarnya lagu ini hampir untuk tidak diterbitkan. Ini adalah lagu yang dihasilkan pada saat akhir.
“Namun, Allah ada percaturannya sendiri. Kita hanya jalankan sahaja. Saya tak sangka lagu ini akan mencapai tahap seperti ini.
“Saya sebenarnya rasa agak tertekan kerana lagu Ketipak Ketipung Raya sudah berada di satu tahap yang tinggi. Saya jadi agak risau lagu jika Jodoh Lebaran tidak dapat nak menandingi lagu sebelum ini,” kongsinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

