Selepas hampir lima tahun mendirikan perkahwinan, rumah tangga pelakon Yusuf Bahrin dan penyanyi, Zizi Kirana akhirnya menemui noktah apabila pasangan selebriti itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada Khamis.
Menurut peguam syarie mewakili, Zizi yang dikenali sebagai Haiza, Yusuf telah pun melafazkan cerai talak satu di hadapan Hakim Syarie, Mohd Saifullah Hamzah.
“Prosiding yang berlangsung pada hari ini adalah satu permohonan perceraian di bawah seksyen 47 dia mana pihak Zizi dan Yusuf bersetuju untuk permohonan cerai.
“Jadi, di mahkamah hari ini, di hadapan Hakim Syarie Mohd Saifullah Hamzah telah direkodkan satu lafaz cerai oleh Yusuf terhadap Zizi dengan talak satu secara raji’e,” katanya.
Jelas Haiza lagi, segala proses melibatkan kes perceraian ini telah diselesaikan secara baik hari ini.
“Kedua-dua pihak dapat menjalankan kes ini dengan baik. Segalanya sudah selesai pada hari ini,” katanya lagi.
Tak Mahu Ulas Lanjut
Selepas berakhir perbicaraan, Zizi bagaimanapun tidak mengulas lanjut mengenai prosiding perceraian yang berlangsung hari ini.
Zizi hanya memaklumkan dirinya kini berada dalam keadaan baik dan memohon semua pihak mendoakan semoga segala urusannya dipermudahkan.
“Alhamdulillah, doakan sahaja yang baik-baik,” katanya ringkas sebelum melangkah keluar daripada bangunan mahkamah.
Terdahulu, Zizi dan Yusuf hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling pagi tadi bagi menghadiri prosiding permohonan cerai.
Sekadar informasi, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 19 September 2021 dan belum dikurniakan cahaya mata.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Pelakon Zahirah Macwilson meluahkan rasa syukur dan gembira melihat penampilan terbaharu ibunya, Maslinda Yusoff yang kini sopan berhijab.
Menurut Zahirah, ibunya telah menyatakan hasrat untuk berhijab sepenuhnya sejak beberapa bulan lalu, selain bakal menunaikan ibadah haji dalam masa terdekat.
“Saya juga tumpang bahagia buat ibu saya. Sejak beberapa bulan lalu, dia ada bagitahu saya, dia memang berniat nak pakai tudung. Ibu juga bakal pergi menunaikan haji.
“Ketika ini, dia nampak sangat gembira. Sebagai anak, sudah tentu saya menyokong keputusan dia. Ini adalah perkara baik,” katanya kepada MH.
Zahirah, yang juga isteri kepada Aiman Hakim Redza, berkata demikian ketika ditemui di majlis tayangan perdana siri terbaharu, Good Boys Go To Heaven yang berlangsung di TGV Cinema KLCC pada Rabu.
Dalam masa sama, Zahirah turut berkongsi bahawa ibunya akan berangkat ke Tanah Suci pada Mei ini.
Walaupun risau kerana kerana perlu berjauhan, Zahirah bagaimanapun reda dan yakin ibunya akan sentiasa dilindungi sepanjang mengenakan ibadah haji nanti.
“Sudah semestinya kita ada kebimbangan tapi Allah lebih mengetahui perkara yang lebih baik. Allah pasti akan melindungi dan memberikan petunjuk kepada ibu.
“Apa sahaja yang berlaku, Allah akan ada bersamanya,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, Zahirah tidak menolak kemungkinan untuk mengikut jejak langkah ibunya dengan berhijab sepenuhnya suatu hari nanti.
“InshaAllah saya juga menyimpan hasrat untuk ke arah itu juga satu hari nanti. Bila ibu sudah bersedia ke arah itu sekarang, saya sangat bersyukur,” katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Zahirah bakal muncul menerusi siri terbaharu, Good Boys Go To Heaven arahan Ariff Zulkarnain.
Naskhah berat tersebut turut dibintangi barisan pelakon seperti Beto Kusyairy, Amerul Affendi, Malek Mccrone, Firdaus Karim dan ramai lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Nourul Depp tidak berniat untuk membuka semula kisah perselisihan faham antara dirinya bersama anak sulung, Ayu Nazirah ketika muncul dalam sebuah program audio siar, baru-baru ini.
Menurut Nourul atau nama sebenarnya, Noorulhuda Abdul Wahab, apa yang dikongsikan dalam podcast tersebut adalah berbentuk nasihat umum kepada anak-anak lain, bukan untuk memburukkan anaknya sendiri.
“Kisah itu sebenarnya sudah empat tahun berlalu. Cuma pada momen di podcast itu, saya bercerita kembali. Saya bukan nak ceritakan keburukkannya. Walau apapun yang terjadi, dia tetap anak saya.
“Saya biarkan dia berjalan dahulu mencari dirinya sendiri. Dahulu pun saya melalui proses mencari diri. Saya juga ada melakukan kesilapan.
“Apa yang saya cakap dalam podcast itu hanyalah sebagai seorang ibu yang ingin memberikan nasihat kepada anak-anak yang lain.
“Walau apapun cara kita nak kejar atau jalani hidup, ibu kita tetap ibu kita. Jangan lupakan mereka. Saya dibesarkan dengan cara sebegitu. Kita kena hormat ibu bapa dan orang tua,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Kerana Terluka itu berkata demikian ketika ditemui di majlis sidang media Konsert For You Nourul di Smith & Wollensky, Kuala Lumpur pada Selasa.
Dalam masa sama, Nourul memaklumkan dia kini memilih untuk reda dan menyerahkan segalanya kepada takdir, dengan harapan hubungan bersama anaknya dapat kembali pulih suatu hari nanti.
“Saya sudah ajar hampir semua perkara kepada anak saya. Dia pun belajar pandai. Jadi, ini jalan yang dia pilih. Hal ini tidak mengganggu saya sangat. Saya sudah lepaskan perasaan itu.
“Jika soalan ini ditanya pasa tahun 2022, mungkin saya akan rapuh. Itu juga salah satu fasa yang buat saya lebih mengenali diri.
“Sebab itu juga ada pergi berguru dan mulakan program fire talk. Saya nak melupakan dan sayang diri sendiri. Bukan nak kata saya tak sayang anak-anak tapi saya harus sayang diri sendiri.
“Sebagai ibu bapa, kita sudah banyak berkorban. Kita jaga mereka dikala sakit dan sihat. Jadi, saya bertanya kepada diri, adakah layak untuk menerima kekecewaan ini?,” ujarnya.
Pada masa sama, Nourul turut menekankan kepentingan menjaga kesihatan diri dan mengelakkan tekanan berlebihan, apatah lagi selepas pengalaman menghidap penyakit serius sebelum ini.
“Kita akan sentiasa ada pergeseran dengan anak-anak dan kawan-kawan. Terpulanglah kepada anak itu sama ada dia nak mencari jalan penyelesaian atau tidak.
“Saya okay sahaja sekarang. Saya tak nak terlalu fikir yang berat-berat. Dahulu, saya pernah ada kanser. Saya tak mahu lagi ada penyakit itu.
“Situasi stress seperti ini boleh mendatangkan penyakit. Saya tak nak stress,” kongsinya.
Mengulas lanjut, Nourul menjelaskan tidak semua masalah boleh diselesaikan dengan segera, meskipun dirinya aktif menjalankan program motivasi.
“Saya buat program seperti itu untuk bantu mereka membuka minda mencari solusi masalah. Saya bukan tak boleh selesaikan masalah saya. Saya boleh.
“Tetapi ada kalanya, bila sesuatu perkara itu kita terlalu mendesak, ia akan terus menjadi lebih teruk. Bukan saya seorang punyai masalah seperti ini.
“Jadi, saya kumpulkan mereka untuk bantu untuk mencari jalan penyelesaian. Saya juga mencari kesalahan saya sebagai ibu. Kita juga buat salah walaupun buat perkara baik.
“Sebagai contoh, bila kita layan anak seperti kawan, itu sebenarnya cara yang salah. Kita kena ada batas. Saya sudah tahu salah saya dan anak. Kini saya hanya menunggu waktu dan serah pada Allah SWT,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Girl group popular, DOLLA bakal mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa menerusi penyertaan mereka di The A Festival Paris yang akan berlangsung pada 24...