Ads

“Saya Melalui Evolusi Dunia Maya Dari Zaman MySpace Sehingga Instagram, X Dan Sekarang Threads,” – Erra Fazira

Pelakon Erra Fazira berharap orang ramai agar tidak menjadi ‘enabler’ atau penyumbang kepada normalisasi budaya mendedah aib misalnya dalam hal membabitkan rumah tangga di media sosial.

Sebaliknya, setiap individu diharapkan perlu mempunyai kesedaran tinggi dalam menjaga batas privasi masing-masing.

Malah Erra atau nama sebenar Fazira Wan Chek, 52, sendiri sangat berhati-hati sebelum memuat naik sebarang perkongsian berbaur peribadi, bagi mengelakkan salah faham atau spekulasi netizen.

“Setiap kita melalui fasa kematangan. Namun sebenarnya sejak dulu lagi saya tidak muat naik hantaran yang boleh menimbulkan tanda tanya.

“Saya faham ada yang berkongsi sekadar untuk meluahkan perasaan. Namun, kadang-kadang ‘like’ atau ‘share’ sesuatu pun boleh mencetuskan persoalan.

“Sebab itu saya memilih untuk tidak berkongsi perkara yang tidak menyeronokkan. Di luar sana sudah terlalu banyak perkara toksik, yang tak menyeronokkan dan menyakitkan, jadi saya simpan sendiri,” katanya.

Ads

Erra yang sinonim digelar sebagai Primadona Filem Melayu Alaf Baharu itu berkata demikian ketika ditemui pada majlis Riang Ria Raya ACGAS 2026 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Selain Erra yang hadir ditemani suaminya Ezwan Zain, turut memeriahkan acara berkenaan ialah aktor Rosyam Nor, yang juga duta bagi jenama berkenaan.

“Saya Melalui Evolusi Dunia Maya Dari Zaman MySpace Sehingga Instagram, X Dan Sekarang Threads,” – Erra Fazira “Saya Melalui Evolusi Dunia Maya Dari Zaman MySpace Sehingga Instagram, X Dan Sekarang Threads,” – Erra Fazira “Saya Melalui Evolusi Dunia Maya Dari Zaman MySpace Sehingga Instagram, X Dan Sekarang Threads,” – Erra Fazira

Ads

Bimbang Kesan Negatif

Dalam pada itu, bintang Hingga Hujung Nyawa ini juga turut menyatakan kegusaran melihat trend masyarakat kini yang terlampau terbuka berkongsi hal ‘kain dalam’ di laman maya.

Baginya, keterbukaan tanpa batasan itu boleh mengikis sifat malu seseorang individu, sekali gus berisiko memberi impak negatif terhadap sahsiah generasi akan datang.

“Saya melalui evolusi dunia maya dari zaman MySpace sehingga Instagram, X dan sekarang Threads. Sejujurnya saya tidak mengikuti trend di Threads atau platform lain (yang terlalu terbuka).

Ads

“Apa pun, mengingatkan sesama kita adalah tanggungjawab bersama. Jika tiada permintaan, tidak akan ada yang berkongsi perkara seperti itu.

Anda mungkin berminat dengan

“Bagi saya kita perlu ada kesedaran dan rasa tanggungjawab. Dalam Islam sendiri mementingkan sifat malu. Jadi jangan normalisasi trend dedah aib. Jangan jadi ‘enabler’,” katanya lagi.

Sejak mendirikan rumah tangga pada 11 Disember tahun lalu, kehidupan Erra dan Mr. E terus menjadi sorotan ramai yang menyifatkan mereka sebagai pasangan matang yang serasi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Bila Dapat Tahu Keputusan Tu…,” – Lagu Cak Cak Cekuk Bakal...

Penyanyi Wani Kayrie bersyukur apabila ada yang meramalkan lagu, Cak Cekuk bakal mencipta kejutan seterusnya menjadi antara pencabar utama di Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40).
error: Hello. Cannot.