Penyanyi remaja, Viviana Zairi meluahkan rasa kecewa apabila sering menjadi sasaran kecaman segelintir netizen yang bukan sahaja mengkritik bakat nyanyiannya, malah turut menyentuh soal rupa paras dan fizikalnya.
Menurut Viviana, setiap individu berhak memberikan pandangan tersendiri mengenai bakatnya.
Namun, dia berharap kritikan yang diberikan tidak melampaui batas sehingga boleh menjatuhkan maruah seseorang.
“Maaf kalau saya tiada pakej di mata korang. Kalau tidak suka dengan bakat saya, jangan hina rupa dan fizikal saya,” tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan oleh anak kepada penyanyi, Ani Maiyuni itu menerusi satu hantaran di aplikasi Threads.
Kecaman Sejak TTMM2
Luahan berkenaan dipercayai dibuat susulan impak komen-komen negatif yang diterimanya sejak aktif dalam dunia hiburan.
Ads
Sebelum ini, Viviana turut menjadi perhatian apabila menerima pelbagai kritikan daripada netizen sepanjang penyertaannya dalam program realiti, Talk To My Manager musim ke-2 (TTMM2).
Kenyataan yang dimuat naik itu turut mendapat sokongan daripada ramai netizen yang menggesa orang ramai supaya lebih berhemah ketika memberikan pandangan di media sosial.
Malah ada juga berpendapat kritikan terhadap persembahan atau bakat adalah perkara biasa dalam industri hiburan. Namun, serangan peribadi yang melibatkan penampilan fizikal tidak sepatutnya berlaku.
Berikut merupakan antara komen-komen netizen;
“Sayang, awak sempurna seadanya.
Bukan sahaja cantik, malah awak juga seorang yang baik hati, yakin dengan diri sendiri dan sememangnya berbakat.”
Ads
“Mereka hanya mampu bercakap di belakang awak kerana itulah tempat mereka sebenarnya. Di belakang, bukan di hadapan awak.”
“Saya ini dari Singapura dan saya sokong awak sepenuhnya. Abaikan saja komen-komen yang negatif itu. Awak sudah cantik seadanya, dan teruslah kuat selalu.”
“Awak tahu tak? Awak sebenarnya lebih daripada apa yang awak lihat di cermin. Bakat awak jauh lebih besar daripada apa yang awak jangka. Awak mampu bersinar lebih terang daripada bintang-bintang di langit.”
“Abaikan sahaja para pembenci ini. Awak sudah melakukan yang terbaik dan saya percaya awak mampu pergi jauh. Terus maju jaya Viviana.”
Terdahulu, selepas tersingkir pada minggu suku akhir TTMM2, Viviana dikhabarkan bakal melancarkan single terbaharu dalam masa terdekat.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas sekian lama dinantikan peminat muzik rock dan metal tempatan, dua nama besar dalam industri muzik tanah air, Cromok dan Barbarik, akhirnya bakal berkongsi pentas dalam satu malam yang cukup istimewa.
Dua nama besar ini akan bersatu menerusi konsert Black On White Cromok-Barbarik yang dijadual berlangsung pada 27 Jun depan di IdeaLive Arena, 3 Damansara, Petaling Jaya.
Menggabungkan dua kumpulan berpengaruh dengan identiti muzik yang berbeza, konsert anjuran KARL Legacy dengan kerjasama Pentas Barbarik itu dijangka menjadi antara persembahan paling dinanti peminat muzik rock tahun ini.
Bukan sekadar persembahan biasa, Black On White tampil dengan konsep tersendiri apabila mengangkat elemen penceritaan dan pengalaman konsert yang lebih menyeluruh buat penonton.
Lebih menarik, peminat bakal disajikan dengan sebuah segmen khas tribute kepada kumpulan legenda Kembara menerusi pendekatan susunan muzik yang lebih segar tanpa merosakkan melodi asal.
Gitaris Barbarik, Jobranko berkata, idea segmen berkenaan tercetus bagi memberi warna berbeza kepada keseluruhan perjalanan konsert selain menghargai kumpulan yang banyak memberi inspirasi kepada mereka sejak zaman remaja.
“Saya memang tak suka buat konsert yang terlalu ‘straight forward’. Bagi saya, orang beli tiket bukan sekadar mahu tengok band main lagu, tetapi mereka mahu sebuah pengalaman.
“Sebelum ini saya pernah berkolaborasi dengan beberapa kumpulan lain, tetapi bersama Cromok cabarannya lebih besar kerana karakter vokal Mus dan Sam sangat berbeza. Jadi kami fikir perlu ada sesuatu yang boleh buat peminat lebih teruja untuk datang menyaksikan konsert ini,” katanya.
Tambah Joe, kedua-dua kumpulan mereka bersepakat memilih lagu-lagu Kembara kerana kumpulan itu mempunyai karya malar segar yang dekat dengan jiwa mereka selain sarat mesej dan nilai kehidupan.
“Kami membesar dengan lagu-lagu Kembara. Banyak lagu mereka sebenarnya underrated walaupun mempunyai lirik dan mesej yang sangat kuat. Jadi kami akan ‘rearrange’ lagu-lagu ini supaya lebih segar dan sesuai dengan energi persembahan Black On White.
“Paling menarik, segmen ini akan menyaksikan Barbarik dan Cromok bergabung dalam beberapa persembahan khas sebagai penghormatan kepada Kembara,” katanya.
Sementara itu, Karl Cromok menyifatkan segmen berkenaan sebagai satu perjalanan nostalgia yang diberikan nafas baharu mengikut identiti muzik kedua-dua kumpulan.
“Kembara antara muzik yang kami dengar ketika zaman remaja. Jadi segmen ini ibarat mengimbau kembali kenangan lama, tetapi diberikan sentuhan rock yang lebih moden dan bertenaga,” katanya.
Selain segmen tribute Kembara, peminat turut bakal menyaksikan kolaborasi eksklusif antara Cromok dan Barbarik, termasuk persembahan single baharu daripada kedua-dua kumpulan yang akan dipersembahkan secara langsung buat pertama kali.
Dalam pada itu, Karl menambah, konsert berkenaan turut mencipta kelainan tersendiri apabila tampil dengan konsep No Noise Digital Stage yang menggunakan teknologi persembahan digital sepenuhnya.
“Kami menggunakan pendekatan persembahan 100 peratus digital tanpa penggunaan amplifier gitar atau dram akustik di atas pentas. Semua audio dipantau menggunakan sistem digital dan in-ear monitor bagi menghasilkan bunyi yang lebih bersih serta pengalaman audio yang lebih berkualiti kepada penonton,” katanya.
Barbarik bagaimanapun masih mengekalkan pendekatan persembahan konvensional mengikut keselesaan dan identiti kumpulan itu sendiri dengan penggunaan monitor wedges serta setup pentas yang lebih organik, namun tetap dibantu penggunaan mixer digital.
Perbezaan pendekatan antara Cromok dan Barbarik itu sekali gus menjadi antara keunikan utama konsert Black On White yang menghimpunkan dua identiti muzik berbeza dalam satu persembahan.
Konsert Black On White Cromok-Barbarik menawarkan beberapa kategori tiket dengan harga bermula RM175 bagi CAT 1, RM195 (CAT 2), RM250 (CAT 3), RM350 (CAT 4), RM480 (CAT 5) dan RM998 bagi pakej VIP (CAT 6).
Tiket boleh didapati menerusi laman web MyArteez bagi kategori CAT 1, CAT 2 dan CAT 6, manakala Fantopia pula menawarkan tiket bagi kategori CAT 3, CAT 4 dan CAT 5.
Konsert Black On White Cromok-Barbarik turut mendapat sokongan daripada Kementerian Komunikasi menerusi MyCreative Ventures melalui Dana Kandungan Kreatif Industri Muzik, Dana Persembahan Muzik.
“Kami daripada Karl Legacy juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kementerian Komunikasi melalui MyCreative Ventures diatas sokongan kerajaan yang berterusan kepada pembangunan industri kreatif melalui Dana Kandungan Kreatif – Industri Muzik, Dana Persembahan Muzik.
“Selain itu, kami turut merakamkan penghargaan kepada The Heritage Club dan Royale Chulan Kuala Lumpur atas kerjasama serta penyediaan venue bagi sidang media konsert Black On White Cromok-Barbarik,” ujar Karl.
Sempena penganjuran konsert Black On White Cromok-Barbarik, Royale Chulan Damansara turut menawarkan pakej penginapan istimewa eksklusif kepada peminat dengan harga bermula RM238 nett termasuk sarapan, baucar makanan serta perkhidmatan shuttle percuma dari hotel ke lokasi konsert.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Penyanyi, Aliff Kimiey mahu memanfaatkan peluang menyertai program Big Stage Rocketfuel bagi mengukuhkan lagi namanya dalam industri hiburan dan tidak hanya dikenali menerusi media sosial semata-mata.
Menurut Aliff, dia kini berazam untuk menyusun semula perjalanan kerjaya seninya selepas hampir dua tahun memperlahankan aktiviti dalam bidang muzik.
“Saya sertai program ini untuk memperkuatkan lagi nama saya. Bukan sekadar dikenali di media sosial sahaja. Saya mahu menjadi anak seni yang versatil.
“Sebelum ini, nama saya agak dikenali juga. Namun, sejak dua tahun kebelakangan ini, saya memperlahankan kerjaya muzik kerana saya menceburi bidang lain.
“Bila saya dapat tahu mengenai program Big Stage Rocketfuel ini, apa salahnya saya mencuba. Ketika itu, saya merasakan jika ada rezeki saya, adalah,” katanya kepada MH.
Aliff berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Big Stage Rocketfuel yang berlangsung baru-baru ini.
Dalam pada itu, anak jati Kota Bharu, Kelantan ini percaya kelebihan dari segi penampilan serta kemampuan vokalnya mampu menjadi antara kekuatan utama untuk bersaing dalam program realiti nyanyian tersebut.
“Saya boleh cakap diri saya ini handsome dan ada rupa. Dari segi vokal pula, saya mungkin boleh bersaing dengan peserta-peserta lain.
“Saya juga mahu mencabar diri dengan mencuba lebih banyak genre lain. Saya mahu jadi penyanyi versatil,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, Aliff mengakui dirinya sudah bersedia untuk berdepan dengan segala bentuk tekanan sepanjang pertandingan berlangsung, termasuk komen negatif dan kritikan di media sosial.
“Jika saya dikecam atau dihentam netizen, saya tak kisah pun. Saya sudah lali untuk berhadapan dengan kecaman. Saya tidak akan ambil hati baik komen negatif atau positif.
“Saya akan terima apa sahaja bentuk komen daripada netizen,” kongsinya lagi.
Malah, Aliff turut memaklumkan dia sudah biasa menerima komen-komen nakal dan usikan daripada pengguna media sosial.
“Komen-komen nakal itu biasa. Kebanyakkan yang hantar komen itu adalah golongan lelaki. Saya tak melayan dan abaikan sahaja,” kongsinya lagi.
Ditanya mengenai figura yang menjadi idolanya dalam bidang nyanyian, Aliff memaklumkan dia cukup mengagumi perjalanan kerjaya Khai Bahar yang disifatkan sebagai sumber inspirasi sejak awal penglibatannya dalam dunia nyanyian.
“Saya terinspirasi dengan perjalanan kerjayanya. Dia adalah sumber inspirasi sejak saya mula menyanyi pada usia 12 tahun lagi. Saya juga mula menyanyi di aplikasi Smule sama seperti Khai Bahar.
“Tahun demi tahun, dia buat saya terinspirasi untuk ikut jejak langkah dia. Saya bukanlah nak ikut 100%, saya mahu jadi penyanyi versatil sama seperti dia.
“Dapat ikut 1% pun sudah kira okay,” akhirinya.
Terdahulu, Aliff merupakan antara 10 peserta yang diperkenalkan untuk bersaing dalam Big Stage Rocketfuel selama lapan minggu.
Kesemua peserta bakal diadili oleh barisan juri tetap yang terdiri daripada penyanyi dan komposer terkenal tanah air iaitu Hael Husaini, Aisha Retno serta Akim Ahmad.
Sementara itu, pengacara popular Nabil Ahmad diberikan kepercayaan untuk mengendalikan program tersebut buat julung kalinya.
Big Stage Rocketfuel bakal bersiaran mulai 28 Jun ini, jam 9 malam menerusi saluran Astro Ria dan boleh distrim menerusi platform Astro GO serta sooka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi veteran, Jamilul Hayat meluahkan rasa syukur apabila tahap kesihatannya kini semakin baik selepas berdepan pelbagai komplikasi penyakit sejak beberapa tahun lalu.
Menurut Jamilul, keadaan retak pada bahagian tumit kakinya menunjukkan perkembangan positif selepas dia mengamalkan produk kesihatan yang diberikan oleh usahawan, Datuk Seri Vida.
“Bercakap soal kesihatan, saya sangat bersyukur kerana asbab dapat berjumpa dengan orang baik. Pada awal dahulu, Datuk Seri Vida tengok saya pakai tongkat. Kemudian, dia bertanya apa sebab?
“Saya bagitahu yang saya ada masalah tulang retak sejak dua tahun lalu. Jadi, dia bagi saya satu produk kesihatan.
“Alhamdulillah, selepas hari ke-10 mengamalkan produk itu, kaki saya sudah boleh berpijak seperti biasa dan sudah tidak rasa sakit lagi. Saya anggap ia satu keajaiban.
“Pada saya, ini adalah satu usaha dan ikhtiar daripada sahabat-sahabat yang perihatin. Kini, saya sudah boleh berjalan tanpa tongkat,” katanya kepada MH.
Adik kepada penyanyi legenda Datuk Jamal Abdillah itu berkata demikian ketika ditemui selepas konsert minggu ketujuh Talk To My Manager Musim Ke-2 (TTMM2), baru-baru ini.
Dalam pada itu, Jamilul turut menzahirkan penghargaan kepada usahawan yang juga penaja utama TTMM2, Dr. Kartika Wati, yang menurutnya banyak membantu dalam usaha meredakan masalah paru-paru kronik yang dialaminya selama ini.
“Mengenai masalah kanser paru-paru dan asma pula, saya dibantu oleh pihak penaja TTMM2. Beliau periksa darah saya dan dalam masa dua minggu, saya sudah tidak menggunakan inhaler lagi.
“Pernafasan saya juga sudah semakin baik. Ini juga saya anggap seperti satu keajaiban. Yang menyembuhkan itu adalah Allah SWT. Namun, saya terharu dengan keperihatinan orang-orang di sekeliling.
“Saya hormat usaha mereka membantu saya. Jika dahulu, setiap dua jam saya perlu guna inhaler. Kini, saya sudah tidak perlukannya lagi,” kongsinya lagi.
Pada masa sama, Jamilul memaklumkan dia kini sedang berusaha untuk meninggalkan tabiat merokok selepas menerima nasihat daripada pihak doktor susulan keadaan paru-parunya yang semakin serius.
“Sebelum ini, saya ada dapat surat daripada Hospital Besar Ipoh. Mereka mengatakan masalah paru-paru saya sudah semakin serius. Saya disarankan untuk berhenti merokok.
“Alhamdulillah, saya ikut nasihat doktor. Kini, saya sudah kurangkan tabiat merokok. Saya juga sudah berazam untuk berhenti merokok. Saya juga sayang diri saya,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Dramatis Laila Nasir tidak dapat menyembunyikan rasa gembira dan terharu apabila selamat menerima menantu sulungnya pada 6 Jun lalu menerusi sebuah majlis tertutup yang...