
Konsert minggu pertama Talk To My Manager musim ke-2 (TTMM2) menyaksikan tiada penyingkiran sebenar berlaku, meskipun penonton dikejutkan dengan pengumuman dramatik pada penghujung rancangan.
Kesemua 10 pasangan artis dan pengurus (manager) akan kembali berentap pada minggu kedua dengan tugasan bertemakan ‘Lepaskanlah’, di mana setiap peserta akan mempersembahkan lagu pilihan bagi menyerlahkan bakat masing-masing.
Pengumuman penyingkiran Pak Azad dan Amarra sebagai pasangan pertama tersingkir rupa-rupanya hanyalah gimik semata-mata.
Walaupun kedua-duanya dilihat mengalirkan air mata, mereka tetap mara ke minggu seterusnya.
Dua lagi pasangan yang berada di kedudukan tiga terbawah ialah Linda Jasmine (Ratu) dan Nana Mahazan bersama Althea.
Nana dan Althea mencatat markah terendah iaitu 60.67%, diikuti Pak Azad (Amarra) dengan 63.33% dan Linda Jasmine (Ratu) sebanyak 64.67%.


Keputusan Markah
Sementara itu, gandingan penyanyi Jamilulhayat bersama anaknya, Hussain, mencuri perhatian juri menerusi persembahan memukau lagu Bahagiamu Deritaku.
Mereka berjaya meraih markah tertinggi sebanyak 81.33%.
Di tempat kedua pula ialah pasangan Datuk A. Aida dan Azeva dengan markah 79.62%, diikuti penyanyi dangdut Ani Maiyuni bersama anaknya, Viviana di tempat ketiga dengan 75.67%.
Minggu ini, peserta dinilai oleh juri tetap, Datuk AC Mizal, manakala Datuk Syafinaz Selamat dan Bella Astillah bertindak sebagai juri jemputan.
Program ini dikendalikan oleh pengacara legenda Aznil Nawawi bersama barisan juri tetap iaitu Datuk AC Mizal dan Sarimah Ibrahim.
Anda mungkin berminat dengan
Setiap pasangan ‘pengurus-artis’ dinilai secara keseluruhan dengan pecahan 60 peratus untuk pengurus dan 40 peratus untuk artis di bawah seliaan masing-masing.
Saksikan TTMM2 setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104), bersiaran langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam. Ia juga boleh distrim secara On Demand menerusi aplikasi Astro GO dan Sooka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

