Ads

“Untuk Gred C & D, Saya Salahkan Diri Sendiri,” – Fasha Sandha Syukur Bangga Jemyma Raih 10A IGCSE, Terkilan Tak Dapat Teman Belajar

Fasha
Fasha

Aktres Fasha Sandha meluahkan rasa syukur apabila anak perempuannya, Puteri Raysha Jemyma, berjaya memperoleh keputusan 10A dalam peperiksaan International General Certificate of Secondary Education (IGCSE), baru-baru ini.

Bagaimanapun, menurut Fasha, keputusan itu masih mempunyai ruang untuk diperbaiki memandangkan terdapat beberapa subjek yang mencatatkan gred C dan D.

“Untuk Gred C & D, Saya Salahkan Diri Sendiri,” – Fasha Sandha Syukur Bangga Jemyma Raih 10A IGCSE, Terkilan Tak Dapat Teman Belajar

Akui Kesibukan Jadi Kekangan

Fasha berpendapat, kesibukan kerjaya menjadi antara kemungkinan dia tidak dapat memberikan sepenuh perhatian terhadap perkembangan pendidikan anak-anaknya.

“Untuk Gred C & D, Saya Salahkan Diri Sendiri,” – Fasha Sandha Syukur Bangga Jemyma Raih 10A IGCSE, Terkilan Tak Dapat Teman Belajar

“Saya bersyukur dia berjaya dapat 10A. Tapi untuk gred C dan D itu, saya salahkan diri sendiri sebab tak dapat fokus nak teman dan mengajar dia,” tulisnya pelakon drama Kasih Yang Terkorban itu menerusi hantaran di aplikasi Threads.

Tambah Fasha lagi, kesibukan kerja juga menyebabkan dia sukar untuk bersikap tegas terhadap anak-anak, apatah lagi apabila masa bersama mereka agak terhad.

“Untuk Gred C & D, Saya Salahkan Diri Sendiri,” – Fasha Sandha Syukur Bangga Jemyma Raih 10A IGCSE, Terkilan Tak Dapat Teman Belajar

Ads

“Disebabkan kesibukan saya… Memang tak dapat nak menyinga sangat.

“Balik kerja je saya jadi ‘kucing parsi’ sebab lama tak jumpa anak-anak kerana sibuk di set.

“Takkan balik nak menyinga dalam masa yang singkat tapi bila fikir balik… Kadang-kadang jadi singa ni bagus untuk pelajaran anak anak macam zaman covid dulu.

“Banyak masa di rumah dan anak-anak pun semua dapat A,” kongsinya lagi.

Ads

Syukur Dengan Pencapaian Anak

Dalam hantaran berasingan, Fasha menegaskan dia menyayangi semua permata hatinya dan berazam untuk memberikan lebih perhatian terhadap persediaan mereka menjelang peperiksaan pada masa akan datang.

“Untuk Gred C & D, Saya Salahkan Diri Sendiri,” – Fasha Sandha Syukur Bangga Jemyma Raih 10A IGCSE, Terkilan Tak Dapat Teman Belajar

“Untuk Gred C & D, Saya Salahkan Diri Sendiri,” – Fasha Sandha Syukur Bangga Jemyma Raih 10A IGCSE, Terkilan Tak Dapat Teman BelajarBaca Artikel Lain;

https://www.mediahiburan.my/saya-jemyma-memang-sudah-dipanggil-fasha-sandha-terpaksa-tolak-offer-ttmm2-hormat-keputusan-bekas-suami/

Ads

“Saya sayang semua anak-anak saya. Kesibukan ibu tak dapat nak fokus lebih.

Anda mungkin berminat dengan

“Insya-Allah kita buat lebih baik untuk seterusnya. Dapat A dalam Matematik itu paling penting. Ibu dah sangat bersyukur,” ujarnya.

Untuk rekod, Jemyma merupakan anak hasil perkahwinan terdahulu Fasha bersama bekas suami, Rizal Ashram Ramli.

Mereka juga dikurniakan seorang lagi cahaya mata lelaki, Putera Rayfal sebelum sah bercerai pada 20 Januari 2016.

Fasha kemudian mendirikan rumah tangga dengan pelakon Aidil Aziz pada tahun 2019.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aisha Amaira.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Kai Hassan

“Baby Masih Bergantung Dengan Tube Pernafasan,” – Kai Hassan Bersyukur, Isteri...

Penyampai radio, Kai Hassan menzahirkan rasa syukur selepas isterinya, Azna Anowar selamat melahirkan cahaya mata sulung di sebuah pusat perubatan pada petang Selasa.
error: Hello. Cannot.