Ads

Anna Jobling Akhirnya Akui Bercinta Dengan Karel Susanteo, Belum Fikir Soal Kahwin – “Saya Tertarik Dengan Personalitinya.”

Pelakon Anna Jobling mendedahkan dia tidak lagi mahu merahsiakan hubungan istimewanya bersama selebriti Indonesia, Karel Susanteo.

Ini kerana menurut Anna atau nama sebenarnya Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman Jobling, selepas beberapa perkongsian dimuat naik di media sosial, dia merasakan tiada lagi yang perlu disembunyikan.

Malah, dia berharap semua pihak mendoakan yang terbaik buat mereka.

Anna Jobling Akhirnya Akui Bercinta Dengan Karel Susanteo, Belum Fikir Soal Kahwin – “Saya Tertarik Dengan Personalitinya.” Anna Jobling Akhirnya Akui Bercinta Dengan Karel Susanteo, Belum Fikir Soal Kahwin – “Saya Tertarik Dengan Personalitinya.”

“Ketika ini, saya rasa semua orang sudah boleh tengok dan tahu. Saya tiada apa-apa untuk diperkatakan. Saya hanya mohon doakan yang terbaik sahaja,” katanya kepada MH.

Anna berkata demikian ketika ditemui pada tayangan perdana drama terbaharu, Yes! Captain Zul Aaryan di TGV KLCC, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Ads

Fokus Kerjaya, Belum Fikir Fasa Seterusnya

Bagaimanapun, pelakon filem Sukma itu memaklumkan dia dan Karel masih belum mempunyai perancangan untuk membawa hubungan mereka ke fasa yang lebih serius.

Anna Jobling Akhirnya Akui Bercinta Dengan Karel Susanteo, Belum Fikir Soal Kahwin – “Saya Tertarik Dengan Personalitinya.” Anna Jobling Akhirnya Akui Bercinta Dengan Karel Susanteo, Belum Fikir Soal Kahwin – “Saya Tertarik Dengan Personalitinya.”

Buat masa ini, Anna mahu memberikan sepenuh tumpuan kepada kerjaya dan tidak mahu tergesa-gesa.

“Ketika ini, saya hanya fokus mengenai kerja sahaja. Tidur pun tak cukup. Seperti yang kata katakan, doakan sahaja.

Ads

“Saya sangat sibuk dengan jadual kerja. Saya nak teruskan dahulu dengan kerja-kerja saya. Saya tak mahu terlalu terkejar-kejar,” ujarnya lagi.

Tertarik Dengan Personaliti Karel

Ditanya mengenai kriteria yang membuatkan dirinya jatuh hati terhadap Karel, Anna menjelaskan dia amat tertarik dengan personaliti yang dimiliki kekasihnya itu.

Anna Jobling Akhirnya Akui Bercinta Dengan Karel Susanteo, Belum Fikir Soal Kahwin – “Saya Tertarik Dengan Personalitinya.”

“Saya tertarik dengan personalitinya. Itu sahaja yang boleh saya kongsikan,” katanya lagi.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

Sebelum ini, spekulasi percintaan mereka mula menjadi bualan netizen selepas beberapa hantaran dimuat naik Karel yang memperlihatkan kemesraan antara mereka.

Anna turut terbang ke Jakarta baru-baru ini bagi memberi sokongan kepada Karel yang menyertai pertandingan kecergasan Hyrox Jakarta.

Anna Jobling Akhirnya Akui Bercinta Dengan Karel Susanteo, Belum Fikir Soal Kahwin – “Saya Tertarik Dengan Personalitinya.” Anna Jobling Akhirnya Akui Bercinta Dengan Karel Susanteo, Belum Fikir Soal Kahwin – “Saya Tertarik Dengan Personalitinya.”

Dalam perkembangan lain, Anna kini muncul menerusi drama terbaharu berjudul Yes! Captain Zul Aaryan, yang turut dibintangi Jazmy Juma, Nafiz Muaz, Daniel Fong dan Natasha Sass.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

Kredit Foto: Instagram Anna Jobling & Karel Susanteo

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Jom Sama-Sama Kita Meriahkan,” – Ayie Floor 88 Turun Padang Bersama...

Vokalis, Ayie Floor 88 bakal memeriahkan program istimewa iaitu ‘Walk A Town With Me’ Pahang 1st anjuran Majlis Belia Negeri Pahang. Program komuniti berskala besar...
error: Hello. Cannot.