Ads

Pernah Lalui Fasa Sukar, Shila Amzah Kini Syukur Nikmati Kebebasan Selepas 25 Tahun Dalam Industri – “Ini Hadiah Di Kemudian Hari Buat Saya.”

Penyanyi dan komposer, Shila Amzah menyifatkan Konsert KITA – 25 Tahun Bersama yang bakal berlangsung pada 15 Ogos depan sebagai sebuah malam penuh emosi, bersempena perjalanan seninya yang kini menjangkau lebih dua dekad.

Menurut Shila, dia sendiri tidak pernah menyangka mampu bertahan selama 25 tahun dalam industri hiburan, malah bersyukur apabila namanya turut dikenali di peringkat antarabangsa.

Pernah Lalui Fasa Sukar, Shila Amzah Kini Syukur Nikmati Kebebasan Selepas 25 Tahun Dalam Industri – “Ini Hadiah Di Kemudian Hari Buat Saya.”

“Saya merasakan ia bakal menjadi malam yang penuh emosi. Bermula 1 Ogos ini, saya akan berada di China selama seminggu untuk siri jelajah. Kemudian, saya akan balik ke Malaysia untuk persediaan konsert.

“Di bulan kelahiran saya ini, saya sangat bersyukur dengan segala perih letih yang sudah saya lalui. Saya merasakan ini adalah rezeki yang tidak ternilai.

“Saya anggap ini hikmah dan hadiah dikemudian hari untuk saya. Sudah tentu malam itu akan jadi penuh emosi nanti,” katanya kepada MH.

Shila berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Konsert KITA – 25 Tahun Bersama, baru-baru ini.

Perhubungan Antara Cabaran Paling Besar Sepanjang 25 Tahun

Mengulas mengenai cabaran paling besar sepanjang bergelar anak seni, penyanyi lagu Memori Tercipta itu mengakui aspek perhubungan merupakan antara perkara yang paling banyak menguji emosinya.

Ads

Bagaimanapun, setiap ujian yang dilalui dianggap sebagai satu proses pembelajaran yang membentuk diri menjadi insan yang lebih matang.

Pernah Lalui Fasa Sukar, Shila Amzah Kini Syukur Nikmati Kebebasan Selepas 25 Tahun Dalam Industri – “Ini Hadiah Di Kemudian Hari Buat Saya.”

“Bercakap soal titik terendah, ia lebih menjurus kepada aspek perhubungan. Ada banyak fasa yang berlaku dalam hidup saya seperti hubungan percintaan, ibu bapa dan media.

“Soal perhubungan ini adalah tunjang utama yang boleh menjadi titik terendah dan tertinggi dalam hidup seorang Shila Amzah.

“Sudah banyak ruang yang saya dedikasikan untuk belajar,” ujarnya.

Ads

Kebebasan Tentukan Haluan Hidup

Shila pada masa sama turut menjelaskan, segala pengalaman pahit manis yang pernah dilalui telah mematangkannya dalam membuat setiap keputusan, sama ada melibatkan kehidupan peribadi mahupun kerjaya.

Pernah Lalui Fasa Sukar, Shila Amzah Kini Syukur Nikmati Kebebasan Selepas 25 Tahun Dalam Industri – “Ini Hadiah Di Kemudian Hari Buat Saya.”

“Di usia 25 tahun kerjaya saya ini, saya sangat hargai detik ini kerana kini saya punyai 100% kebebasan yang selalu saya impikan.

“Saya ada kebebasan untuk bersuara dan melakukan apa sahaja keputusan besar dalam hidup serta kerjaya saya. Inilah masa yang tepat.

Ads

“Apa sahaja yang pernah berlaku sebelum ini, ia menjadikan siapa saya hari ini,” kongsinya lagi.

Anda mungkin berminat dengan

Shila turut mengakui dia membesar dalam perhatian umum sejak kecil dan menyifatkan situasi tersebut bukan sesuatu yang mudah untuk dihadapi.

Justeru, dia berharap segala pengalaman hidup yang pernah dilalui dapat dijadikan pengajaran buat generasi baharu, khususnya anak-anak selebriti yang turut melalui pengalaman sama.

Pernah Lalui Fasa Sukar, Shila Amzah Kini Syukur Nikmati Kebebasan Selepas 25 Tahun Dalam Industri – “Ini Hadiah Di Kemudian Hari Buat Saya.”

“Boleh dikatakan dahulu saya tidak mendapat kebebasan. Untuk membesar di mata khalayak, bukan mudah. Saya yakin perkara ini turut dirasai oleh semua anak-anak artis yang lain.

“Apa yang pernah terjadi kepada saya, kita jadikan iktibar untuk artis-artis yang lain. Kita boleh cari keseimbangan itu. Kisah saya ini sangat public. Saya tak kisah untuk dijadikan rujukan,” akhirinya.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Ezaidi Aziz

Ezaidi Aziz Ulas Fasal Pembedahan Kosmetik, Percaya Kulit Sihat Lebih Penting...

Pelakon, Ezaidi Aziz percaya kecantikan dan ketampanan sebenar tidak hanya bergantung kepada perubahan fizikal menerusi pembedahan kosmetik semata-mata, sebaliknya ia bermula dengan penjagaan kulit...
error: Hello. Cannot.