Ads

Shila Amzah Rancang Bawa Keluarga Berhijrah & Cari Rezeki Ke China, Takkan Lupa Peminat Malaysia – “Saya Tak Menolak Sekiranya…”

Penyanyi dan komposer, Shila Amzah mendedahkan dia kini merancang untuk kembali berhijrah ke China selepas menerima tawaran kontrak bagi meneruskan kerjayanya di negara tersebut, kebelakangan ini.

Menurut Shila, penghijrahan itu bukan sekadar membabitkan dirinya, malah dia turut bercadang membawa suami serta keluarga untuk menetap di sana bagi memudahkan urusan sepanjang memenuhi komitmen kerja.

Shila Amzah Rancang Bawa Keluarga Berhijrah & Cari Rezeki Ke China, Takkan Lupa Peminat Malaysia – “Saya Tak Menolak Sekiranya…”

“Saya bakal mengikat kontrak tetapi tidak boleh kongsi secara terperinci mengenai tempoh dan untuk tujuan apa. Cuma yang boleh saya katakan, kontrak itu agak lama.

“Jadi, untuk kami kerap pergi balik, sebenarnya agak memenatkan juga cuma penghijrahan itu bukanlah dalam tempoh terdekat, mungkin akhir tahun depan.

“Saya dan Ubai memang ada sasaran sendiri dalam kehidupan dan kerjaya. Saya tak menolak sekiranya perlu berhijrah kembali ke China, itu sasaran kami,” katanya kepada MH.

Shila berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Konsert Shila Amzah KITA 25 Tahun di The Coffee Bean & Tea Leaf, Sierra Fresco, Puchong, pada Rabu.

Shila Amzah Rancang Bawa Keluarga Berhijrah & Cari Rezeki Ke China, Takkan Lupa Peminat Malaysia – “Saya Tak Menolak Sekiranya…” Shila Amzah Rancang Bawa Keluarga Berhijrah & Cari Rezeki Ke China, Takkan Lupa Peminat Malaysia – “Saya Tak Menolak Sekiranya…”

Ads

Enggan Berjauhan Dengan Anak-Anak

Penyanyi lagu Patah Seribu itu berkata, antara faktor utama dia mahu membawa Seth Uwais dan Rhea Akira ke China adalah kerana tidak lagi mahu berjauhan dengan mereka setiap kali mempunyai komitmen kerja di negara berkenaan.

Shila Amzah Rancang Bawa Keluarga Berhijrah & Cari Rezeki Ke China, Takkan Lupa Peminat Malaysia – “Saya Tak Menolak Sekiranya…”

“Mungkin akan bawa anak-anak sebab setiap kali ada projek di China sekarang ini, terpaksa tinggalkan anak-anak selama dua hingga tiga hari.

“Tapi nasib baik ibu dan bapa tiri tinggal berdekatan dengan rumah kami, mereka yang banyak tengok-tengokkan Seth serta Rhea walaupun ada pembantu.

Ads

“Jadi itu antara pengorbanan yang saya perlukan tetapi dalam masa sama akan pastikan anak-anak bangga dengannya. Itu benda pertama yang selalu saya fikir,” katanya lagi.

Hijrah Demi Rezeki

Dalam pada itu, Shila menafikan dakwaan kononnya bakatnya lebih dihargai di China. Sebaliknya, dia menjelaskan penghijrahan tersebut dibuat kerana mahu merebut peluang rezeki yang hadir.

Shila Amzah Rancang Bawa Keluarga Berhijrah & Cari Rezeki Ke China, Takkan Lupa Peminat Malaysia – “Saya Tak Menolak Sekiranya…”

Pada masa sama, Shila turut menegaskan keputusan itu bukan bermakna dia melupakan para peminat yang sentiasa menyokong kerjayanya di Malaysia.

Ads

“Saya tidak akan berkata sebegitu. Saya sudah mula membina nama di China pada tahun 2012. Selepas lapan tahun, saya kembali ke Malaysia. Kemudian, pandemik COVID-19 pula.

Anda mungkin berminat dengan

“Rezeki tiada pada waktu itu. Ketika ini, saya bukan nak cakap soal penghargaan. Di mana-mana ada rezeki saya, di situlah saya berada.

“Keputusan untuk berhijrah ini bukan bermakna saya melupakan peminat di Malaysia. Kalau tidak, saya tidak akan membikin album atau mengadakan konsert buat peminat di sini,” akhirinya.

Dalam perkembangan lain, Shila bakal mengadakan Konsert Shila Amzah KITA 25 Tahun di Arena of Stars, Genting Highlands pada 15 Ogos ini.

Shila Amzah Rancang Bawa Keluarga Berhijrah & Cari Rezeki Ke China, Takkan Lupa Peminat Malaysia – “Saya Tak Menolak Sekiranya…”

Konsert berskala mega itu bakal dimeriahkan dengan penampilan beberapa penyanyi jemputan iaitu Mimi Fly, Hael Husaini, DJ Fuzz, Kidd Santhe dan Balan Kashmir.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Yana Samsudin Menangis Sebak Kembali Ke MIG Demi Rezeki, Teringat Pesan...

Pelakon Yana Samsudin dilihat tidak mampu menahan sebak sewaktu kembali menjejakkan kaki ke ibu pejabat Metrowealth International Group (MIG), baru-baru ini.
error: Hello. Cannot.