Ads

“Sweet Ada ‘Cheat Day’, Tapi Saya Kena Tegas,” – Adam Lee Cerita Cabaran Latih Isteri Turun Berat Badan

Pelakon Adam Lee mengakui dia perlu bersikap tegas ketika melatih isterinya, aktres Sweet Qismina, sepanjang proses penurunan berat badan yang dilakukan secara konsisten tanpa menggunakan jalan pintas.

Menurut Adam, pengalaman sebagai seorang personal trainer sebelum bergelar pelakon banyak membantu membimbing Sweet mencapai berat badan ideal.

Bagaimanapun, pelakon drama Bayangan Lelaki Sempurna itu mengakui tetap berdepan cabaran, lebih-lebih lagi apabila melatih insan yang juga isterinya sendiri.

“Sweet Ada ‘Cheat Day’, Tapi Saya Kena Tegas,” - Adam Lee Cerita Cabaran Latih Isteri Turun Berat Badan

“Sweet Ada ‘Cheat Day’, Tapi Saya Kena Tegas,” - Adam Lee Cerita Cabaran Latih Isteri Turun Berat Badan

“Saya tak ada rasa susah langsung sebab saya memang seorang ’personal trainer’ sebelum berlakon. Jadi memang sudah terbiasa.

“Cuma biasalah, dalam hubungan suami isteri itu adalah sweet ‘mengada’ sedikit tapi sebagai suami yang melatihnya, saya kena juga bersikap tegas,” katanya.

Katanya kepada MH ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem Tiket Sehala yang berlangsung di TGV Sunway Pyramid, Petaling Jaya, pada Rabu.

Ads

Percaya Proses Semula Jadi Lebih Berkesan

Dalam pada itu, Adam berkata dia lebih selesa melihat isterinya menurunkan berat badan secara semula jadi berbanding menggunakan jalan pintas atau alternatif lain.

“Sweet Ada ‘Cheat Day’, Tapi Saya Kena Tegas,” - Adam Lee Cerita Cabaran Latih Isteri Turun Berat Badan

“Sweet Ada ‘Cheat Day’, Tapi Saya Kena Tegas,” - Adam Lee Cerita Cabaran Latih Isteri Turun Berat Badan

“Alhamdulillah, hasilnya kita sudah boleh nampak. Kita tahu sekarang ada banyak cara untuk cepat turunkan berat badan.

“Tapi saya tidak mahu bercakap mengenai bahan ‘cucuk-cucuk’ sebab benda itu sudah banyak orang gunakan. Terpulang kepada individu masing-masing.

Ads

“Bagi saya, saya sendiri pernah turunkan 20Kg tanpa sebarang suntikan atau apa-apa kaedah ekstrem. Jadi, saya percaya benda itu boleh buat secara natural,” katanyq lagi.

Persaingan Sihat, Fokus Kini Bentuk Badan

Sementara itu, pelakon berusia 31 tahun itu menyifatkan proses menurunkan berat badan dia dan isteri juga dilakukan sebagai satu persaingan sihat apabila masing-masing mempunyai sasaran untuk mencapai bentuk badan yang ideal.

“Sweet Ada ‘Cheat Day’, Tapi Saya Kena Tegas,” - Adam Lee Cerita Cabaran Latih Isteri Turun Berat Badan

“Sweet Ada ‘Cheat Day’, Tapi Saya Kena Tegas,” - Adam Lee Cerita Cabaran Latih Isteri Turun Berat Badan“Sweet sudah turun berat badan dulu masa filem Babah. Lepas itu saya pula turun sebab perlawanan tinju dan Sweet pun ikut sekali.

Ads

“Orang kata macam bersaing, tetapi sebenarnya kami bersaing secara sihat dalam diam sebagai suami isteri,” jelasnya.

Anda mungkin berminat dengan

Namun, Adam tidak menafikan Sweet tetap mempunyai cheat day sendiri sepanjang proses penurunan berat badan, namun semuanya masih dalam kawalan.

Tambahnya, fokus mereka kini bukan lagi sekadar mengurangkan berat badan, sebaliknya lebih kepada membentuk tubuh serta mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat.

“Ada juga dia ‘cheat’. Tapi Sweet bukan seorang yang makan makanan manis, jadi dia ‘cheat’ ke arah makanan berat, tambah portion lebih daripada yang sepatutnya.

“Tengok situasi juga, tak adalah saya nak jadi terlalu kejam. Boleh sahaja kalau nak makan.

“Sekarang ini berat dia sudah menurun, jadi saya cuma nak bantu dia dari segi ‘toning’ sahaja. Itu fokus seterusnya,” akhirinya.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Tak Mungkin Jadi Tanpa Pertolongan Allah,” – Dikurnia Rezeki & Nikmat,...

Pempengaruh media sosial, Maryam Younarae berkongsi dirinya ada menerima pertanyaan daripada sahabat baiknya dari Korea Selatan mengenai kehidupannya selepas memeluk agama Islam.