Ads

22 Lagu, Tiga Gelaran Juara! Siti Nurhaliza Kenang Perjalanan Gemilang Bersama AJL – “Pentas Inilah Yang Banyak Mematangkan Saya Sebagai Anak Seni.”

Siti Nurhaliza
Siti Nurhaliza

Biduanita Negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza menzahirkan penghargaan terhadap Anugerah Juara Lagu (AJL) menerusi sebuah video khas yang ditayangkan sempena AJL40: Pandangan Pertama (The First Look), baru-baru ini.

Dalam perkongsian tersebut, beliau mengimbau perjalanan lebih tiga dekad bersama pentas berprestij itu yang disifatkan sebagai antara pengalaman paling bermakna sepanjang bergelar anak seni.

Detik pertama penyanyi yang popular menerusi lagu Kesuma itu menjejakkan kaki ke pentas AJL adalah pada tahun 1996 dan sehingga hari ini, pengalaman tersebut kekal menjadi antara kenangan paling berharga yang banyak membentuk perjalanan seninya.

“Saya melihat Anugerah Juara Lagu sebagai platform yang terbaik untuk pengkarya. Ia juga platform yang mengukur kualiti yang ditampilkan oleh setiap pengkarya.

“Saya memang berterima kasih dan tidak akan melupakan AJL. Walaupun ada cabaran dan dugaan, pentas inilah yang banyak mematangkan saya sebagai anak seni,” katanya.

AJL Jadi Titik Perkembangan Kerjaya 

Sepanjang pembabitannya di pentas AJL, Siti Nurhaliza telah mempertaruhkan sebanyak 22 buah lagu dan mencipta pelbagai pencapaian membanggakan.

Ads

Beliau pernah muncul Juara Keseluruhan sebanyak tiga kali, selain merangkul empat kemenangan Kategori Balada, empat kemenangan Kategori Etnik Kreatif, lima Anugerah Persembahan Terbaik serta satu kemenangan dalam Kategori Pop.

Menurutnya lagi, setiap kejayaan yang diraih di pentas AJL turut memberikan impak besar terhadap perkembangan kerjayanya, termasuk menerima liputan media yang meluas dan membuka peluang kerjasama bersama pelbagai jenama sebagai duta.

“Biasanya lepas saya menang, impaknya memang luar biasa. Begitu juga kerjaya seni saya makin mendapat liputan yang luar biasa.

“Ramai juga penaja-penaja yang ingin jadikan saya sebagai duta. Jadi pendedahan itu luar biasa sangat untuk artis yang berjaya di pentas Anugerah Juara Lagu,”katanya lagi.

Ads

22 Lagu, Tiga Gelaran Juara! Siti Nurhaliza Kenang Perjalanan Gemilang Bersama AJL – “Pentas Inilah Yang Banyak Mematangkan Saya Sebagai Anak Seni.” 22 Lagu, Tiga Gelaran Juara! Siti Nurhaliza Kenang Perjalanan Gemilang Bersama AJL – “Pentas Inilah Yang Banyak Mematangkan Saya Sebagai Anak Seni.”22 Lagu, Tiga Gelaran Juara! Siti Nurhaliza Kenang Perjalanan Gemilang Bersama AJL – “Pentas Inilah Yang Banyak Mematangkan Saya Sebagai Anak Seni.”

Baca Artikel Lain;

https://www.mediahiburan.my/akan-mulakan-latihan-dalam-bulan-ini-siti-nurhaliza-terbuka-terima-cadangan-peminat-ulas-artis-jemputan-konsert-gema-bumantara/

AJL40 Raikan Empat Dekad Muzik Malaysia

Memasuki ulang tahun ke-40, AJL tampil dengan tema ‘Meraikan 4 Dekad: Evolusi dan Masa Depan Muzik Malaysia’ serta mesej ‘Love Your Legacy, Elevate Your Future’, yang mencerminkan komitmen penganjur dalam meraikan evolusi karya muzik tempatan sambil membuka ruang kepada generasi baharu untuk terus membentuk masa depan industri.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

Pengacara Naz Rahman dan Sissy Imann kembali menggalas tugas sebagai hos utama, manakala Fizi Ali bersama Fiza Frizzy akan mengendalikan liputan karpet merah serta belakang pentas.

Turut melengkapkan barisan AJL40 ialah komposer dan penerbit terkenal, Aubrey Suwito, yang dipilih sebagai Pengarah Muzik.

Malam kemuncak Anugerah Juara Lagu Ke-40 (AJL40) akan berlangsung secara langsung dari Unifi Arena, Bukit Jalil pada 15 Ogos depan, jam 9.00 malam menerusi TV3 dan Tonton.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

@mediahiburanofficial Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa syukur apabila badan kebajikan Yayasan Nurjiwa, terus diberi peluang untuk membantu golongan memerlukan menerusi penyediaan makanan kepada pelajar daripada keluarga B40 pada setiap Jumaat. Menurut penyanyi lagu Biarlah Rahsia itu, program berkenaan bukanlah sesuatu yang baharu, sebaliknya telah dilaksanakan sejak lebih dua tahun lalu dan dipergiatkan lagi menjelang Ramadan bagi memastikan lebih ramai golongan asnaf menerima manfaat 🫶🏻💕 #MHnews #MediaHiburan ♬ original sound – Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Astro Dah Berubah…Kini Boleh Strim Serta-Merta? 5 Keistimewaan Astro X3 Yang...

Astro Dah Berubah...Kini Boleh Strim Serta-Merta? 5 Keistimewaan Astro X3 Yang Menawan Hati SeisiKeluarga
error: Hello. Cannot.