Ads

“Akan Mulakan Latihan Dalam Bulan Ini,” – Siti Nurhaliza Terbuka Terima Cadangan Peminat, Ulas Artis Jemputan Konsert Gema Bumantara

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza terbuka menerima pelbagai cadangan dan pandangan peminat menjelang penganjuran Konsert Tradisional Gema Bumantara yang bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 17 Oktober depan.

Menurut Siti, sudah menjadi kebiasaan buat peminat berkongsi idea mengenai pemilihan lagu, artis jemputan, konsep persembahan mahupun busana yang ingin ditampilkan setiap kali dia mengadakan konsert.

Bagaimanapun, penyanyi nombor satu negara itu menjelaskan segala perancangan bagi konsert berkenaan masih berada di peringkat awal dan belum ada sebarang keputusan dimuktamadkan.

“Akan Mulakan Latihan Dalam Bulan Ini,” – Siti Nurhaliza Terbuka Terima Cadangan Peminat, Ulas Artis Jemputan Konsert Gema Bumantara

“Kita belum buat sebarang perancangan khusus kerana segalanya masih baharu dan di peringkat awal. Setiap kali saya mengadakan konsert, pasti ada cadangan-cadangan yang saya baca di media sosial.

“Bagi saya, itu perkara normal dan saya okay sahaja. Ada kalanya, bila ada idea-idea yang mereka berikan ini, ia buat kami berfikir semula beberapa hal.

“Namun, untuk konsert ini, kita belum menetapkan sebarang keputusan. Yang penting ketika ini, saya mahu rangka konsepnya dahulu.

Ads

“Kita nak tentukan lagu apa yang sesusai serta elemen-elemen kejutan. Segalanya masih di peringkat perbincangan,” kongsinya lagi.

Siti berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media pelancaran kempen tanggungjawab sosial korporat (CSR) Cuckoo Dream Fund, baru-baru ini.

Artis Jemputan Akan Diumumkan Kemudian

Mengulas mengenai artis jemputan, penyanyi lagu Cindai itu memaklumkan pengumuman rasmi akan dibuat pada waktu yang dirasakan sesuai, sama seperti pendekatan yang digunakan ketika Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza.

“Akan Mulakan Latihan Dalam Bulan Ini,” – Siti Nurhaliza Terbuka Terima Cadangan Peminat, Ulas Artis Jemputan Konsert Gema Bumantara

“Seperti konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza, dua minggu sebelumnya barulah saya umumkan tentang artis undangan. Mungkin kali ini caranya sama juga.

Ads

“Peminat memang akan selalu bagi cadangan tentang lagu, artis undangan dan pakaian. Mereka akan bagitahu secara terperinci.

“Selebihnya, saya dan pasukan profesional yang mengaturkan segalanya. Kita juga akan ada pengarah persembahan yang diberi tanggungjawab untuk menentukan konsep itu nanti,” ujarnya.

Mula Latihan Intensif Demi Persembahan Terbaik

Dalam perkembangan sama, Siti memaklumkan dia bakal memulakan latihan fizikal secara lebih intensif sebagai persediaan menghadapi konsert berskala mega itu.

Menurutnya, aspek kecergasan, stamina dan latihan tarian akan diberikan perhatian memandangkan persembahan berkonsepkan tradisional memerlukan komitmen fizikal yang tinggi.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

“Akan Mulakan Latihan Dalam Bulan Ini,” – Siti Nurhaliza Terbuka Terima Cadangan Peminat, Ulas Artis Jemputan Konsert Gema Bumantara

“Ya, saya memang kena mulakan latihan kecergasan yang lebih intensif. Seperti yang peminat pun tahu, setiap kali saya bakal mengadakan konsert, saya suka buat latihan muay thai.

“Saya juga akan berlatih di gimnasium untuk menaikkan stamina dan kekuatan jasmani. Saya juga akan fokus kepada latihan tarian.

“Seperti semua tahu, konsert tradisional akan melibatkan banyak tarian. Saya akan mulakan latihan dalam bulan ini,” kongsinya lagi.

Terdahulu, pada 10 Januari lalu, Siti sekali lagi melakar sejarah apabila Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza berjaya menghimpunkan kira-kira 65,000 peminat di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Haqiem Rusli Akui Isteri ‘Buang’ & Ubah Sikap Toksik, Banyak Bantu...

Penyanyi Haqiem Rusli mengakui kehidupannya berubah ke arah yang lebih positif selepas mendirikan rumah tangga apabila isterinya, Wan Anis Sofea Wan Zamzuri. Menurut Haqiem, 28,...
error: Hello. Cannot.