
Usahawan dan pempengaruh, Shikin Maembong mendedahkan keputusan untuk tampil berhijab bukan dibuat kerana desakan mana-mana pihak atau pandangan orang ramai.
Sebaliknya, perkara itu lahir daripada kesedaran serta keikhlasan hatinya sendiri.
Menurut isteri kepada pelakon dan penyanyi, Cat Farish itu lagi, dia memahami teguran segelintir pihak yang mengingatkannya supaya berhijab kerana Allah SWT.
Namun menegaskan, keputusan tersebut sememangnya hadir hasil muhasabah diri.

“Ada yang komen, ‘Jangan pakai tudung sebab manusia, pakailah kerana Allah’. Betul, keputusan ini datang daripada hati saya sendiri.
“Saya solat, zikir dan buat amal yang lain tapi tetap rasa kurang,” tulisnya.
Perkongsian itu dibuat menerusi satu hantaran di aplikasi Threads, baru-baru ini.
Baca Artikel Lain;
Muhasabah Diri Selepas Ingatkan Anak Tentang Allah
Dalam pada itu, Shikin berkata rutin hariannya mengingatkan anak supaya berdoa dan berzikir sebelum ke sekolah turut membuatkan dia menilai kembali dirinya sebagai seorang hamba.

“Setiap pagi, saya ingatkan anak saya untuk berdoa dan zikir sebelum ke sekolah.
“Saya cakap ‘Allah suka kita minta-minta dekat dia sebab Allah nak kita selalu ingat dekat dia’,” ujarnya.
Menurut Shikin, saat itu juga dia tersedar bahawa Allah telah mengabulkan pelbagai doa dan permintaannya selama ini, sedangkan dirinya masih belum menyempurnakan tuntutan menjaga aurat.

Anda mungkin berminat dengan
“Jauh dalam hati saya ‘Aku sudah minta macam-macam dekat Allah dan dimakbulkan, Allah cuma minta aku jaga aurat je pun aku tak buat’,” kongsinya lagi.
Hadiah Istimewa Buat Suami
Baru-baru ini, bersempena sambutan ulang tahun kelahiran Cat Farish, Shikin memaklumkan dirinya telah mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya.
Menurutnya, keputusan itu juga dianggap sebagai hadiah paling bermakna buat suami tercinta.
Untuk rekod, Shikin dan Cat Farish mendirikan rumah tangga pada 14 Julai 2023.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

