Ads

“Sebagai Orang Luar, Saya Doakan Kebahagiaan Kalian,” – Cik B Rasa Sunyi Sebab Perlu Kongsi Kasih Sayang Ibu, Respon Fazley Yaakob Dipuji Ramai

Personaliti media sosial yang juga anak kepada usahawan sensasi Datuk Seri Vida, iaitu Cik B, mencuri perhatian selepas berkongsi luahan hatinya menerusi satu hantaran di aplikasi sosial, Threads pada Isnin.

Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen mengakui dia kini bersyukur melihat ibunya bahagia, yang dikatakan semakin rapat dengan penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob.

“Sebagai Orang Luar, Saya Doakan Kebahagiaan Kalian,” – Cik B Rasa Sunyi Sebab Perlu Kongsi Kasih Sayang Ibu, Respon Fazley Yaakob Dipuji Ramai

Bagaimanapun, di sebalik kegembiraan tersebut, Cik B seolah-olah cuba menyesuaikan diri dengan situasi baharu apabila perlu berkongsi kasih sayang ibunya dengan individu lain.

“Sebagai Orang Luar, Saya Doakan Kebahagiaan Kalian,” – Cik B Rasa Sunyi Sebab Perlu Kongsi Kasih Sayang Ibu, Respon Fazley Yaakob Dipuji Ramai

“Mak saya sudah bahagia tapi saya rasa sunyi sebab sudah kena kongsi kasih sayang,” tulisnya.

Fazley Tampil Tenangkan Hati Cik B

Luahan tersebut terus mendapat perhatian Fazley yang tampil meninggalkan komen penuh kasih sayang dan kata-kata semangat buat peserta Talk To My Manager musim kedua itu.

Menurut Fazley, kasih sayang seorang ibu bapa tidak akan pernah berkurang walaupun dikongsi bersama insan lain.

Ads

“Sebagai Orang Luar, Saya Doakan Kebahagiaan Kalian,” – Cik B Rasa Sunyi Sebab Perlu Kongsi Kasih Sayang Ibu, Respon Fazley Yaakob Dipuji Ramai

“Cik B sayang, Dida akan sentasa ada untuk awak. Jangan risau okay.

“Kasih sayang seorang ibu bapa itu terlalu besar. Takkan habis walau dikongsi macam mana pun,” kongsinya.

Dalam masa sama, Fazley turut berharap agar Cik B sentiasa mendoakan kebahagiaan ibunya juga.

Ads

“Sebagai Orang Luar, Saya Doakan Kebahagiaan Kalian,” – Cik B Rasa Sunyi Sebab Perlu Kongsi Kasih Sayang Ibu, Respon Fazley Yaakob Dipuji Ramai

“Segalanya bermula daripada awak dan Dida yakin doa awak sangat Hebat! Love you Cik B,” ujarnya lagi.

Netizen Tersentuh, Doakan Kebahagiaan Mereka

Ruangan komen turut dibanjiri reaksi positif daripada netizen yang menyifatkan respons Fazley sebagai matang, penuh empati dan menghargai perasaan Cik B yang sedang melalui fasa baharu dalam kehidupan keluarganya.

Antara komen yang ditinggalkan ialah:

Ads

“MasyaAllah alhamdulillah… betul apa yang Dida cakapkan kepada Cik B. Semoga Allah memberi rahmat atas keluargamu Datuk Fazley dan Datuk Vida.”

Anda mungkin berminat dengan

“Sebagai orang luar, saya doakan kebahagiaan kalian dan semoga makin erat selepas ini.”

“Semoga yang baik-baik sahaja untuk Cik B, mama dan kacak. InshaAllah Cik B pun akan bahagia juga amin.”

“So sweet. Semoga dipermudahkan urusan membina keluarga. Cik B satu Malaysia sayang Cik B. Jangan risau.”

Terdahulu, hubungan Datuk Seri Vida dan Datuk Fazley Yaakob dilihat semakin akrab apabila mereka kerap berkongsi momen bersama menerusi media sosial.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

Sumber & Kredit Foto: Threads & Instagram Cik B, Fazley Yaakob

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Astro Dah Berubah…Kini Boleh Strim Serta-Merta? 5 Keistimewaan Astro X3 Yang...

Astro Dah Berubah...Kini Boleh Strim Serta-Merta? 5 Keistimewaan Astro X3 Yang Menawan Hati SeisiKeluarga
error: Hello. Cannot.