Ads

“Kita Tunggu Habis Nanti…,” – Bella Astillah Tiba Di Istana Kehakiman, Hadir Beri Sokongan & Doa Yang Terbaik Buat Tunang

Bella
Bella

Penyanyi dan pelakon Bella Astillah tiba di perkarangan Istana Kehakiman, Putrajaya kira-kira jam 7.30 pagi tadi bagi memberikan sokongan kepada tunangnya yang juga Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Dia yang hadir mengenakan sepasang jubah berbunga rona putih dan biru serta diiringi ahli keluarganya berkata, dia sentiasa mendoakan yang terbaik buat tunangnya.

“Insya-Allah saya sentiasa mendoakan yang terbaik,” kata Bella.

Baca Artikel Lain;

Ads

https://www.mediahiburan.my/bella-astillah-kongsi-momen-syed-saddiq-luah-hasrat-mahu-berkahwin-mungkin-hanya-beberapa-minit-tapi-setiap-saat-menyimpan-kenangan/

Enggan Ulas Keputusan Sebelum Prosiding Selesai

Bagaimanapun, Bella memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai harapannya terhadap keputusan yang bakal diumumkan pagi ini.

“Tak apalah, buat masa sekarang tiada sebarang komen. Nanti tunggu dah habis nanti (keputusan),” katanya kepada MH.

Ads

Nasib Syed Saddiq sama ada kekal bebas atau diarahkan menjalani hukuman penjara atas empat pertuduhan bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Armada akan diketahui pagi ini.

Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang terdiri daripada Abu Bakar Jais, Che Mohd Ruzima Ghazali dan Collin Lawrence Sequerah dijangka menyampaikan keputusan rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasan Syed Saddiq pada jam 9 pagi.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

Tiket Tonton ‘Bisikan Nafsu’ Bersama Azeva Laku Keras & Hampir Sold...

Penerbit terkenal, Datuk A. Aida tidak menyangka apabila tiket untuk menonton filem Bisikan Nafsu bersama heroin yang juga anaknya, Azeva Natassha, selama lima hari...