Ads

Hussain Bersuara Selepas Persembahan Lagu Inggeris Jadi Perhatian – “Saya Faham Bukan Semua Orang Akan Menerima…”

Hussain
Hussain

Peserta program realiti Big Stage Rocketfuel, Hussain tampil memohon maaf sekiranya persembahannya menerusi lagu Here Without You Baby malam tadi menghampakan segelintir pihak.

Menurutnya, dia memahami bukan semua penonton dapat menerima pendekatan dan konsep yang dibawakan ketika menyampaikan lagu tersebut.

Menerusi hantaran terbaharunya di Threads, penyanyi muda itu menjelaskan persembahan tersebut merupakan interpretasi peribadi berdasarkan pemahaman dan kreativiti tersendiri.

Hussain Bersuara Selepas Persembahan Lagu Inggeris Jadi Perhatian - “Saya Faham Bukan Semua Orang Akan Menerima…"

Hormati Setiap Pandangan

“Saya faham bukan semua orang akan menerima cara saya menyampaikan lagu ini, dan saya hormati setiap pandangan.

“Niat saya bukan untuk mempermainkan lagu, tetapi untuk menceritakan kisahnya melalui konsep yang saya percaya.

“Terima kasih kepada semua yang memberi teguran dan juga yang terus menyokong saya.

“Saya akan terus belajar, memperbaiki diri, dan memberikan yang terbaik di setiap persembahan,” kongsinya lagi.

Ads

Pada masa sama, bekas peserta Talk To My Manager 2 itu turut menitipkan pesanan kepada para netizen agar terus memberikan sokongan bukan sahaja kepadanya, malah kepada semua peserta yang bertanding.

Hussain Bersuara Selepas Persembahan Lagu Inggeris Jadi Perhatian - “Saya Faham Bukan Semua Orang Akan Menerima…"

Baca Artikel Lain;

https://www.mediahiburan.my/bukan-niat-saya-untuk-rasa-lebih-hebat-yad-z-tiada-niat-nak-bersikap-sombong-hubungan-dengan-hussain-kekal-baik/

Ads

Raih Sokongan Peminat

Terdahulu, persembahannya pada minggu ketiga mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan penonton apabila konsep yang diketengahkan dilihat berbeza daripada versi asal lagu Here Without You nyanyian kumpulan rock Amerika, 3 Doors Down.

Hussain Bersuara Selepas Persembahan Lagu Inggeris Jadi Perhatian - “Saya Faham Bukan Semua Orang Akan Menerima…"

Berikut antara komen netizen;

“Mana ada Hussain ‘perform’ main-main. Best je Hussain nyanyi semalam.

Ads

“Kami sebagai peminat akan selalu sokong dan percaya bakat awak. Kita semua manusia okay? Ada naik ada turun.

Anda mungkin berminat dengan

“Terus kuat. Jangan pernah berhenti percaya pada diri sendiri.

“Siapa cakap Hussain mempermainkan lagu? Awak dah buat yang terbaik malam tadi.

“Di mata telinga saya, tiada cacat cela persembahan. Saya doakan agar Juara Big Stage 2026 menjadi milik Hussain”.

Saingan malam tadi juga turut Hussain sekali lagi dinobatkan sebagai penerima anugerah Rocketstar Of The Week selepas memperoleh undian dalam talian tertinggi bagi minggu ketiga.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

@mediahiburanofficial “Karekter semua okay, cuma tempo awal…,” – Hael Husaini komen, apa pun persembahan Hussain sampai kan lagu Inggeris memang onz! 🌹 Saksikan Big Stage Rocketfuel. Setiap Ahad, 9 malam. Strim melalui Astro One dan sooka #BigStagexRocketfuel #AstroOne #sooka #DominasiFR ♬ original sound – Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Amir Jahari Utamakan Karya Berbanding Relevansi, Bersyukur Pernah Menang AJL38 &...

Penyanyi dan komposer, Amir Jahari mendedahkan dia tidak pernah meletakkan sasaran untuk bertanding di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL), meskipun pernah muncul sebagai juara menerusi lagu ciptaannya sendiri, Hasrat.