Pelakon dan pengacara, Riena Diana enggan terlalu mendesak teman lelakinya yang juga merupakan pelakon, Keith Foo untuk mendalami tentang agama Islam sebaliknya, dia mahu perkara tersebut datang secara semula jadi.
Menurut Riena, Keith sebenarnya sudah biasa berhubung dengan masyarakat Islam sejak kecil lebih-lebih lagi apabila ada ahli keluarganya juga yang sudah pun memeluk Islam.
“Kami jarang bercakap sangat tental hal ini. Namun, kami berdua sedar tentang hubungan yang berbeza agama. Sebelum hubungan kami ke arah yang lebih serius, itu yang kami bincangkan dahulu.
“Sepanjang perkenalan kami, saya melihat Keith ini sudah biasa berkawan dengan orang-orang Melayu. Jadi, setakat perkara-perkara asas, dia memang sudah tahu. Jadi, saya seperti tiada masalah sangat.
“Saya juga nampak Keith ini mempunyai keinginan sendiri untuk belajar. Kerana itu juga saya tidak akan terlalu mendesak. Kakak dan abangnya juga adalah Muaalaf. Jadi, ia bukan satu yang asing.
Ads
“Perkara seperti ini tidak boleh dibuat-buat, ia akan datang sendiri. Hidayah itu datang daripada Allah. Saya sentiasa mendoakan yang terbaik buat Keith,” katanya kepada MH.
Pelakon drama Salju Rindu Di Bumi Auckland itu berkata sedemikian ketika ditemui di
majlis pengumuman malam kemuncak Anugerah Bintang Popular (ABP) ke-36, baru-baru ini.
Pada masa sama, Riena akui teruja melihat kesungguhan Keith untuk mendalami ilmu agama dengan usahanya sendiri.
Ads
“Ada kalanya, dia bagitahu saya yang dia ada mendengar khutbah. Dia akan kongsikan isi khutbat itu. Mulanya saya pelik, kenapa dengar khutbah hari-hari? Khutbah selalunya hari Jumaat.
“Rupa-rupanya, pada dia, setiap ceramah itu adalah khutbah. Saya melihat situasi itu sangat comel. Dia ada inisiatif untuk mendalami agama.
“Baru-baru ini, umat Islam menyambut Maulidur Rasul. Dia ada bertanya, pada hari ini, biasanya orang Islam buat apa? Jadi, Keith sendiri yang memutuskan untuk bersedekah di masjid,” ujarnya lagi.
Ditanya mengenai perancangan berumah tangga, Riena memaklumkan dia dan Keith kini masih mahu memberikan fokus terhadap kerjaya.
Ads
“Setiap orang pasti nak berumah tangga. Bukan saya tidak merancang tapi hubungan saya dan Keith masih baharu. Kami mahu fokus kerjaya dahulu. Seperti sekarang, saya diberi peluang untuk mengacarakan ABP.
“Keith nak saya terbang tinggi. Begitu juga saya. Ada banyak lagi perkara baharu yang Keith ingin ceburi,” akhirinya.
Terdahulu, Riena bakal menggalas tanggungjawab untuk mengemudi rancangan Anugerah Bintang Popular (ABP) ke-35 bersama dua orang lagi rakan pengacara iaitu Didie Alias dan Hanif Hamzah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Memastikan stamina dan kecergasan berada di tahap yang terbaik sememangnya amat penting buat seseorang penyanyi.
Terbaru, perkongsian penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang memaparkan dirinya sedang melakukan rutin senaman dengan menggunakan battle rope nyata menarik perhatian ramai pihak.
Meskipun rutin senaman tersebut dilihat agak ekstrem, namun Siti dilihat sangat bersahaja ketika melakukannya.
Rata-rata netizen dan rakan selebriti menzahirkan rasa kaum melihat kesungguhan yang ditunjukkan oleh ibu kepada dua orang cahaya mata itu.
Bagaimanapun, perkongsian Siti itu turut mengundang kritikan daripada seorang individu di ruangan komen.
Kata individu tersebut, pada usia sekarang, Siti sepatutnya memperbayak amal ibadah berbanding membuat persediaan untuk menjayakan konsert atau persembahan.
“Dah tua ni sepatutnya buat amal tapi kuat untuk konsert dan persembahan pula,” tulisnya.
Namun, kenyataan individu terbabit disangkal oleh netizen-netizen kerana merasakan urusan amal ibadah tidak perlu didedahkan kepada umum.
“Dah kerjaya dia penyanyi, mestilah peminat nak tengok konsert dia. Amal awak dah banyak ke? Tok Ti tahulah apa dia buat.
“Sentiasa bersangka baik dalam hidup.
“Amalan dia biar dia dengan Allah sahaja tahu.
“Awak nampak ke amalan yang Siti buat? Apapun, kesihatan memang kena jaga juga.
“Macam ni punya orang pun ada? Sejenis yang suka jatuhkan orang. Hati tak cukup bersih lagi kalau asyik nampak silap dan negatif orang sahaja,” antara komen-komen netizen.
Sehingga kini, video tersebut telah pun meraih hampir satu juta tontonan di Instagram.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Siti Nurhaliza
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menerusi perkongsian di laman Instagram, Falyq Hikyle memaklumkan isterinya telah selamat melahirkan cahaya mata sulung pada jam 2.10 pagi, hari ini.
Panyampai radio Sinar itu meluahkan rasa syukur kerana segala urusan isterinya saat melahirkan telah dipermudahkan meski harus bertarung nyawa di dalam bilik bersalin hampir 14 jam.
“Allahuakbar. Subhanallah. Alhamdulillah. Isteri saya selamat melahirkan anak pertama kami secara normal, sebentar tadi. Sabtu, 12/9/20, 2.10 pagi.
“Terima kasih sayang. Awak sangat hebat. 14 jam awak bertarung nyawa seorang diri dalam labour room untuk melahirkan zuriat kita.
“Power gilaa. Terima kasih juga untuk anda yang sentiasa doakan Lala & baby S.
“Semoga doa yang baik-baik itu di kembalikan kepada anda semula. Amin.
Dalam pada itu, Falyq turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah mendoakan isteri serta anaknya itu.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis menitipkan ucapan tahniah buat Falyq dan juga isteri.
Terdahulu, Falyq telah mendirikan rumah tangga bersama isteri yang juga merupakan anak tiri kepada pelakon, Zarina Zainuddin iaitu Nabilla Raihan pada tanggal 14 Disember 2019.
Sumber: Instagram Falyq Hikyle
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Nyanyian penyanyi, Salma Asis yang cuba membawakan lagu Cinta yang dipopularkan oleh Marsha Milan mencuri perhatian ramai.
Menerusi Instagram, bintang yang dicungkil bakatnya itu daripada program Mentor musim kelima memuat naik sedutan lagu berkenaan mengikut caranya yang tersendiri.
Menurut Salma dia menyanyikan lagu berkenaan selepas menerima banyak permintaan berbuat demikian di media sosial.
“Sis cuba! Sebab ramai DM (direct message) kita request lagi ini. Takut hahaha. Nanti yang penuh Salma kongsikan di YouTube,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat meninggalkan komen positif dan mereka turut memuji cara pembawaan penyanyi berusia 32 tahun itu.
“Effortless and power,” puji seorang peminat.
“Yeay tak sabar nak tengok full,” komen peminat lainnya.
“Padu teruk,” puji salah seorang di Instagram.
“Sayangnya bakat ini tak diketengahkan. But one day i percaya orang akan nampak wujudnya Salma ni even dua kali jadi juara realiti show. Tapi tak kemana,” antara komen yang tertera.
Terdahulu, lagu Cinta ciptaan Hang Nadim dan Bunga Cantik menggungguli Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) lalu selain Marsha turut memenangi trofi Persembahan Terbaik.
Sementara itu, Salma sebelum ini pernah menjadi finalis AJL32 menerusi lagu Akhirnya Cinta.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Foto: Instagram Salma Asis
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dalam usaha mengangkat seni tari Malaysia, Stephy Dance Group (SDG) menjalinkan kerjasama strategik dengan VIBES International Agency (VIBES).
Pengasas SDG, Datuk Stephanie Low berkata menerusi...