Pelakon, Azhan Rani menyifatkan aktres, Sharifah Sakinah merupakan seorang pelakon yang sangat berwibawa dan sentiasa menjaga tahap profesionalisme saat bekerja.
Menurut Azhan, meskipun orang lain mempunyai tanggapan berbeza, namun dia tetap merasakan Sakinah merupakan antara rakan pelakon terbaik yang pernah digandingkan bersama.
“Cakap la apapun pasal dia. Ini heroin drama paling senang aku kerja. Bagilah call time pukul berapa pun, dia on time akan ada dekat set.
“Tiadalah la semak dalam grup whatsapp bagitau ‘Maaf lambat sikit hari ni, jalan jammed, nak ke sini ke sana dulu bla.. bla.. bla’ (dekat set buat perangai moody).
Minta dilayan itu ini.
“Tak toxic huru harakan mood orang lain dalam team kerja. Datang balik set pun naik van runner je,” tulisnya.
Perkara itu dikongsikan oleh Azhan menerusi sebuah hantaran di Instagram pada Isnin.
Dalam pada itu, pelakon drama Nur turut memuji kualiti lakonan yang ditunjukkan oleh Sakinah terutama sekali ‘method’ yang digunakan untuk menghidupkan watak.
“Bab berlakon pula aku salute kali ni dia lain. Hari pertama jumpa dekat set, aku boleh tak kenal dia. Dia datang sahaja sudah dalam character.
“Dengan rambut selekeh, tiada make up cantik, baju lusuh ikut watak yang dia bawa.
Dia bukan lagi hantu kelakar yang biasa kita tengok dalam cerita-cerita lakonan dia sebelum ni.
“Ini character perempuan lara yang tak boleh bercakap, hari-hari kena perah air mata, berlari redah semak samun, jatuh parit, lumpur, dilambung, dibaling dan diseret,” kongsinya lagi.
Katanya lagi, meskipun watak ini sangat berat serta menguji mental dan fizikal, Azhan akui kagum dengan Sakinah yang dikatakan tidak pernah mengeluh dan sentiasa ingin memudahkan urusan orang lain.
“Tapi aku sekali pun tak pernah dengar dia merungut walau badan, kaki, tangan dah bercalar balar. Apa lagi mempertikaikan kerja director. Dia buat je tanpa banyak songeh dan paling penting dia perform.
“Senang gila nak kerja dengan dia. Aku jarang nak puji orang tapi dia ni buat aku respect sungguh cara dia bekerja. Seberat mana pun watak dia bawa ni, dia mudahkan kerja orang lain,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Azhan turut berharap agar pada pelakon lain dapat mencontohi sikap dan cara kerja Sakinah meskipun sudah mampunyai nama yang besar.
“Tak payah feeling-feeling diva walaupun heroin. Kalau la aku boleh jumpa ramai lagi pelakon macam ni…perghhh. Harap drama WOK ini akan baik hasilnya nanti,” akhirinya.
Terdahulu, Azhan dan Sakinah bakal bergandingan menerusi sebuah projek drama yang berjudul ‘Wok’ arahan pengarah Eyra Rahman.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Sumber & Kredir Foto: Instagram Azhan Rani & Sharifah Sakinah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin telah berkongsi perkembangan terkini dirinya yang kini bergelar isteri kepada Dr. Rushdi Ramli.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram, Nora atau nama lengkapnya Wan Norafizah Wan Ariffin memberitahu dia kini semakin sibuk dengan tugas harian menguruskan keluarga.
“Ramai juga yang bertanya kepada saya kenapa lama tak buat ‘live’, sebenarnya saya memang agak sibuk dengan tugas harian,menjalankan tanggungjawab sebagai ibu, isteri dan juga nenek,” katanya.
Dalam pada itu, penyanyi yang sinonim dengan Di Persimpangan Dilema ini memaklumkan salah seorang anak perempuannya bakal menjalani ujian peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), bermula hari ini.
Sebagai seorang ibu, Nora berkata dia sangat memahami dengan situasi serta cabaran yang dihadapi oleh anaknya itu.
“Saya juga ingin ambil kesempatan untuk ucapkan semoga berjaya kepada anak saya yang baru mula mengambil ujian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
“InsyaAllah doa dari seorang ibu itu paling makbul, semoga apa yang kita doakan untuk anak-anak kita dimakbulkan.
“Buat masa ini, jangan lah kita beri tekanan kepada anak-anak kita. Saya pasti dan faham dalam keadaan sekarang ini mereka pun tertekan.
“Kita kena sentiasa fikir, minta dan berdoa benda yang baik-baik InsyaAllah yang baik juga akan datang dalam hidup kita,” katanya lagi.
Perkongsian foto dari pasangan pelakon, Amar Baharin dan isterinya, Amyra Rosli baru-baru ini di Instagram mendapat perhatian warganet.
Ini kerana, ada di antara mereka yang menebak, membayangkan pelakon drama Sabarlah Duhai Hati itu sedang hamil anak ketiga kerana hadir ke Prince Court Medical Centre, Kuala Lumpur.
Malah, keberadaan Amyra bersama suami dengan mengenakan persalinan sedondon menguatkan lagi spekulasi tersebut.
“Tahniah… Aryssa nak dapat adik lagi ye…,” tanya seorang warganet.
“Wah congratulations,” ucap seorang lagi warganet.
“Wow tahniah Mira,” tulis seorang lain warganet lainnya.
Bagaimanapun, Amar menerusi ruangan komen menjelaskan, kehadiran mereka ke lokasi berkenaan bukanlah bagi tujuan tersebut selepas ditanya seorang individu.
Malahan, anak kedua mereka, Ayra Aryssa baru sahaja mencecah usia 11 bulan.
Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada November 2016 dan anak sulung mereka, Aqeef Anaqi dilahirkan pada 15 Oktober 2017.
Foto: Instagram Amar, Amyra
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Memiliki sosok tubuh sasa dan tinggi lampai, pelakon Idris Khan ada berkongsi gambar beserta info di Instagramnya.
Malah, finalis Hero Remaja 2007/2008 ini juga menyifatkan bahawa pemakanan memainkan peranan penting ketika berpuasa.
“Topik: Sepatutnya kurus bulan puasa tapi kenapa naik badan?
“Siapa ada atau pernah melalui masalah ni?
“Fun fact: Malaysia negara nombor 1 di ASIA yang mempunyai jumlah rakyat obese atau ada masalah berat badan berlebihan.
“Jawapan dia ada di dalam persoalan dan fakta di atas.
“Jawapan: Pemakanan
“Bagi saya takde istilah makanan diet, cuma pemakanan yang betul atau salah. & walaupun sangat sedap dan terkenal makanan-makanan Malaysia banyak yang jatuh di kategori pemakanan yang salah dan tidak sihat.
“Nak bincang tentang pemakanan yang betul ni panjang sebenarnya. Jadi senang siapa ada soalan boleh comment di bawah nanti saya cuba reply dengan sebaik-nya ok? ?
#palingsenangkuruswakturamadhan,” tulisnya.
Lalu, netizen telah meninggalkan komen yang pelbagai terhadap posting tersebut.
Malah, Idris ada menyarankan waktu yang terbaik untuk melakukan senaman ketika berpuasa.
Foto: IG Idris Khan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Datuk Nora Ariffin mengesahkan sudah rujuk semula dengan bekas suami, Dr Rushdi Ramli selepas sebulan mengumumkan perceraian menerusi video dalam Instagram (IG).
Nora berkongsi...