Ads

“Allahuakbar, 5.20 Pagi Kilau Balik…,” – Berkat Doa Depan Kaabah, Azhan Rani Syukur ‘Kilau’ Pulang Sendiri Selepas Seharian Hilang

Azhan Rani
Azhan Rani

Pelakon Azhan Rani meluahkan rasa syukur apabila kucing kesayangannya, Kilau, yang dilaporkan hilang sejak malam Selasa, akhirnya pulang sendiri ke rumah pada awal pagi tadi.

Menurut Azhan, selepas puas mencari di pelbagai lokasi, dia sama sekali tidak menyangka Kilau akan kembali dalam keadaan selamat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azhan Rani (@azhan_rani)

“Alhamdulillah, syukur. Allahuakbar. 5.20 pagi Kilau balik sendiri. Tiba-tiba dengar suara dia. Semalaman biarkan pintu dapur terbuka.

“2.30 pagi semalam, balik dari penggambaran, macam orang gila berpusing-pusing belakang rumah mencari lagi.

“Terima kasih atas doa dan perhatian ramai yang mendoakan Kilau pulang,” tulisnya.

Perkongsian itu dimuat naik oleh pelakon drama Jutawan Ekspres 2 menerusi satu hantaran di Instagram.

Baca Artikel Lain;

Ads

https://www.mediahiburan.my/tak-toksik-huru-harakan-mood-orang-lain-azhan-rani-puji-cara-kerja-sakinah-tak-diva-di-set-rela-berlakon-selekeh/

Syukur Doa Di Hadapan Kaabah Dimakbulkan

Dalam hantaran sama, dia turut merakamkan penghargaan kepada ahli keluarga dan rakan-rakan yang tidak putus-putus membantu mencari Kilau sejak ia dilaporkan hilang.

“Allahuakbar, 5.20 Pagi Kilau Balik…,” - Berkat Doa Depan Kaabah, Azhan Rani Syukur ‘Kilau’ Pulang Sendiri Selepas Seharian Hilang

“Terima kasih adikku yang hampir tiap jam meronda mencari Kilau dari semalam.

Ads

“Sahabat yang sanggup datang dari jauh petang semalam semata-mata nak mencari,” kongsinya lagi.

Pada masa sama, aktor ini turut bersyukur apabila doa yang dipanjatkan oleh dua sahabatnya di hadapan Kaabah dimakbulkan Allah SWT.

“Allahuakbar, 5.20 Pagi Kilau Balik…,” - Berkat Doa Depan Kaabah, Azhan Rani Syukur ‘Kilau’ Pulang Sendiri Selepas Seharian Hilang

Ads

“Tak lupa juga buat sahabat mutawwif dan Ustaz Aisar Nazli yang mendoakan Kilau dari hadapan Kaabah Mekah.

Anda mungkin berminat dengan

“Allah angkat doa kalian. Syukur Kilau pulang sendiri dengan selamat. Alhamdulillah,” kongsinya lagi.

Sebelum ini, Azhan meluahkan rasa sedih apabila Kilau didakwa hilang dari rumah.

Malah, dia turut mengiklankan kehilangan kucing kesayangannya itu serta memohon bantuan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau menjumpai Kilau.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Azhan Rani

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Amir Jahari Utamakan Karya Berbanding Relevansi, Bersyukur Pernah Menang AJL38 &...

Penyanyi dan komposer, Amir Jahari mendedahkan dia tidak pernah meletakkan sasaran untuk bertanding di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL), meskipun pernah muncul sebagai juara menerusi lagu ciptaannya sendiri, Hasrat.