Ads

“Kalau Bakat Power Tapi ‘Mak Artis’ Problem, Banyak Yang Kecundang,” – Eric Fuzi

Pelakon dan pemuzik, Eric Fuzi berpandangan campur tangan berlebihan daripada segelintir ibu kepada artis muda boleh menjadi antara faktor yang menghalang perkembangan kerjaya anak mereka dalam industri seni.

Menurut Eric, sepanjang pengalamannya bergiat aktif dalam dunia seni sejak usia kanak-kanak, bakat semata-mata tidak mencukupi sekiranya wujud isu membabitkan sikap atau kerenah individu yang menguruskan artis tersebut.

Pengalaman Sendiri Jadi Sandaran

Pandangan itu disuarakan oleh anggota kumpulan Floor 88 itu menerusi satu hantaran di aplikasi Threads.

“Kalau Bakat Power Tapi ‘Mak Artis’ Problem, Banyak Yang Kecundang,” – Eric Fuzi

“Sepanjang aku berkecimpung dalam industri seni seawal tujuh tahun sampai sekarang, aku perhati kalau bakat seseorang tu power macam mana pun, tapi ada ‘Mak Artis’ problem, banyak yang kecundang,” tulisnya.

Nasihat Buat Ibu Bapa Artis

Dalam masa sama, Eric turut menitipkan nasihat kepada ibu bapa atau penjaga agar lebih bersikap tenang dan tidak terlalu mengangkat anak sendiri seolah-olah mereka sahaja yang memiliki bakat luar“Kalau Bakat Power Tapi ‘Mak Artis’ Problem, Banyak Yang Kecundang,” – Eric Fuzi

Ads

Menurutnya, sikap sedemikian boleh mengganggu proses kematangan anak-anak, sekali gus menjejaskan perjalanan kerjaya mereka dalam industri hiburan.

“Jadi, kepada mak-mak artis ni, relax sikit. Bukan anak kau sorang sahaja yang power. Sayang, kesian dekat anak kau,” ujarnya.

“Kalau Bakat Power Tapi ‘Mak Artis’ Problem, Banyak Yang Kecundang,” – Eric Fuzi

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut bersetuju dengan pandangan yang dikongsikan Eric. Mereka berharap golongan ibu bapa memberi lebih ruang kepada anak-anak untuk menguruskan kerjaya seni secara profesional.

Ads

Antara komen yang ditinggalkan ialah:

“Elok juga ada orang lama dalam industri ini tegur sikit dekat ibu bapa yang ada anak baru masuk dunia hiburan ini. Cubalah jaga perangai sikit wahai acik-acik. Anak kau baru ibu jari kaki je jejak dalam industri tapi kau punya merentan macam anak kau dah international.”

“Betul sangat. Anak ada potensi, kerana penangan kelantangan mak-mak, membunuh karier anak sendiri.”

Ads

“Senang cerita, bila masuk dalam industri, keluarga sokong senyap-senyap sahajalah.”

Anda mungkin berminat dengan

“Setuju. Ada event yang kami supply sound, ada mak-mak yang lebih sudu dari kuah. Anak baru nak belajar perform mak dah melebih-lebih. Soundman pun dia nak sound.”

Setakat ini, hantaran tersebut telah meraih lebih 2,000 tanda suka daripada warga net.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram & Threads Eric Fuzi

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza Perjelas Isu Pengiktirafan – “Saya Tahu, Setiap Kali Menerima...

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil memberikan penjelasan berhubung pengiktirafan Ijazah Kehormat yang diterimanya daripada Sunway University selepas ia menjadi sorotan warganet, sejak...
error: Hello. Cannot.