
Sepanyol dijangka bakal membawa pulang hadiah kemenangan bernilai sehingga AS$51 juta (RM208 juta) selepas menewaskan Argentina sekali gus muncul juara baharu Piala Dunia FIFA.
Kejayaan itu hadir hasil jaringan penyerang Barcelona, Ferran Torres pada minit ke-106 masa tambahan yang memadam impian Argentina untuk mempertahankan kejuaraan dunia buat kali kedua berturut-turut.

Skuad kendalian Lionel Scaloni gagal memecah kebuntuan apabila tidak merekodkan sebarang percubaan tepat ke arah gawang Sepanyol sepanjang 120 minit permainan.

Keadaan bertambah sukar buat Argentina apabila terpaksa beraksi dengan 10 pemain sepanjang 30 minit masa tambahan selepas Enzo Fernandez dilayangkan kad kuning kedua pada masa kecederaan susulan terjahan ke atas Pau Cubarsi.

Kesempatan itu dimanfaatkan sepenuhnya oleh anak buah Luis de la Fuente yang berjaya mengawal rentak permainan sebelum memastikan kemenangan kekal memihak kepada mereka sehingga wisel penamat dibunyikan.

Baca Artikel Lain;
Menurut laporan media antarabangsa, setiap pemain daripada skuad 26 orang Sepanyol pada awalnya sudah dijamin menerima lebih AS$550,000 (RM2.24 juta) sebelum cukai selepas berjaya mara ke pentas final.
Namun, selepas bergelar juara dunia buat kali kedua, jumlah tersebut meningkat apabila pemain menerima 45 peratus daripada keseluruhan hadiah kemenangan bernilai AS$51 juta (RM208 juta).

Ini bermakna setiap pemain Sepanyol dijangka membawa pulang kira-kira AS$940,000 (RM3.84 juta) sebelum cukai.
Sementara itu, Argentina yang muncul naib juara akan menerima hadiah wang tunai sebanyak AS$34 juta (RM138.9 juta).
Bagaimanapun, setakat ini masih belum ada pengesahan mengenai jumlah agihan hadiah kepada kesemua 26 pemain skuad negara ituz
Sepanyol Dominasi Anugerah Individu, Mbappe Rangkul Kasut Emas
FIFA sememangnya menyediakan ganjaran kewangan kepada setiap pasukan mengikut pencapaian mereka di Piala Dunia.
Pecahan hadiah wang kejohanan adalah seperti berikut:
• Juara: Sepanyol – AS$51 juta (RM208 juta)
• Naib juara: Argentina – AS$34 juta (RM138 juta)
• Tempat ketiga: England – AS$30 juta (RM122.6 juta)
• Tempat keempat: Perancis – AS$28 juta (RM114 juta)
•Tempat kelima hingga kelapan: Switzerland, Norway, Belgium dan Maghribi – AS$20 juta (RM81 juta)
•Tempat kesembilan hingga ke-16: Colombia, Mesir, Amerika Syarikat, Portugal, Mexico, Brazil, Paraguay dan Kanada – AS$16 juta (RM65 juta)
• Tempat ke-17 hingga ke-32: Ghana, Algeria, Australia, Cape Verde, Austria, Croatia, Bosnia-Herzegovina, Senegal, Republik Demokratik Congo, Ecuador, Sweden, Ivory Coast, Belanda, Jerman, Jepun dan Afrika Selatan – AS$12 juta (RM49 juta)
Anda mungkin berminat dengan
• Tempat ke-33 hingga ke-48: Uruguay, Scotland, Korea Selatan, Iran, Uzbekistan, Iraq, Arab Saudi, Curacao, Republik Czech, Qatar, Panama, Jordan, Tunisia, New Zealand, Haiti dan Turkiye – AS$10 juta (RM40 juta)
Kejayaan Sepanyol turut diserikan dengan penguasaan dalam anugerah individu apabila kapten Rodri dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Kejohanan, Pau Cubarsi dipilih sebagai Pemain Muda Terbaik, manakala Unai Simon memenangi Sarung Tangan Emas selaku penjaga gol terbaik.

Sepanyol menutup kempen Piala Dunia 2026 dengan rekod cemerlang apabila kekal tanpa kalah sepanjang lapan perlawanan dan hanya dibolosi sekali.
Sementara itu, bintang Perancis, Kylian Mbappe, muncul pemenang Kasut Emas Piala Dunia 2026 selepas Lionel Messi gagal menambah jaringan pada aksi final di New Jersey, awal pagi Isnin.

Kapten Perancis itu menamatkan kejohanan sebagai penjaring terbanyak dengan 10 gol, sekali gus mengatasi Messi yang mengumpul lapan jaringan sepanjang kempen.
Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Harian Metro, AS, Guardian & BR Football
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

