Ads

“Ada Kalanya Kami Juga Rapuh,” – Scha Alyahya Akui Rumah Tangga Dengan Awal Ashaari Tak Lari Dari Ujian, Syukur Nikmat Hampir 15 Tahun Bersama

Pelakon, Scha Alyahya mengakui rumah tangga yang dibina bersama suami yang juga pengacara, Awal Ashaari selama 14 tahun turut tidak terlepas daripada cabaran dan ada fasa turun naik seperti mana pasangan lain.

Menurut Scha atau nama sebenarnya, Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya, mereka harus sentiasa beradaptasi dengan fasa perubahan masing-masing meski sudah lama hidup bersama.

“Ada Kalanya Kami Juga Rapuh,” – Scha Alyahya Akui Rumah Tangga Dengan Awal Ashaari Tak Lari Dari Ujian, Syukur Nikmat Hampir 15 Tahun Bersama

“Ada sebab mengapa di dalam kapsyen, saya tulis yang kami masih berjuang. Dalam perkahwinan, tiada perkara yang indah sentiasa. Ada fasa turun dan naiknya.

“Ada yang beranggapan, bila kita sudah lama bersama pasangan, kita sudah sangat mengenali mereka. Sebenarnya, itu tidak benar. Manusia ini setiap hari dia berubah.

“Bila mereka berubah, kita kena beradaptasi dengan perubahan yang baharu. Ekspektasi juga berubah menjadi lain. Bagi saya, tiada apa yang mudah.

“Kalau tak faham, kita kena bertanya. Jangan makan dalam. Saya tak suka orang yang pendam masalah. Nanti kita akan fikir yang bukan-bukan. Perasaan itu tak best,” katanya kepada MH.

Scha berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media filem 5 Bomoh yang berlangsung di Hemisfera Luxury Sky Hall, Menara Kuala Lumpur pada Isnin.

Terdahulu, Scha dan Awal baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-14.

Saling Terima Apa Adanya

Mengulas mengenai hubungan bersama Awal selepas lebih sedekad mendirikan rumah tangga, Scha berkata mereka kini lebih selesa berada dalam fasa menerima dan memahami antara satu sama lain tanpa terlalu meletakkan harapan tinggi.

Ads

“Ada Kalanya Kami Juga Rapuh,” – Scha Alyahya Akui Rumah Tangga Dengan Awal Ashaari Tak Lari Dari Ujian, Syukur Nikmat Hampir 15 Tahun Bersama

“Saya dan Awal sudah mengenali diri masing-masing sejak awal perhubungan kami. Bila sudah faham diri masing-masing, ada waktunya kita gembira dan sebaliknya.

“Selepas 14 tahun perkahwinan, kita tiada ekspektasi lagi. Kita lebih kepada hormat dan faham. Kita tidak lagi meletakkan ekspektasi agar pasangan menjadi seperti mana yang kita mahukan.

“Fasa itu sudah berlalu. Kini, lebih kepada fasa menerima,” ujarnya.

Dalam pada itu, Scha turut meminta orang ramai agar tidak terlalu melihat dirinya dan Awal sebagai pasangan ‘sempurna’ hanya berdasarkan perkongsian di media sosial.

“Ada Kalanya Kami Juga Rapuh,” – Scha Alyahya Akui Rumah Tangga Dengan Awal Ashaari Tak Lari Dari Ujian, Syukur Nikmat Hampir 15 Tahun Bersama

Ads

“Janganlah terlalu menjadikan kami sebagai inspirasi. Ada kalanya, kami juga rapuh. Bila lihat keluarga saya dan mentua, saya faham bahawa tiada yang mudah di dalam rumah tangga.

“Namun, jika anda melihat kami sebagai inspirasi, alhamdulillah. Perkara-perkara indah yang anda lihat di media sosial itu, semuanya adalah secara dasar sahaja.

“Kami juga sama seperti keluarga dan pasangan yang lain. Kami juga ada kepayahan yang harus dilalui. Cuma kami tak berkongsi sahaja.

“Kami hanya menunjukkan perkara-perkara yang positif. Kami tak mahu tunjukkan perkara yang tidak sepatutnya. Tidak semuanya indah. Bagus jika anda ambil yang positif,” katanya lagi.

Tambah Scha, pengalaman hidup bersama Awal turut mengubah cara dirinya menyelesaikan konflik rumah tangga.

Ads

“Ada Kalanya Kami Juga Rapuh,” – Scha Alyahya Akui Rumah Tangga Dengan Awal Ashaari Tak Lari Dari Ujian, Syukur Nikmat Hampir 15 Tahun Bersama

Anda mungkin berminat dengan

“Dahulu, jika orang bertanya bagaimana saya menyelesaikan masalah dengan Awal, jawapan saya adalah komunikasi. Itu dahulu. Saya akan bersemuka dan ajak berbincang.

“Bila sudah lama hidup bersama Awal, kini saya tahu, bukan itu cara yang dia mahukan. Dia suka menyendiri dahulu dan ambil masa untuk ‘me time’.

“Jadi, saya akan tunggu bila dia reda. Saya pun tak tahu bagaimana saya boleh ubah pendirian saya. Kini saya faham, ia bukan soal komunikasi lagi. Kita kena faham antara satu sama lain.

“Komunikasi tanpa pemahaman pun tak guna juga,” akhirinya.

Sekadar informasi, Scha dan Awal mendirkan rumah tangga pada tanggal 4 Mei 2012.

Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini dikurnikan dua orang cahaya mata perempuan, Lara Alana dan Lyla Amina.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

Kredit Foto: Instagram Scha Alyahya

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Marc Syahmie Cerita Pengalaman Masuk Peti Mayat Sebenar, Insaf Tentang Kematian...

Pelakon Marc Syahmie akui dia berdepan pengalaman paling mendebarkan sepanjang bergelar anak seni apabila perlu menjalani penggambaran di dalam peti mayat sebenar untuk drama...
error: Hello. Cannot.