Ads

“Arwah Minta Saya Jaga…,” – Kerap Berlakon Bersama Sejak Kecil, Pemergian Jalil Hamid Tinggalkan Kesan Mendalam Buat Aedy Ashraf

Pelakon Aedy Ashraf akui terkesan sebaik menerima berita pemergian pelakon legenda, Allahyarham Jalil Hamid yang menghembuskan nafas terakhir pada Isnin.

Menurut Aedy, khabar duka itu datang secara mengejut ketika dia sedang sibuk membuat persiapan bagi menghadiri acara tayangan perdana filem terbaharunya, Tarung: Unforgiven.

“Arwah Minta Saya Jaga…,” – Kerap Berlakon Bersama Sejak Kecil, Pemergian Jalil Hamid Tinggalkan Kesan Mendalam Buat Aedy Ashraf

“Saya sangat terkejut dengan berita pemergian beliau pada hari ini (semalam). Saya kerap kali berlakon drama bersama arwah ketika saya kecil.

“Bila dapat tahu perkhabaran ini, seluruh team Alpha 47 berhenti buat kerja mereka seketika. Kita sedekahkan Al-Fatihah.

“Pada saya, arwah seorang yang sangat berbakat besar dan baik hati. Saya rasa sangat sebak bila berkongsikan perkara ini.

“Bila di set, arwah seperti seorang bapa. Dia sangat penyayang dan baik hati. Bagi saya, Malaysia kehilangan satu permata yang sangat jujur,” katanya kepada MH.

Ads

Aedy berkata demikian ketika ditemui di acara tayangan perdana filem Tarung: Unforgiven yang berlangsung di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur, malam tadi.

Pesanan Terakhir Kekal Di Hati

Mengimbas kembali kenangan bersama Allahyarham Jalil, Aedy berkongsi mereka sering digandingkan sejak dirinya bergelar pelakon kanak-kanak.

“Arwah Minta Saya Jaga…,” – Kerap Berlakon Bersama Sejak Kecil, Pemergian Jalil Hamid Tinggalkan Kesan Mendalam Buat Aedy Ashraf

Tambahnya lagi, Allahyarham merupakan figura yang sangat disegani serta mudah untuk bekerjasama sepanjang berada di set.

Ads

“Saya pernah berlakon dengan ramai pelakon senior. Namun, beliau orang yang sangat baik dan menganggap setiap orang di set seperti anak dia. Dia tak pernah anggap dirinya berada di atas dan seorang yang sangat tenang.

“Dia mudah buat semua orang rasa sayang pada dia disebabkan kejujuran dan keikhlasannya. Saya sangat sayang dia,” kongsinya lagi.

Dalam masa sama, Aedy turut mendedahkan dia masih berpegang teguh dengan nasihat yang pernah diberikan oleh Allahyarham sebelum ini.

Ads

“Arwah Minta Saya Jaga…,” – Kerap Berlakon Bersama Sejak Kecil, Pemergian Jalil Hamid Tinggalkan Kesan Mendalam Buat Aedy Ashraf

Anda mungkin berminat dengan

“Awah pernah cakap satu perkara kepada saya, dia minta saya jaga keluarga, kekal dalam industri selama yang mungkin dan berlakon dengan jujur.

“Itulah kata-katanya yang saya pegang sampai sekarang,” akhirinya.

Terdahulu, Allahyarham Jalil Hamid, 69, dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di kediamannya sekitar jam 12.30 tengah hari semalam ketika sedang tidur.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Naik Kereta Terus Laju Air Mata,” – Izreen Azminda Tak Dapat...

Pelakon Izreen Azminda mengakui tidak mampu menahan sebak ketika bersemuka dengan bekas isteri suaminya, Intan Saleh, selepas kedua-dua mereka sepakat untuk berdamai sekali gus menamatkan konflik yang berpanjangan.
error: Hello. Cannot.