
Bekas isteri kepada pemuzik Uda Wahid iaitu Intan Saleh memilih untuk berdamai dan menyelesaikan segala permasalahan di mahkamah bersama pelakon Izreen Azminda secara baik.
Menurut Intan, keputusan tersebut dibuat selepas perbincangan bersama di antara dirinya dan Izreen.
View this post on Instagram
“Alhamdulillah, setelah berbincang secara bersama, kami telah bersepakat memutuskan untuk menyelesaikan pertikaian di mahkamah dengan cara baik.
“Kami bersyukur kerana perkara ini akhirnya dapat diselesaikan,” tulisnya menerusi satu hantaran di Instagram, pagi Selasa.
Dalam masa sama, Intan berharap detik ini menjadi titik tolak kepada hubungan yang lebih baik demi kebahagiaan keluarga, khususnya anak-anak.
“Harapan saya agar selepas ini, hubungan yang terjalin dapat lebih terpelihara demi kebahagiaan kita bersama, terutamanya untuk anak-anak,” kongsinya.
Saling Bermaafan, Fokus Kebahagiaan Keluarga
Ibu kepada empat cahaya mata itu turut mengambil kesempatan memohon maaf sekiranya tindakannya sebelum ini pernah mengguris hati mana-mana pihak.
“Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf sekali lagi atas sebarang tindakan atau perbuatan saya sebelum ini yang mungkin telah mengguris hati mana-mana pihak,” ujarnya lagi.
Sementara itu, Izreen turut menzahirkan penghargaan kepada Intan kerana bersetuju menyelesaikan kemelut tersebut secara baik.
View this post on Instagram
“Terima kasih Intan. Harapan saya agar selepas ini, hubungan yang terjalin dapat lebih terpelihara demi kebahagiaan kita bersama terutamanya untuk anak-anak,” tulisnya di Instagram.
Malah, Izreen juga tidak ketinggalan memohon maaf sekiranya tindakannya sebelum ini ada menyinggung perasaan Intan.
“Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf jika sebarang tindakan atau perbuatan saya sebelum ini yang mengguris hati Intan dan mana-mana pihak.
“Semoga Allah sentiasa menjaga dan memelihara hubungan kita ke arah yang lebih baik, InshaAllah,” kongsinya.
Sekadar informasi, Izreen sebelum ini memutuskan untuk mengambil tindakan terhadap Intan susulan dakwaan wanita itu kerap melakukan provokasi secara sengaja terhadap dirinya.
Anda mungkin berminat dengan
Untuk rekod, Ude pernah mendirikan rumah tangga bersama Intan pada 1 Mac 2013 sebelum bercerai pada 22 Mac 2018. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Arish Muqri dan Ariq Muqri.
Izreen dan Ude pula berkahwin pada 8 Ogos 2017 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Manakala Intan kini telah mendirikan rumah tangga bersama Mohd Aizam Yahya pada 20 Disember 2021.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

