
Sempena pembukaan rasmi jualan tiket konsert Amy Search Magic yang bermula semalam, legenda rock tanah air, Datuk Amy Search, mengumumkan tema busana khas bagi peminat yang bakal menghadiri konsert berprestij tersebut.
Konsert solo sulung figura hebat ini dijadualkan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 26 April depan.
Mengangkat tema ‘Rock It Like Amy’, Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, senang sekiranya peminat untuk tampil dalam gaya fesyen yang mencerminkan semangat dan identiti rock.
Penghormatan Kepada Evolusi Muzik Rock
Menurut Amy, tema tersebut bukan sekadar pilihan gaya berpakaian tetapi simbol penghormatan terhadap evolusi muzik rock serta perjalanan seninya yang menjangkau lebih empat dekad.
“Saya berharap peminat dapat memeriahkan konsert ini dengan penampilan yang meraikan jiwa rock sejati,” katanya.
“Saya nak semua yang datang ke konsert ini menghidupkan kembali gaya rock yang pernah saya gayakan sejak empat dekad lalu hingga sekarang.
“Sama-sama kita rasai pengalaman dunia rock yang pernah mencetuskan fenomena sekitar 80-an dan masih mendapat tempat sehingga kini” katanya.
Mahu Cipta Memori Manis
Amy menambah, pemilihan tema itu juga selari dengan konsep konsert yang bakal menampilkan pelbagai elemen magis dan luar biasa.
“Konsert ini bukan sekadar hiburan biasa, tetapi sebuah perjalanan muzik yang penuh magis dan kenangan buat peminat.
“Saya percaya sentuhan hebat Jennifer Thompson selaku pengarah konsert serta pimpinan muzik yang akan diketuai oleh Rie Tsuji, konsert ini akan mengembalikan segala nostalgia dan memberikan kenangan manis kepada semua,” katanya lagi.
Tiket untuk konsert ini sudah mula dijual dan harga tiket bermula daripada RM188 (Cat 6- Lagu Tiada lagi ), RM288 (Cat 5 – Gita Rama Sita), RM388 (Cat 4 – Kerja Gila), RM538 (Cat 3- Kalimah Cinta), RM608 (Cat 2 – Saatku Idamkan) dan RM788 (Cat 1- Rock Royalty).
@mediahiburanofficial Penampilan living legend, Datuk Amy Search yang membawakan Saat Ku Idamkan pada sidang media Amy Search Magic Konsert Solo Pertama, hari ini. Konsert ini bakal berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, pada 26 April depan. Tiket konsert akan mula dijual bermula 5 Februari depan. #MHnews #MediaHiburan #FYP ♬ original sound – Media Hiburan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI