Ads

Comeback Azar Azmi Selepas 7 Tahun Jadi Sorotan, 1 Juta Views Tak Sampai 24 Jam!

Nama Azar Azmi kembali hangat diperkatakan selepas kemunculan semulanya dalam dunia lakonan berjaya mencuri perhatian netizen di media sosial.

Selepas tujuh tahun berehat daripada industri seni, Azar bakal kembali menghiasi kaca televisyen menerusi drama terbaharu, Bulan Henti Bicara terbitan Treputree Sdn Bhd yang bakal bersiaran di Astro Ria tidak lama lagi.

Menariknya, video kemunculan semula Azar yang dimuat naik oleh Bambam Studios di platform TikTok berjaya meraih lebih 1 juta tontonan dalam tempoh kurang 24 jam sejurus dikongsikan.

Video tersebut memaparkan suasana penuh emosi ketika Azar tiba di lokasi penggambaran.

Malah finalis Dewi Remaja 2009/10 itu dilihat seakan-akan gementar untuk keluar dari kenderaan sebelum melangkah masuk ke set.

Azar juga dilihat tidak dapat menahan sebak sehingga mengalirkan air mata, dipercayai kerana terlalu emosional selepas sekian lama meninggalkan dunia lakonan.

Ads

Comeback Azar Azmi Selepas 7 Tahun Jadi Sorotan, 1 Juta Views Tak Sampai 24 Jam! Comeback Azar Azmi Selepas 7 Tahun Jadi Sorotan, 1 Juta Views Tak Sampai 24 Jam! Comeback Azar Azmi Selepas 7 Tahun Jadi Sorotan, 1 Juta Views Tak Sampai 24 Jam! Comeback Azar Azmi Selepas 7 Tahun Jadi Sorotan, 1 Juta Views Tak Sampai 24 Jam!

Baca Artikel Lain;

https://www.mediahiburan.my/saya-juga-pernah-rasa-susah-ozlynn-tak-mahu/

Ads

Netizen Luah Rasa Rindu

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa rindu terhadap pelakon tersebut dan mengakui turut tersentuh melihat momen berkenaan.

Tidak kurang juga tidak sabar untuk menyaksikan penampilan Azar kembali beraksi di kaca TV.

Untuk rekod, Azar Azmi pernah mencipta populariti menerusi beberapa drama hit seperti Nur 2, Isteri Misteri, Red Velvet dan Suri Hati Mr Pilot.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

Drama Bulan Henti Bicara turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Azhan Rani, Ezzanie Jasny, Ali Reza, Farah Ahmad dan Hushairi Husin serta ramai lagi.

Dengan sambutan luar biasa yang diterima setakat ini, ramai percaya kemunculan semula Azar Azmi bakal menjadi antara comeback paling dinanti-nantikan pada tahun ini.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Zul Ariffin

“Saya Hanya Minum, Telan Air Liur, Marah Dan…,” – Zul Ariffin...

Pelakon Zul Ariffin sanggup menjalani rutin diet ekstrem demi mendapatkan bentuk badan ideal untuk membawakan watak Firdaus dalam filem The Furious: Pertaruhan Maruah.
error: Hello. Cannot.