Ads

“Mudah-mudahan Allah SWT Membantu Dia Dengan Memberikan Kemenangan,” – Ibu Syed Saddiq

Ibu kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abd Rahman iaitu Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz, tiba di perkarangan Istana Kehakiman, Putrajaya kira-kira jam 7.40 pagi tadi bagi memberikan sokongan kepada anakanda tercinta.

Sebelum menuju ke kaunter pendaftaran, Sharifah Mahani yang mengenakan persalinan baju kurung hijau sempat menyapa beberapa kenalan serta bersalaman dengan bakal menantunya yang juga pelakon dan penyanyi, Bella Astillah.

Titip Doa Buat Anak

Ketika ditemui, Sharifah Mahani memanjatkan doa agar keputusan mahkamah pada hari ini memihak kepada anaknya.

“Mudah-mudahan Allah SWT membantu dia dengan memberikan kemenangan pada hari ini, sayang,” katanya kepada MH.

Ads

Baca Artikel Lain;

https://www.mediahiburan.my/kita-tunggu-habis-nanti-bella-astillah-tiba-di-istana-kehakiman-hadir-beri-sokongan-doa-yang-terbaik-buat-tunang/

Ads

Keputusan Rayuan Akhir Syed Saddiq

Nasib Syed Saddiq sama ada kekal bebas atau diarahkan menjalani hukuman penjara atas empat pertuduhan bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) akan diketahui pagi ini.

Ads

Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang terdiri daripada Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Abu Bakar Jais, Hakim Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk Collin Lawrence Sequerah dijangka menyampaikan keputusan rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasan Syed Saddiq pada jam 9 pagi.

Anda mungkin berminat dengan

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

@mediahiburanofficial Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah tiba di perkarangan Istana Kehakiman, Putrajaya bagi menghadiri prosiding keputusan rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasan tunangnya yang juga Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Ketika ditemui media, Bella bagaimanapun enggan mengulas lanjut sebelum prosiding selesai dan berharap segalanya berjalan dengan lancar ✨ #MHnews #MediaHiburan #FYP ♬ original sound – Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Wani Kayrie Guna Mikrofon Pertama Dibeli Sejak 2019 Ke AJL40 –...

Penyanyi Wani Kayrie menyifatkan penampilannya di pentas Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40), Sabtu ini sebagai momen cukup bermakna apabila bakal menggunakan mikrofon pertamanya yang dibeli pada tahun 2019.