
Pelakon Jazmy Juma menafikan dakwaan yang mengaitkan dirinya sebagai artis yang tidak berdisiplin dan berlagak ‘diva’ ketika berada di set penggambaran.
Menurut Jazmy, sebagai pelakon baharu, dia sentiasa berusaha menjaga tingkah laku dan tidak pernah mempunyai masalah dengan mana-mana pihak.

“Saya tidak tahu mengenai dakwaan itu dan sepanjang ini, saya tidak pernah mempunyai sebarang isu dengan mana-mana individu di set penggambaran.
“Malah setakat ini, saya tidak pernah mengganggu sesiapa atau berlagak seperti diva ketika berada di lokasi,” katanya kepada MH.
Bintang kelahiran Hero Remaja 2020 itu berkata demikian ketika ditemui pada sesi tayangan perdana drama Yes! Captain Zul Aaryan, baru-baru ini.
Tegaskan Tidak Pernah Berlagak Diva
Mengulas mengenai isu disiplin, Jazmy mengakui ada kalanya dia terlewat hadir ke set penggambaran akibat keletihan berikutan jadual kerja yang padat.

“Jujur saya katakan, saya hanyalah manusia biasa. Bila bekerja sebagai pelakon, waktu kerja kita tidak menentu. Ada kalanya kita bekerja dalam waktu yang sangat panjang sama ada siang atau malam.
“Bila saya terlampau penat, terlajak tidur itu sesuatu yang saya tak boleh kawal. Jika saya terlambat, saya akan minta maaf. Namun, saya akan tetapkan kekal dengan energi untuk menjalani penggambaran.
“Sebagai pelakon, saya juga ada mengambil makanan tambahan untuk kekalkan tenaga. Jadual makan pun tak menentu,” ujarnya lagi.
Utamakan Sikap Profesional Di Lokasi
Bagaimanapun, Jazmy menjelaskan perkara itu tidak disengajakan dan dia akan segera memohon maaf kepada pihak produksi serta para pelakon yang terlibat.

“Pada saya setiap pelakon ada pengalaman sendiri mengenai pengurusan masa. Kalau saya lambat, saya akan minta maaf kerana buat ramai menunggu atau merugikan mana-mana pihak.
“Jika situasi seperti itu berlaki, biasanya pembantu pengarah akan cari jalan untuk jalani penggambaran babak-babak lain dahulu.
“Inilah kerjasama dan toleransi dalam sesebuah produksi. Inilah yang saya rasai. Saya tak tahu perasaan mereka pula.
“Saya akui ada kalanya saya datang lambat. Namun, saya bukan pelakon bermasalah. Ada kalanya saya penat dan tak cukup rehat tapi hal seperti ini tidak selalu berlaku,” ujarnya lagi.
Anda mungkin berminat dengan
Mengulas sikap segelintir rakan artis yang gemar mendedahkan isu dalaman set penggambaran di media sosial, Jazmy menyifatkan tindakan sedemikian sebagai tidak profesional.

“Pada saya, itu tindakan yang tidak profesional. Saya tak tahu kenapa ada artis yang buat sebegitu. Jika saya ada masalah dengan seseorang itu, saya akan terus bersemuka.
“Buat apa post di media sosial, perhatian apa yang dia nak? Kita ini sudah dewasa. Cakap sahaja depan-depan kalau tak puas hati. Benda boleh bincang.
“Ini adalah respon umum saya dan tidak ditujukan kepada sesiapa,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

