Ads

“Saya Beritahu, Saya Sanggup Buka Butang Baju Sendiri, Tapi Nak Buka Tudung Tu…,” – Irfan Zaini

Pelakon Irfan Zaini mengakui dia berdepan dilema sebelum menjayakan beberapa adegan yang boleh mencetuskan perbualan ramai menerusi drama terbaharu, Luka Di Hujung Setia.

Menurut Irfan, sebagai seseorang yang dibesarkan dalam keluarga yang menghormati pemakaian hijab, dia pada awalnya berasa kekok dan serba salah untuk melakonkan adegan berkenaan.

“Saya Beritahu, Saya Sanggup Buka Butang Baju Sendiri, Tapi Nak Buka Tudung Tu…,” – Irfan Zaini

“Bila saya fikir sebagai diri-sendiri (Irfan), rasa macam kekok dan susah sikit sebab adik-beradik dan mak saya semuanya berhijab. Jadi ada rasa bersalah, sensitif sangat.

“Tapi bila fikir ia hanyalah tuntutan watak, saya rasa babak itu boleh buat netizen tertarik dengan episod tersebut, saya setuju. Malah pengarah dan gandingan saya pun okay serta mudah bekerjasama.

“Kadang-kadang kalau gandingan kita tak selesa, kita tak boleh buat juga. Tapi bila semua dah selesa, semuanya berjalan lancar,” katanya kepada MH.

 

“Saya Beritahu, Saya Sanggup Buka Butang Baju Sendiri, Tapi Nak Buka Tudung Tu…,” – Irfan Zaini

Ads

Pelakon filem Blood Brothers itu berkata sedemikian ketika ditemui di sidang media Astro Fandom yang berlangsung di D Theatre, Hextar World Empire City, Petaling Jaya pada Selasa.

 

Jelas Irfan lagi, setiap babak yang melibatkan perkara sensitif turut dibincangkan terlebih dahulu bersama rakan pelakon Zara Zya, selain pengarah dan pihak produksi.

“Saya Beritahu, Saya Sanggup Buka Butang Baju Sendiri, Tapi Nak Buka Tudung Tu…,” – Irfan Zaini

“Memang dari awal kami sudah bincang. Bukan untuk drama ini saja, bahkan filem atau drama lain yang saya terlibat pun akan buat perkara sama.

Ads

“Misalnya kalau rakan pelakon kita itu sudah kahwin, lebih baik turut tanya suaminya terlebih dulu. Bagi saya, itu adalah yang sepatutnya,” ujarnya lagi.

“Saya Beritahu, Saya Sanggup Buka Butang Baju Sendiri, Tapi Nak Buka Tudung Tu…,” – Irfan Zaini

Dalam pada itu, Irfan turut berharap agar penonton memahami drama tersebut sekadar adalah sebuah karya fiksyen yang membawa mesej dan pengajaran.

“Saya Beritahu, Saya Sanggup Buka Butang Baju Sendiri, Tapi Nak Buka Tudung Tu…,” – Irfan Zaini

“Walaupun ada yang akan bawa elemen kerohanian, tapi ini hanya lakonan. Ia adalah satu pengajaran,” katanya.

Ads

Tambah Irfan lagi terdapat satu lagi babak yang turut berkaitan dengan tudung yang akhirnya terpaksa diubah selepas dia rasa kurang selesa untuk dijayakan.

Anda mungkin berminat dengan

Dedah Irfan, perbincangan hampir sejam itu diadakan bersama penerbit, pengarah dan Zara sebelum kata sepakat dicapai.

“Saya Beritahu, Saya Sanggup Buka Butang Baju Sendiri, Tapi Nak Buka Tudung Tu…,” – Irfan Zaini

“Saya beritahu, saya sanggup buka butang baju saya sendiri, tapi nak buka tudung itu memang saya tak sanggup langsung.

“Jadi kami duduk hampir sejam berbincang dan apabila dia ditayangkan, ramai yang suka dan penonton faham ini hanyalah lakonan,” jelasnya lagi.

Terdahulu, drama arahan Raja Mukhriz ini menjadi sorotan penonton susulan ada beberapa babak yang menctuskan tular di media sosial.

Irfan yang mendukung watak sebagai Faris, digambarkan sebagai suami yang terjebak dengan kecurangan dan ia turut mengundang pelbagai reaksi penonton.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Apa Yang Mereka Jawab, Terpulang Kepada Mereka. Itu Jawapan Daripada Hatinya,”...

Pelakon Rita Rudaini tampil menjelaskan mengenai respons anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin yang mencuri perhatian selepas membalas komen seorang individu yang mengaitkan kejayaan diraih dengan bapanya, pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abd Razak.
error: Hello. Cannot.