Ads

Aisha Retno Perjelas Peranan Sebagai Juri, Akui ‘Study’ Sebelum Beri Komen – “Bila Dapat Kontrak, Saya Belajar Apa Nak Cakap, Apa Nak Buat.”

Aisha
Aisha

Komposer dan penyanyi, Aisha Retno mengakui tanggungjawabnya sebagai juri program realiti, Big Stage Rocketfuel bukanlah sesuatu yang mudah.

Sebaliknya, ia memerlukan persediaan rapi serta ilmu sebelum memberikan komen kepada para peserta.

Menurut penyanyi lagu Jodoh Lebaran itu, setiap teguran dan pandangan perlu disampaikan dengan baik agar mampu menjadi pembakar semangat, bukannya menjatuhkan keyakinan para peserta.

Aisha Retno Perjelas Peranan Sebagai Juri, Akui ‘Study’ Sebelum Beri Komen – “Bila Dapat Kontrak, Saya Belajar Apa Nak Cakap, Apa Nak Buat.”

Aisha Retno Perjelas Peranan Sebagai Juri, Akui ‘Study’ Sebelum Beri Komen – “Bila Dapat Kontrak, Saya Belajar Apa Nak Cakap, Apa Nak Buat.”

“Bagi saya ini adalah salah satu tanggungjawab yang berat di dalam industri. Menjadi salah seorang juri bukan mudah.

“Maksudnya kita pun perlu ada ilmu, kita kena ‘study’ apa yang kena dilakukan, apa yang kena cakap.

“Cakap kena tersusun, perkataan-perkataan yang digunakan pula tidak boleh mengguris hati tetapi dalam masa sama perlu memotivasikan,” katanya kepada MH.

Aisha berkata demikian ketika ditemui selepas konsert minggu keempat Big Stage Rocketfuel di Auditorium MBSA, Shah Alam, pada Ahad.

Mahu Peserta Keluar Dari Zon Selesa

Aisha yang sudah hampir lapan tahun bergelar anak seni menjelaskan dirinya juga masih dalam proses pembelajaran dan sebab itulah, dia mengambil serius tanggungjawab sebagai juri.

Ads

Tambah Aisha, sebelum menerima tawaran tersebut, dia terlebih dulu membuat persediaan agar setiap komen yang diberikan benar-benar dapat membantu perkembangan peserta .

“Sebagai seorang anak seni yang baru lapan tahun dalam industri, saya rasa ini perkara yang sukar.

“Jadi bila saya dapat kontrak untuk menjadi salah seorang juri, Aisha memang belajar apa nak cakap, apa nak buat.

“Malah, kami bertiga juga bersepakat untuk jadi pembakar semangat dan pemberi motivasi.

“Kita berkongsi ilmu sebab saya pun masih lagi belajar dalam industri ini. Jadi kita nak terlalu mengkritik pun tak boleh, baik sangat pun tak boleh. Kita cuba cari titik tengah,” ujarnya lagi.

Aisha turut berharap agar setiap peserta mula menunjukkan peningkatan dan berani keluar daripada zon selesa, memandangkan saingan sudah melalui pertengahan siaran.

Ads

Baca Artikel Lain; 

https://www.mediahiburan.my/mereka-datang-menyanyi-menakluk-industri-aisha-retno-wani-kayrie-alpha-bukti-dominasi-for-real/

Aisha Retno Perjelas Peranan Sebagai Juri, Akui ‘Study’ Sebelum Beri Komen – “Bila Dapat Kontrak, Saya Belajar Apa Nak Cakap, Apa Nak Buat.”

Aisha Retno Perjelas Peranan Sebagai Juri, Akui ‘Study’ Sebelum Beri Komen – “Bila Dapat Kontrak, Saya Belajar Apa Nak Cakap, Apa Nak Buat.”

“Sekarang sudah minggu keempat, saya merasakan masih ada yang seolah-olah duduk ‘santai bersahaja’ dan kita tidak mahu perkara itu berlaku.

“Produksi Astro telah melabur banyak untuk program realiti ini. Jadi siapa yang dah dapat masuk dan dapat peluang jadi peserta, itu adalah sesuatu yang besar,” tambahnya.

Ads

Terima Kritikan Dengan Hati Terbuka

Dalam pada itu, Aisha yang sebelum ini pernah menyertai program sama akui dia memahami tekanan dan cabaran yang sedang dilalui peserta.

Anda mungkin berminat dengan

Aisha Retno Perjelas Peranan Sebagai Juri, Akui ‘Study’ Sebelum Beri Komen – “Bila Dapat Kontrak, Saya Belajar Apa Nak Cakap, Apa Nak Buat.”

“Ketika menjadi salah seorang peserta, saya memang hargai apa yang saya buat setiap minggu.

“Jadi jangan lepaskan peluang ini, dah minggu keempat, apa lagi yang kalian boleh persembahkan bila di atas pentas?

“Sebagai juri, tugas kami adalah untuk memberi semangat,” jelas bintang berusia 25 tahun itu yang turut terbuka soal kritikan daripada penonton.

“Untuk yang kritik, saya ambil secara baik. Walaupun ada orang kata komen saya sangat memotivasikan, ada juga yang berkata sebaliknya.

“Jadi saya sambut dengan baik sebab kita sama-sama belajar. Saya juga belajar dari peserta, belajar daripada pengacara. Kita belajar sesama sendiri dalam industri,” akhirinya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial)

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Sebagai Orang Luar, Saya Doakan Kebahagiaan Kalian,” – Cik B Rasa...

Personaliti media sosial yang juga anak kepada usahawan sensasi Datuk Seri Vida, iaitu Cik B, mencuri perhatian selepas berkongsi luahan hatinya menerusi satu hantaran di aplikasi sosial, Threads pada Isnin.
error: Hello. Cannot.