Aktres Rita Rudaini tampil menyelar sikap segelintir pengguna media sosial yang dilihat memperkecilkan kejayaan anaknya, Airit Rayyan, selepas berjaya meraih pingat emas dalam acara 110 meter lari berpagar pada Kejohanan Olahraga MRSM Kebangsaan 2026, baru-baru ini.
Menerusi hantaran di media sosial, terdapat beberapa individu yang menyifatkan kejayaan tersebut bukanlah sesuatu yang luar biasa kerana kejohanan itu hanya melibatkan sekolah-sekolah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan bukannya ada penyertaan daripada seluruh sekolah di Malaysia.
Sifat Suka Perkecil Kejayaan Orang Lain
Rita berpendapat, golongan seperti ini sememangnya sukar menerima kejayaan orang lain dan sentiasa mencari alasan untuk memperlekeh setiap pencapaian yang diraih.
“Bila pecah rekod sekolah, kata bukan rekod Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD). Bila pecah rekod MSSD, kata bukan rekod Majlis Sukan Sekolah Negeri (MSSN).
Ads
“Bila pecah rekod MSSN, kata bukan Sea Games. Bila pecah rekod Sea Games, kata bukan Olimpik,” katanya.
Perkara itu dikongsikan oleh pelakon drama Jiwa Seorang Pentaksub itu menerusi satu hantaran di aplikasi Threads.
“Tiada Proses Bermula Dari Atas.”
Dalam masa sama, Rita menyifatkan individu yang gemar merendah-rendahkan kejayaan orang lain sebenarnya tidak bahagia dengan kehidupan mereka sendiri.
Ads
“Bro, kalau kau orang yang bijak, dia akan fikir tentang proses. Tiada proses yang bermula daripada atas.
“Awak pun bukan keluar daripada perut mak, terus boleh bercakap dan berlari. Mesti tak gembira dengan diri sendiri,” kongsinya lagi.
Ads
Terdahulu, kejayaan Airit memecahkan rekod MRSM Kebangsaan dalam acara 110 meter lari berpagar meraih perhatian meluas daripada netizen dan pihak media.
Rata-rata netizen turut menzahirkan rasa bangga, selain tumpang gembira buat Rita yang sentiasa berusaha keras memberikan yang terbaik buat anak-anaknya meskipun bergelar ibu tunggal.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Sumber & Kredit Foto: Threads & Instagram Rita Rudaini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Rita Rudaini tampil menjelaskan mengenai respons anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin yang mencuri perhatian selepas membalas komen seorang individu yang mengaitkan kejayaan diraih dengan bapanya, pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abd Razak.
Rita berpendapat, apa yang dibalas Rayyan merupakan luahan jujur yang lahir daripada hatinya sendiri.
“Memang agak lawak juga bila baca komen daripada Rayyan itu. Sebenarnya, pengalaman hidup saya ketika kecil juga sama seperti mereka.
“Apa yang mereka rasa, saya juga pernah merasainya. Rayyan dan adiknya ini, mereka cuma ada saya daripada kecil sehinggalah sekarang,” katanya menerusi temu bual bersama HLive.
Pelakon filem Mami Jarum Junior itu turut menambah bahawa anak-anaknya kini sudah dewasa dan mempunyai pandangan tersendiri terhadap setiap perkara.
“Bila mereka sudah besar dan netizen asyik sebut-sebut mengenai isu ini, mereka sudah boleh membaca dan membalas.
“Apa yang mereka jawab itu, kena terima,” ujarnya.
Dalam masa sama, Rita menafikan dakwaan kononnya dia mengajar anak-anak berhubung perkara tersebut.
“Kalau nak kata saya yang mengajar, sudah-sudahlah. Daripada dahulu lagi, saya kena kecam dan dituduh mengajar anak.
“Kalau saya ini mengajar anak perkara-perkara yang tidak elok, mereka tidak akan jadi seperti sekarang.
“Apa yang mereka jawab, itu terpulang kepada mereka. Itu jawapan daripada hatinya,” kongsinya lagi.
Terdahulu, nama Rayyan menjadi perhatian susulan kejayaannya memecahkan rekod kebangsaan acara 110 meter lari berpagar di Kejohanan Olahraga MRSM Kebangsaan 2026 sehingga menerima pujian ramai.
Untuk rekod, Rita dan Aidil mendirikan rumah tangga pada 2008 sebelum bercerai lima tahun kemudian. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.
Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram HLive & Rita Rudaini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pusat tuisyen terkemuka, PTTI terus tampil dengan pendekatan berbeza apabila menganjurkan Tayangan Perdana “Selekoh Akhir PTTI – The Untold Story Behind The A’s” di GSC Aurum Theatre, The Exchange TRX, baru-baru ini.
Penganjuran tayangan eksklusif itu bertujuan memberi inspirasi kepada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), khususnya mereka yang masih bergelut dalam pelajaran.
Dokumentari berkenaan mengangkat kisah sebenar mengenai pengorbanan, kesungguhan serta perjuangan pelajar, ibu bapa dan guru-guru PTTI dalam menjayakan Program Selekoh Akhir yang telah melahirkan ribuan pelajar cemerlang sejak diperkenalkan pada 2019.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman atau lebih dikenali sebagai Cikgu Fana, dokumentari tersebut diterbitkan bagi membuka mata masyarakat terhadap usaha dan proses sebenar di sebalik kejayaan luar biasa yang dicapai oleh para pelajar.
“Rakyat Malaysia nampak kejayaan keputusan SPM yang dibina oleh PTTI. Tetapi, semua tidak tahu bagaimana proses kejayaan itu dihasilkan berulang-ulang kali. Itulah sebab kami hasilkan Selekoh Akhir PTTI – The Untold Story Behind The A’s,” katanya.
Sepanjang majlis berlangsung, turut memperkenalkan barisan tenaga pengajar Program Selekoh Akhir yang menjadi tulang belakang kepada kejayaan program tersebut.
Kesemua mereka merupakan pendidik sepenuh masa di PTTI yang telah menjalani latihan intensif serta memiliki pengalaman mengajar yang luas.
Sebahagian daripada mereka telah berkhidmat lebih 25 tahun dalam subjek Matematik Tambahan, manakala kebanyakannya mempunyai pengalaman mengajar melebihi sedekad.
Malah, tenaga pengajar itu turut terdiri daripada individu berkelulusan Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) dalam pelbagai bidang, namun berkongsi matlamat yang sama iaitu membantu setiap pelajar mencapai potensi terbaik mereka.
Cikgu Fana berkata, Program Selekoh Akhir merupakan program persediaan intensif yang dijalankan sepanjang tiga bulan terakhir sebelum peperiksaan SPM dan dibangunkan khusus bagi membantu pelajar yang masih lemah atau ketinggalan dalam akademik.
“Sejak diperkenalkan lapan tahun lalu, program ini berjaya membantu ramai pelajar meningkatkan prestasi daripada gred G kepada A, malah tidak kurang juga berjaya memperoleh keputusan straight A dalam peperiksaan SPM.
Kejayaan konsisten itu turut membolehkan PTTI menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records sebanyak tiga kali sebagai pusat tuisyen yang melahirkan jumlah pelajar straight A SPM paling ramai di Malaysia,” katanya lagi.
Sementara itu, Ketua Pegawai Pertumbuhan (CGO) PTTI, Sir Race berkata, Program Selekoh Akhir diwujudkan berasaskan kepercayaan bahawa setiap pelajar masih mempunyai peluang untuk mengubah masa depan mereka selagi belum menduduki peperiksaan.
“Di PTTI, kami percaya tiada pelajar yang terlalu lewat untuk berubah. Selagi masih ada masa sebelum peperiksaan, selagi itu masih ada peluang untuk bangkit.
Selekoh Akhir diwujudkan khusus untuk membuktikan bahawa dengan bimbingan yang betul, pelajar yang gagal juga mampu mencapai keputusan cemerlang jika dia membuat keputusan yang betul sekarang,” katanya.
Majlis tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran Datuk AC Mizal selaku hos, Datin Emylia, MK, Iman, Alyssa Dezek yang juga pelajar Selekoh Akhir 2025 dan memperoleh keputusan 9A dalam SPM, selain Madammu, Asyraf Khalid, Tya Arifin serta alumni Program Selekoh Akhir bagi sesi 2019 hingga 2025.
Bagi yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai Program Online Selekoh Akhir SPM PTTI boleh melayari laman web rasmi mereka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas sukses mencipta fenomena menerusi musim pertama, drama komedi bersiri, Jutawan Ekspres kembali dengan musim kedua yang dijangka tampil lebih menghiburkan menerusi jalan cerita lebih segar, konflik yang semakin ‘pecah’ serta pelbagai kejutan untuk tontonan seisi keluarga.
Masih mengekalkan konsep santai yang dekat dengan kehidupan masyarakat, siri ini bukan sahaja menyajikan pelbagai adegan mencuit hati, malah turut diselitkan mesej dan pengajaran relevan buat penonton daripada pelbagai peringkat usia.
Jika musim pertama berjaya menambat hati penonton menerusi jalan cerita yang ringan serta keserasian mantap barisan pelakon, Jutawan Ekspres 2 kini hadir dengan taruhan yang lebih besar.
Menurut pelakon yang turut terlibat dalam proses penulisan skrip, Rashidi Ishak, kejayaan musim pertama secara tidak langsung meletakkan harapan yang tinggi terhadap musim baharu ini.
“Selalunya kalau musim pertama berjaya mendapat sambutan yang bagus, nak buat musim kedua memang ada tekanan. Semua orang meletakkan ekspektasi yang tinggi.
“Saya juga terlibat dalam proses penulisan skrip. Jadi kami berusaha sedaya upaya untuk menghasilkan jalan cerita yang lebih baik.
“Kami ada banyak idea-idea ‘gila’, tetapi semuanya masih dalam lesen kreatif dan sesuai untuk tontonan keluarga serta kanak-kanak,” katanya kepada MH.
Rashidi turut memaklumkan, antara perkara yang dikekalkan daripada musim terdahulu ialah kesinambungan babak ikonik membabitkan watak yang dibawa Bell Ngasri yang sebelum ini yang dikatakan telah ditelan ikan paus.
Komitmen itu diterjemahkan menerusi jalan cerita yang lebih dinamik dengan pelbagai konflik baharu, momen komedi menghiburkan serta kemunculan beberapa watak yang dijangka memberi warna berbeza kepada keseluruhan penceritaan.
Bagi teraju utamanya iaitu Elly Mazlein, musim kedua ini bakal menyajikan jalan cerita yang jauh lebih ‘pecah’ berbanding musim pertama.
Menurutnya, kemunculan watak baharu yang dibawakan oleh Azhan Rani bakal menjadi pencetus utama kepada pelbagai konflik dan kekecohan dalam drama tersebut.
“Kali ini jalan ceritanya memang lebih pecah. Kita ada watak baharu yang dilakonkan oleh Azhan Rani. Dia adalah pengacau dalam drama ini,” ujarnya.
Dalam masa sama, Elly percaya Jutawan Ekspres 2 hadir tepat pada waktunya ketika penonton dahagakan hiburan santai yang mampu menghimpunkan seluruh ahli keluarga di hadapan televisyen.
“Kita sudah penat dengan drama berkisarkan Megah Holding. Drama ini buatkan kita nak ketawa.
“Walaupun drama ini sarat komedi, ia tetap mempunyai banyak iktibar. Orang yang tamak pasti akan mendapat balasannya.
“Kali ini, bila Jutawan Ekspres Musim 2 ditayangkan, kami nak buat seluruh ahli keluarga berkumpul.”
Malah, Elly turut memberi bayangan bahawa musim kali ini akan dipenuhi pelbagai babak yang berpotensi menjadi tular di media sosial.
“Kali ini pasti banyak babak yang tular. Yang bukan-bukan, semua saya yang buat.
“Saya seorang pelakon yang suka buat benda baharu. Saya juga akan memperkenalkan bahasa-bahasa yang jarang digunakan lagi. Saya tak sabar nak tengok reaksi penonton.
“Saya memang jenis pelakon yang ‘liar’. Bila dapat satu watak, saya nak buat yang terbaik dan menggembirakan penonton.”
Sementara itu, pelakon Azhar Sulaiman pula menyifatkan suasana sepanjang penggambaran berlangsung dalam keadaan cukup menyeronokkan apabila seluruh tenaga produksi sentiasa diselubungi gelak tawa.
Menurutnya, cabaran terbesar sepanjang penggambaran bukanlah melibatkan para pelakon, sebaliknya keadaan cuaca yang sering mengganggu jadual kerja.
“Ini adalah drama komedi. Ketegangan memang tak berlaku di set. Mungkin hari pertama sahaja sebab semua masih menyesuaikan diri.
“Sepanjang penggambaran, apa yang saya ingat hanyalah hujan yang merencatkan jadual. Selebihnya kami hanya ketawa. Sesekali dapat dengar juga suara mengilai Elly Mazlein di set,” kongsinya.
Dengan gabungan barisan pelakon berpengalaman, kemunculan watak-watak baharu, jalan cerita yang lebih segar serta komedi yang dekat dengan kehidupan masyarakat tempatan, Jutawan Ekspres 2 dilihat mempunyai semua ramuan untuk mengulangi kejayaan musim terdahulu.
Saksikan Jutawan Ekspres 2 yang bakal ditayangkan bermula 17 Julai, setiap Jumaat, 9 malam di saluran Astro Ceria & Astro Prima. Strim di Astro One dan Sooka.
Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas sukses mencipta fenomena menerusi musim pertama, drama komedi bersiri, Jutawan Ekspres kembali dengan musim kedua yang dijangka tampil lebih menghiburkan menerusi jalan cerita lebih segar, konflik yang semakin ‘pecah’ serta pelbagai kejutan untuk tontonan seisi keluarga.