Ads

Erma Fatima Tak Serah Orang Lain, Buat Sendiri Hantaran & Dekorasi Demi Majlis Tunang Anak – “Kena Pakai Songket, Ikut Cara Melayu Yang Betul.”

Pengarah dan pelakon, Erma Fatima bakal melalui satu lagi fasa bermakna dalam kehidupan apabila anak perempuannya, Norain Sofea, dijadualkan mengikat tali pertunangan pada 18 Julai ini.

Lebih istimewa, majlis tersebut turut menjadi detik pertama buat Erma apabila bakal menerima menantu lelaki dalam keluarga, tidak lama lagi.

Menurut Erma, dia memilih untuk menguruskan sendiri beberapa persiapan utama termasuk dekorasi dan hantaran sebagai tanda kasih buat permata hati tersayang.

Malah, dia juga mahu meninggalkan kenangan cukup bermakna menjelang hari bahagia itu.

Erma Fatima Tak Serah Orang Lain, Buat Sendiri Hantaran & Dekorasi Demi Majlis Tunang Anak – “Kena Pakai Songket, Ikut Cara Melayu Yang Betul.”

“Ya hantaran dan dekorasi saya buat. Ini yang terakhir yang saya boleh buat untuk anak saya sebagai kenangan dia,” katanya kepada MH.

Erma berkata demikian ketika ditemui pada acara Tayangan Perdana & “What’s
Next on Viu” di Odeon Kuala Lumpur, pada Rabu.

Erma Fatima Tak Serah Orang Lain, Buat Sendiri Hantaran & Dekorasi Demi Majlis Tunang Anak – “Kena Pakai Songket, Ikut Cara Melayu Yang Betul.”

Ads

Erma Fatima Tak Serah Orang Lain, Buat Sendiri Hantaran & Dekorasi Demi Majlis Tunang Anak – “Kena Pakai Songket, Ikut Cara Melayu Yang Betul.”

Mahu Anak Kekalkan Adat Melayu

Dalam pada itu, Erma mengakui wujud perbezaan pandangan antara dirinya dan anak sepanjang merancang majlis pertunangan serta perkahwinan.

Jelas pengarah Tahajjud Cinta itu, anaknya yang tergolong dalam generasi Gen Z mempunyai cita rasa tersendiri.

Namun, sebagai ibu, dia berharap segala perancangan majlis dapat mengikut adat dan tradisi Melayu seperti yang diimpikannya.

Erma Fatima Tak Serah Orang Lain, Buat Sendiri Hantaran & Dekorasi Demi Majlis Tunang Anak – “Kena Pakai Songket, Ikut Cara Melayu Yang Betul.”

Ads

“Dia kan Gen Z. Bila Gen Z, dia ada dia punya cita rasa tertentu.

“Saya minta supaya dia ikut kehendak saya daripada majlis tunang sehingga majlis perkahwinan.

“Ada juga ‘argue’. Biasalah Gen Z dia ada pendapat dia. Saya kata pada dia, orang sudah makin lupa tentang adat Melayu.

“Jadi saya nak dia ikut adat Melayu daripada A sampai Z sehingga selesai majlis,” jelasnya lagi.

Mahu Busana Songket, Bukan Gaun

Dalam masa sama, Erma menjelaskan majlis itu akan diserikan dengan pelbagai adat tradisi Melayu seperti Khatam Al-Quran, mandi bunga, cukur jambul, berarak dengan tandu serta paluan kompang.

Ads

Dia juga turut menetapkan syarat agar anaknya mengenakan busana tradisional berasaskan songket dan bukan gaun pengantin moden, demi memastikan identiti budaya Melayu terus dipelihara.

Anda mungkin berminat dengan

“Dia tak boleh pakai gaun. Kalau dia nak pakai gaun, dia boleh buat di sebelah pihak lelaki.

“Kena pakai songket. Kena ikut cara Melayu yang betul,” tegasnya.

Terdahulu, Erma mencuri perhatian ramai apabila memuat naik sepotong video di Instagram yang memaparkan dirinya sedang sibuk menyiapkan pelbagai persiapan menjelang majlis pertunangan anaknya, beberapa hari sahaja lagi.

Dalam perkembangan lain, Erma kini sedang sibuk menyiapkan drama episod terbaharu, Dia Perempuan Sialan yang bakal ditayangkan September depan.

Drama 12 episod ini membariskan para pelakon terkenal Malaysia dan Indonesia seperti Hannah Delisha, Meerqeen, Caitlin Halferman dan ramai lagi.
Erma Fatima Tak Serah Orang Lain, Buat Sendiri Hantaran & Dekorasi Demi Majlis Tunang Anak – “Kena Pakai Songket, Ikut Cara Melayu Yang Betul.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ermafatima (@ermafatima)

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Elly Mazlein Bangga Anak Sulung Raih ‘Straight A’, Ikhtiar Pantau Pelajaran...

Selebriti versatil, Elly Mazlein amat bersyukur apabila anak sulungnya, Puteri Sara Sefhia berjaya meraih keputusan semua A di dalam peperiksaan yang diambilnya, baru-baru ini.
error: Hello. Cannot.