Tahniah diucapkan kepada pempengaruh media sosial, Tyra Kamaruzzaman yang telah selamat melahirkan cahaya mata sulungnya pada pagi 19 Januari 2025.
Tyara Nama Anak sulung
Berita gembira itu dimaklumkan Tyra menerusi hantaran terkini di Instagram yang dimuat naik sambil berkongsi beberapa gambar bersama pertama hati dan suami, Imran Rijal.
Menerusi perkongsian sama, pasangan ini turut memaklumkan nama anak iaitu Tyara di samping menyatakan rasa syukur atas kehadiran zuriat sebagai pelengkap keluarga.
Sehingga kini, hantaran tersebut sudah pun menerima lebih 70,000 tanda suka.
“Kami telah menyambut kehadiran malaikat kecil kami yang penuh keberkatan, Tyara binti Emran pada pagi 19 Januari 2025,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Ads
Hantaran tersebut pantas menerima pelbagai reaksi daripada pengikut yang rata-ratanya turut tumpang gembira dan menitipkan ucapan tahniah kepada pasangan ini.
Imbas kembali, Tyra dan Emran telah mendirikan rumah tangga pada 3 Mei 2024 dan pasangan itu dinikahkan oleh bapa Tyra, Haji Kamaruzzaman di Boathouse, Kuala Lumpur.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kisah tragis bekas ahli kumpulan One Direction, Liam Payne, yang meninggal dunia pada 16 Oktober 2024, terus menjadi topik hangat dalam kalangan peminat dan industri hiburan.
Susulan kejadian tersebut, pihak mahkamah Argentina telah mendakwa lima individu atas kesalahan yang dikaitkan dengan kematiannya.
Tuduhan melibatkan tiga individu atas pertuduhan membunuh tanpa niat dan dua lagi atas kesalahan membekalkan bahan terlarang.
Mereka yang didakwa atas tuduhan membunuh tanpa niat adalah Rogelio “Roger” Nores, seorang ahli perniagaan yang juga rakan kepada Liam, Gilda Martin yang merupakan Pengurus Hotel dan Esteban Grassi yang merupakan Penyambut Tetamu Hotel.
Manakala Ezequiel Pereyra dan Braian Paize yang merupakan pekerja hotel menghadapi tuduhan membekalkan dadah kepada Payne sebelum kematiannya.
Jika didapati bersalah, Gilda, Esteban dan Rogelio boleh dikenakan hukuman penjara antara satu hingga lima tahun. Manakala, Ezequiel dan Braian pula berdepan hukuman lebih berat, iaitu penjara antara empat hingga 15 tahun.
Imbas kembali, bintang berusia 31 tahun itu meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat tiga bangunan hotel yang didiaminya di Buenos Aires, Argentina.
Laporan autopsi mendedahkan bahawa badan Liam mempunyai kandungan alkohol, kokain, dan ubat antidepresan semasa kejadian.
Penemuan ini menimbulkan spekulasi bahawa faktor-faktor tersebut mungkin menyumbang kepada keadaan mental dan fizikalnya sebelum insiden berlaku.
Jasad Liam disemadikan di sebuah tanah perkuburan di Amersham, Buckinghamshire dekat London pada 20 November 2024, kira-kira sebulan lebih selepas kematiannya.
Dilihat makin akrab bersama, pelakon Sherie Merlis menyifatkan bahawa hubungannya bersama aktor, Hasnul Rahmat tidak lebih daripada sahabat baik.
Menurut Sherie atau nama sebenarnya Sharifah Saadah Wan Zainal Kassim, bukan mudah buat seseorang pelakon untuk mempunyai sahabat baik berikutan komitmen kerja yang sangat sibuk.
Namun, dia menghargai persahabatan yang terjalin selain menganggap Hasnul sebagai seorang rakan yang memahami.
“Saya dan Hasnul hanya berkawan. Sebagai pelakon, perkara yang paling menyedihkan ialah kita susah nak mencari kawan.
“Bila kita rapat dengan seseorang, pada permulaannya kita akan mudah berjumpa. Kemudian, kita akan kembali sibuk dengan penggambaran yang memakan masa berbulan-bulan.
“Itu membuatkan orang berasa bosan. Bila lagi mereka boleh berjumpa dengan saya. Mereka mungkin boleh datang ke set tapi saya perlu bekerja 24 jam. Macam mana mereka nak tunggu?
“Bila nak rapatkan kembali hubungan itu jadi agak susah. Orang tak boleh nak menunggu dan banyak aktiviti kita tak boleh buat bersama,” katanya kepada MH.
Sherie berkata sedemikian ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem Bisikan Dosa di TGV KLCC, Kuala Lumpur pada Isnin.
Katanya lagi, dia dan Hasnul sangat memahami jadual kerja masing-masing dan mereka tiada masalah jika lama tidak berjumpa.
“Bila saya bersama dengan Hasnol, dia adalah seorang kawan yang baik. Kami sentiasa menyokong antara satu sama lain. Ada juga masa yang kami tak dapat nak berjumpa kerana sibuk dengan jadual masing-masing.
“Namun, kita faham situasi masing-masing,” katanya lagi.
Ditanya sama ada dia dan Hasnol mempunyai perancangan untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius, ini reaksi Sherie;
“Terima kasih kerana bertanya soalan ini terus kepada saya dan bukan dengar daripada orang lain. Nak kata kami ada hubungan seperti kekasih, saya tak boleh nak mengiyakan.
“Anda perlu bertanya kepada Hasnul juga. Ia tidak adil kalau saya main cakap sahaja. Kami belum sampai tahap nak mencari publisiti dengan isu sebegini.
“Hasnul adalah antara pelakon lelaki yang rapat dengan saya. Saya juga ada berkawan dengan pengarah dan penolong pengarah. Mereka sahaja yang faham saya. Tak call pun mereka tak kecil hati,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Sherie akui menghargai persahabatannya bersama Hasnul yang bertahan sehingga hari ini.
“Perkenalan kami bukanlah sejak dari awal bergelar artis tapi sebelum saya berkahwin. Namun, ketika itu, Hasnul sudah ada girlfriend. Kemudian, berkahwin dan cerai. Kami tetap berkawan.
“Ketika ini, susah untuk mencari kawan baik. Sesiapa yang sanggup bertahan menjadi kawan saya, saya hargai sangat pengorbanan mereka,” akhirinya.
Untuk rekod, Sherie pernah berkahwin dengan pelakon Esma Daniel pada 1992 namun bercerai lima tahun selepas mendirikan rumah tangga.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Habib Daniel dan Harith Daniel.
Sherie kemudiannya bernikah dengan penerbit muzik Tengku Shafiz-Rullah Tengku Mohd Shahid atau lebih dikenali sebagai Ash pada 2 Januari 2012.
Bagaimanapun, pasangan ini difahamkan sudah berpisah pada Disember 2023 selepas Ash memuat naik hantaran memberitahu dia kini bergelar bapa tunggal.
Sherie dan Ash dikurniakan dua cahaya mata iaitu Tengku Kaseh Anaqah dan Tengku Areef Bolkiah As Syafiee
Selepas Sherie kembali solo, tular dakwaan mengatakan dia dan Hasnul sedang menjalin hubungan cinta kerana sering dilihat keluar bersama.
Dalam perkembangan lain, Sherie bakal muncul dengan filem terbaharu berjudul Bisikan Dosa yang akan ditayangkan di seluruh pawagam tanah air bermula 9 Januari ini.
Selain Sherie, Bisikan Dosa turut dibintangi barisan pelakon popular termasuk Farid Kamil, Sara Ali, Uqasha Senrose dan Juliana Evans.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kegembiraan juara Maharaja Lawak Mega 2019, Man Raja Lawak yang baru sahaja memiliki kereta baharu jenis Ford Mustang, tidak bertahan lama apabila kenderaan tersebut rosak selepas sekali digunakan.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Man atau nama sebenarnya, Abdul Rahman Kassim, 48, berambah sedih apabila kerosakan tersebut difahamkan bukan berpunca daripada dirinya.
“Semua yang berlaku ada hikmahnya. Rezeki pembuka tahun 2025 dah rasa happy sangat-sangat dapat beli ‘musang’ (Mustang).
“Tapi yang sedih abang sempat bawa sekali jer pergi Melaka dengan famili lepas tu enjin problem di sebabkan orang lain,” luahnya.
Susulan itu, Man menjelaskan dia terpaksa menanti beberapa bulan untuk dibaiki sebelum dapat menggunakan kembali kenderaan tersebut.
“Sekarang abang terpaksa kena tunggu dua bulan baru merasa balik nak bawa. Air liur dah meleleh ni.
“Sabar jer lah, reda dan doakan abang kuat dan tabah untuk jalan terus,” kongsinya lagi.
Meninjau ke ruangan komen, para peminat turut sama mendoakan agar urusan Man dipermudahkan.,
Sehingga kini, hantaran berkenaan sudah pun menerima hampir 3,000 tanda suka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Pelakon Elisya Sandha mendedahkan dia terlebih dahulu mendapatkan pandangan suaminya sebelum bersetuju menjayakan adegan mesra bersama rakan pelakon, Aliff Aziz, dalam drama Madu Atau Racun.