
Bersatu dalam semangat kebersamaan walaupun dengan perbezaan arah dan tujuan, dua syarikat terkenal iaitu XO House dan High Cultured menyifatkan tiada apa yang mustahil.
Ini kerana, dua syarikat berkenaan sebenarnya berjalan seiring dengan visi pemikiran yang sama sekali gus menyatukan elemen fesyen serta muzik.
Lakar Memori Indah
Sambutan ulang tahun ke-17 High Cultured tahun ini nyata melakar momen tersendiri apabila melakukan kolaborasi bersama syarikat muzik XO House melalui konsert mini pada 17 Januari lalu.
XO House x High Cultured House Party berlangsung meriah di Bentley Music Auditorium, dihadiri hampir 1,000 penonton.
Untuk rekod, setelah penjualan tiket diumumkan, tiket konsert mini berkenaan habis terjual hanya dalam tempoh kurang dari seminggu.
Konsert mini ini turut menghasilkan lapan reka bentuk baju eksklusif, mencerminkan identiti simbolik XO House serta kerjasama yang unik antara dua dunia.
Malah ia turut dipertingkatkan ke tahap yang lebih segar, oleh bintang naungan XO House, Iman Troye, Dalia Farhana, Zubir Khan, Naim Daniel dan Alya Mardien yang menghidupkan setiap karya eksklusif dan memamerkan gabungan sempurna ‘streetwear’
Lalu, persembahan eksklusif daripada barisan artis-artis nyata memukau dan barangan eksklusif diberikan kepada tetamu, menambah sentuhan istimewa pada malam tersebut.
View this post on Instagram
Seni, Inovasi & Budaya
Adib Hamdi selaku Pengasas dan CEO XO House berkata, kerjasama bersama High Cultured ini adalah padanan semula jadi.
“Kami berkongsi visi yang sama untuk menggabungkan seni, inovasi, dan budaya. pengalaman yang tidak dapat dilupakan. ‘House Party’ ini umpama pencapaian yang melakar kejayaan manis buat kami,” katanya.
Ditubuhkan pada tahun 2020, XO House turut menawarkan pengurusan bakat, pengeluaran muzik dan video, serta perkhidmatan strategi pemasaran.
Dalam perjalanan menempuh cabaran, beberapa kisah kejayaan XO House turut tercipta.
“Iman Troye contohnya pernah dicalonkan untuk Anugerah Pilihan Kanak-Kanak Nickelodeon dalam Kategori Artis Asia Terbaik mewakili Malaysia untuk tahun 2024.
“Tak lupa 2x Platinum untuk ‘Langit Yang Sama’ nyanyian Dalia Farhana dan kami turut memperkenalkan artis Zubir Khan selain Naim Daniel sebagai pemenang utama AJL34.
Malah, Alya Mardien, yang baru sahaja menandatangani kontrak dengan XO House.
Sementara itu, KC Teo dan Dennis Low selaku pengasas High Cultured menjelaskan, tujuan mereka bekerjasama adalah untuk menyediakan platform bagi kreativiti dan membawa pemikiran positif kepada golongan muda dan penonton yang lebih luas.
“Apabila kami bertemu dengan pengasas XO House, kami sedar bahawa kami mempunyai jalur visi dan cetusan pemikiran yang sama.
“Justeru, ini yang membawa kepada kerjasama ini seterusnya membantu kami untuk membuka jalan yang kukuh bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-17.
“Dengan lebih daripada 16 cawangan di seluruh Malaysia Barat, jenama ini telah menjadi nama yang dikenali ramai, terkenal dengan gaya berani dan visi kreatifnya” kata KC dan Dennis.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
@mediahiburanofficial Malam ni semuanya seperti membawa perasaan. Sedap Iman Troye bawakan lagu popular dari Indonesia ini. Crowd pun happening habis 👏🏻. #MHnews #MediaHiburan #NaimDaniel ♬ original sound – Media Hiburan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI