Penerbit yang juga komposer terkenal, Eddie Hamid, mendedahkan dirinya bersedia sekiranya berpeluang untuk menyertai program realiti popular, Gegar Vaganza (GV), selepas ini.

Eddie atau nama sebenarnya, Abdul Hamid Adenan, 62, berkata, dia sepatutnya menyertai musim ini (GV11) bagaimanapun terpaksa menolak tawaran tersebut atas kekangan komitmen terhadap kerja.

Terpaksa Tolak Masuk GV11

“Saya mahu sertai GV akan datang sekiranya ada peluang lagi. Saya dapat peluang untuk jadi peserta GV11, tapi saya tolak ketika itu sebab urusan kerja yang banyak dan tak dapat memberi komitmen.

“Program realiti GV pada saya adalah platform untuk penyanyi lama serlahkan semula bakat. Malah, kita yang buat keputusan untuk setuju menyertai atau tidak sebab ia bukan satu paksaan.

Ads

“Cuma, rezeki saya untuk bersaing di pentas GV11 sekarang bersama peserta-peserta lain tidak ada. Bukan saya takut nak terima, tapi tolak peluang itu bersebab,” katanya, petik Harian Metro.

Ulas Soal Kritikan

Ditanya mengenai kritikan juri profesional yang bakal diterimanya sekiranya menyertai rancangan tersebut, Eddie menjelaskan dia memahami kritikan diberikan juri sudah tentu berdasarkan kepada corak persembahan peserta dan vokal.

“Saya tak kisah dengan komen diberikan oleh juri walaupun pedas sebab faham itu adalah tugas mereka. Seteruk mana atau sebaik mana pun komen itu, sebagai peserta kita kena terima.

Ads

“Tak perlu nak rasa malu sebab kritikan dan komen juri itu bersebab. Kalau fikir malu, tak payahlah bersetuju nak masuk bertanding sebab bukan paksaan pun. Ia kerelaan sendiri.

“Apabila dah kata setuju, itu bermakna kita secara tak langsung sudah sedia jadi peserta. Bagi saya, terima saja komen juri itu dengan tenang dan positif. Pada masa sama, perbaki mana yang ditegur kurang atau lemah itu,” katanya lagi.

Ads

Eddie yang juga komposer lagu popular, Cinta Setandan Pisang atau atau Bea Soba Bea menambah, sekiranya ada artis menyifatkan yang diberikan komen juri sebagai memalukan peserta, itu hak masing-masing.

Ujarnya, apa saja berbentuk komen atau kritikan daripada pihak lain, ia adalah pandangan atau pendapat tiap individu dan terpulang juga sama ada kita mahu terimanya secara positif atau sebaliknya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

@mediahiburanofficial Lip lap lip lap Ning Baizura, nyanyi lagu ‘Bea Soba Bea’ #MHnews #MediaHiburan #FYP ♬ original sound – Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI