Penampilan pelakon jelita, Nelydia Senrose menjadi sorotan selepas dikatakan sudah tidak lagi berhijab sejak Jun tahun lalu.
Nelydia atau nama sebenarnya Nik Zaris Nelydia Nik Sen, 31, bagaimanapun menjelaskan dia sedang berusaha untuk memperbaiki diri ke arah kebaikan.
Usaha Jadi Insan Terbaik
“Macam saya pernah cakap sebelum ini saya sedang mencuba dan masih mencuba dan tak akan berhenti untuk menjadi manusia lebih baik,’ katanya.
Adik kepada aktres, Uqasha Senrose bagaimanapun memohon doa yang baik ramai berhubung penampilannya.
Ads
“Jadi saya mengharapkan doa daripada orang ramai untuk saya menjadi manusia yang lebih baik. Saya tahu dan percaya doa yang baik itu akan berbalik kepada diri kita,” tuturnya lagi, lapor Xtra.
Mengulas sama ada dia menyedari namanya dikritik susulan tidak lagj berhijab meskipun berstatus Hajah, Nelydia memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai isu tersebut.
“Saya tak nak komen lebih lanjut mengenai perkara ini,” katanya ringkas.
Ads
Kembali Berlakon Selepas Setahun
Dalam perkembangan lain, Nelydia bakal membintangi drama Seindah Hujan Cinta di TV3 selepas hampir setahun tidak terlibat dalam mana-mana penggambaran.
“Watak saya dalam drama ini memang sangat berbeza daripada yang saya pernah bawa sebelum ini, nak kata antagonis itu boleh tetapi ada ‘dark side’.
Ads
“Selain itu, skrip drama ini menarik, bayaran pun setimpal dan saya juga rindu nak berlakon,” katanya.
Sebelum ini, Nelydia menjadi sorotan ramai sejak Jun tahun lalu selepas tular beberapa video memaparkan dirinya tidak memakai hijab.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Sumber: Xtra
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kehadiran figura penyanyi popular, Datuk Seri Siti Nurhaliza di pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34) yang bersiaran secara langsung pada Ahad, nyata menggamatkan penonton yang memenuhi ruang tempat duduk di Axiata Arena, Bukit Jalil.
Bintang yang sinonim digelar sebagai Penyanyi Nombor Satu Negara itu membuat kejutan dengan menyanyikan lagu Anta Permana bersama Bob Yusof, di tengah-tengah persembahan.
Sebaik kelibatnya muncul seluruh penonton bersorak dan rata-ratanya tidak menjangka akhirnya penyanyi itu membuat kemunculan di pentas berprestij berkenaan.
Siti yang mengenakan busana rona merah hati mendapat sorakan dan tepukan gemurah dari penonton yang ternanti-nantikan kelibat penyanyi itu selepas sekian lama tidak muncul di pentas AJL.
Terdahulu Siti dalam satu kenyataan media akui tidak menolak kemungkinan untuk menyanyikan lagu Anta Permana di pentas AJL34 nanti.
Terdahulu berikutan keputusannya untuk tidak lagi bertanding dalam program Muzik-Muzik, lagu dendangannya itu telah diganti oleh Bob apabila ia layak bersaing pada peringkat separuh akhir, November lalu.
Anta Permana merupakan lagu ciptaan Hael Husaini bersama Ezra Kong.
Kali terakhir Siti beraksi di pentas AJL pada 2008 iaitu AJL22 menerusi lagu Destinasi Cinta.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Usahawan dan pempengaruh sensasi, Nur Sajat Kamaruzzaman ralat mengenai dakwaan pihak tidak bertanggungjawab yang kononnya dia sudah meninggal dunia di luar negara.
Terkilan dengan penyebaran perkara itu, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 40, menjelaskan ini bukan kali pertama dia menjadi mangsa berita seupamanya.
“Sampai hati buat cerita begini pada Sajat. Mentang-mentanglah Sajat jarang buat ‘live’, korang mudah buat cerita bukan-bukan pada Sajat.
“Bukan pertama kali jadi macam ni, tahun lepas pun keluar cerita yang sama juga. Apa muslihat page-page (laman) ini ya? Tak sudah sudah,” luahnya.
Perkara itu dikongsikan penyanyi lagu Makhluk Penggoda itu menerusi hantaran terkini yang dikongsikan di Instagram, hari ini.
Ramai Simpati, Doa Yang Baik-Baik
Meninjau ke ruangan komen hantaran terbabit, rata-rata pengikutnya turut sama bersimpati atas situasi yang menimpa Sajat dan mendoakan agar urusannya di negara orang dipermudahkan.
Terdahulu, pempengaruh transgender itu kini menetap di Australia sejak 2021 selepas dia didakwa melarikan diri dari Malaysia atas sebab tertentu.
Sehingga kini, hantaran berkenaan sudah pun menerima sekitar 3,000 tanda suka disusuli dengan beratus komen warganet.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bekas isteri pemuzik, Ude Wahid iaitu Intan Liana Saleh berkongsi tips bahagia menerusi video yang dirakam di Instagramnya.
Kongsi ibu beranak dua ini juga, setiap individu perlu menyanyangi diri sendiri dan orang di sekeliling agar kehidupan akan lebih bahagia.
“Hari ini bonda nak cerita pasal love. Kalau kita nak gembira dan bahagia, kita kena sayang diri kita dan sayang orang sekeliling.
“Apabila kita sayang diri kita lebih, kita nampak dan hargai kelebihan yang ada dalam diri kita. Kita juga akan nampak diri kita special. Kita dapat kembangkan lagi potensi kita.
“Kalau kita sayang orang, orang akan sayang kita sebab inilah dipanggil ‘love attraction’. Kita juga perlu sayang persekitaran kita dan akan nampak setiap keistimewaan yang memberikan manfaat kepada diri kita sendiri,” ujarnya.
Lalu, perkongsian tersebut disetujui orang ramai yang telah memberikan komen pelbagai.
Untuk rekod, Intan dan Ude atau nama penuhnya Muhammad Radzi Abdul Wahid berkahwin pada 1 Mac 2013 dan dikurniakan dua anak, Arish Muqri dan Ariq Muqri.
Mereka bercerai pada 22 Mac 2018 dengan talak satu.
Ude kemudian berkahwin dengan pelakon Izreen Azminda pada 8 Ogos 2017 di Damansara, Petaling Jaya secara tertutup.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Aaron Ibrahim, 2 bulan.
Dalam usaha mengangkat seni tari Malaysia, Stephy Dance Group (SDG) menjalinkan kerjasama strategik dengan VIBES International Agency (VIBES).
Pengasas SDG, Datuk Stephanie Low berkata menerusi...