Pelawak dan usahawan popular, Shuib teruja apabila progam podcastnya, Dol’s Podcast tercalon dalam kategori Program Digital Tergempak di Anugerah Gempak Most Wanted (GMWA) 2024.

Menurut Shuib, ini antara pengiktirafan terbesar memandangkan program ini baru sahaja dimulakan kurang setahun lalu.

“Kritikan Itu Bagus Agar Kami Tak Syok Sendiri,” – Shuib Teruja Dol’s Podcast Kini Ada Ramai Peminat

“Ini adalah kategori pertama yang diperkenalkan oleh Gempak Most Wanted untuk program podcast. Kami juga merupakan program podcast yang baru sahaja bermula enam bulan yang lepas.

“Bila diberitahu yang kami ini top 5, takkanlah kami tidak gembira. Rasanya seperti hari raya dan kami sangat seronok,” katanya kepada MH.

Dalam pada itu, seorang lagi pelawak, Mamat Sepah turut merakamkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang telah menunjukkan sokongan terhadap Dol’s Podcast sehingga berjaya sampai hingga ke tahap ini.

“Kritikan Itu Bagus Agar Kami Tak Syok Sendiri,” – Shuib Teruja Dol’s Podcast Kini Ada Ramai Peminat

Ads

Dikatakan antara finalis favourite untuk memenangi kategori tersebut, Shuib enggan meletakkan harapan yang terlalu tinggi.

“Janganlah bagi kami harapan. Ini semua berbalik kepada penonton, pendengar dan peminat Dol’s Podcast. Hasil undian mereka yang meletakkan kami di sini.

“Jawapan siapakah yang akan bergelar kita akan tahu pada malam kemuncak nanti. Sama-samalah kita tunggu,” ujarnya.

Kontroversi Matangkan Dol’s Podcast

Meskipun pernah terpalit kontroversi, Shuib menyifat kritikan netizen merupakan antara pemangkin semangat buat Dol’s Podcast untuk terus menghasilkan konten-konten yang bermanfaat buat masyarakat.

Ads

“Kritikan Itu Bagus Agar Kami Tak Syok Sendiri,” – Shuib Teruja Dol’s Podcast Kini Ada Ramai Peminat

“Kritikan adalah satu perkara yang bagus dalam apa sahaja yang kita lakukan. Kita tidak akan syok sendiri. Ia juga akan menjadi petunjuk kepada kita tentang perkara yang boleh dan tidak boleh untuk dilakukan.

“Kami memang memerlukan kritikan yang membina. Saya akui Dol’s Podcast memang menerima banyak kritikan sejak awal tapi anda boleh milihat sendiri bagaimana kami menyerap kritikan tersebut untuk menjadikan kami lebih baik.

“Kami terima dan perbetulkan apa yang salah,” katanya lagi.

Ads

Dalam pada itu, Shuib turut memaklumkan Dol’s Podcast bakal memperkenalkan sebuah program baharu yang berkisarkan tentang kisah paranormal.

“Kami akan menghidangkan sesuatu yang baharu kepada para penonton kita. Ketika ini, kita ada segmen baharu iaitu Dol’s Podcast Paranormal.

“Ini merupakan sebuah program yang berbeza. Jadi, kami akan terus berusaha untuk menghasilkan kandungan-kamdungan menarik buat peminat, pendengar dan penonton Dol’s Podcast,” akhirinya.

Terdahulu, GMWA2024 yang dihoskan trio pengacara Sherry Alhadad, Sean Lee dan Amelia Henderson bakal berlangsung pada 23 Febuari ini bertempat di Auditorium MBSA, Shah Alam.

Acara ini bakal ditayangkan secara langsung di saluran Astro Ria serta platform penstriman Astro Go dan sooka.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI