Penyanyi terkenal, Dayang Nurfaizah bersyukur kerana salah satu lagu hitsnya, Seandainya Masih Ada Cinta ciptaan Ajai, masih kekal malar segar dan diminati oleh para peminat hingga kini.

Menurut Dayang, 44, lagu tersebut dirakamkan untuk album keduanya pada tahun 2000 dan penyanyi itu kini sudah pun 26 tahun terlibat dunia seni suara.

Hanya Menyanyi…

“Ketika proses rakaman lagu itu, Ajai tiada di studio. Bila lagu tersebut selepas proses rakaman baru dia datang dan dengar. Ketika itu jugalah saya pertama kali bertemu dengannya di studio.

“Waktu itu kita masih lagu muda dan naif, hanya nyanyikan lagu itu untuk dirakamkan. 

“Kita buat album pun ada A & R yang akan pilih lagu dan bincang lagu mana yang nak dijadikan single.

Ads

“Alhamdulillah, lagu itu ‘boom’, jadi rezeki untuk saya. Malah saya rasa diri ini bertuah kerana seseorang penyanyi itu untuk memilih ‘the song’ mungkin akan ambil masa dalam lima hingga 10 tahun.

“Tapi saya sudah dapat menerusi album kedua dan lagu itu menjadi lagu wajib untuk disampaikan dalam tiap persembahan.

”Bagi saya, setiap penyanyi itu ada perjalanannya sendiri dan masanya. Cuma untuk saya, rasa syukur kerana mendapat sebuah naskhah yang baik seperti lagu itu,” katanya.

Dayang yang kini muncul dengan album terbaharu berjudul Lemah, berkata demikian ketika ditemui pada Sidang Media Konsert By Ajai & Mega Friends di Kuala Lumpur, pada Isnin.

Ads

26 Tahun Dalam Industri, Dayang Nurfaizah Cerita Waktu Rakam ‘Seandainya Masih Ada Cinta’ – “Masa Tu Ajai Tak Ada.” 26 Tahun Dalam Industri, Dayang Nurfaizah Cerita Waktu Rakam ‘Seandainya Masih Ada Cinta’ – “Masa Tu Ajai Tak Ada.” 26 Tahun Dalam Industri, Dayang Nurfaizah Cerita Waktu Rakam ‘Seandainya Masih Ada Cinta’ – “Masa Tu Ajai Tak Ada.”

Momen Istimewa Bersama Ajai

Berkongsi mengenai Konsert By Ajai & Mega Friends, Dayang turut amat berbesar hati kerana sekali lagu bakat terlibat dalam persembahan tersebut yang sebelum ini dilangsungkan dengan kayanya di Zepp KL, Ogos tahun lalu.

“Saya berterima kasih kepada Ajai kerana sekali lagi mengundang saya untuk menyertai konsert ini, kali ini di Singapura. Saya terima pelawaan ini memandangkan kami mempunyai momen bermakna menerusi lagu Seandainya Masih Ada Cinta,” katanya.

Ads

Dalam konsert tersebut, Dayang bakal menyampaikan dua lagu, iaitu Seandainya Masih Ada Cinta dan sebuah lagu popular Allahyarham Siti Sarah Raisuddin, Kesetiaan.

Selain Dayang, Konsert By Ajai & Mega Friends yang dijadualkan berlangsung pada 10 Mei depan di The Star Theatre, Singapura, akan menampilkan barisan penyanyi popular seperti Aina Abdul, Hafiz Suip, Hazama dan Asmidar.

Ajai juga bakal membuat persembahan selain penampilan istimewa, Talita iaitu satu-satunya anak perempuan kepada Allahyarham Siti Sarah Raisuddin, sebagai penyanyi jemputan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI