
Penyanyi dan pelakon, Naim Daniel reda apabila hubungan cintanya bersama si dia yang dibina sejak empat tahun lalu berakhir di pertengahan jalan.
Naim atau nama sebenarnya, Muhammad Naim Daniel Baharim secara terbuka mengakui dirinya yang membuat keputusan untuk mengakhiri hubungan tersebut demi ‘mencari’ hala tuju hidup sendiri.
Mencari Diri Sendiri
“Ya betul, saya yang tinggalkan. Pada saya, saya juga perlu mencari sesuatu untuk diri sendiri. Apa yang sedang saya lalui ketika ini adalah proses untuk mencari diri sendiri.
“Saya reda bila tiada rezeki yang panjang buat hubungan tersebut. Saya okay sahaja. The best part is, saya masih ada orang-orang yang menyokong seperti keluarga, peminat, rakan-rakan media dan sahabat yang sentiasa doakan saya.
“Doa-doa kecil ini yang buatkan diri saya kuat,” katanya kepada MH ketika ditemui di acara House Party XO House di Petaling Jaya, pada Jumaat.
Penyanyi lagu Sumpah ini menambah, walau hati masih sayang, dia tiada hak untuk menghalang orang lain dalam menentukan hidup mereka sendiri.
“Pada saya, hidup ini harus diteruskan. Saya tidak terlalu berpegang dengan cara bila kita sayang seseorang, kita tak boleh nak melepaskan. Jika perhubungan itu tiada rezeki, kita kena terima,” ujarnya lagi.
Malah Naim menambah, dia kini mahu mulakan jalan hidup dan bersedia dengan apa sahaja yang akan mendatang.
“Boleh dikatakan juga saya terlalu sayang. Namun, bila habis sahaja tahun 2024 dan memasuki tahun 2025, saya sudah malas nak fikir.
“Ketika ini, sesiapa atau apa sahaja yang nak datang dalam hidup saya. Jika hati saya terbuka, saya akan sentiasa menerima,” katanya lagi.
Namun, pelakon drama Projek; Exit ini juga tidak menolak untuk berjodohan dengan orang baharu seterusnya melangkah ke alam perkahwinan.
“Mungkin ketika ini sudah sampai seru untuk berkahwin. Kadang-kadang, kita tak tahu bila seru itu sampai.
“Sebelum ini, tiada pun rasa nak berkahwin tapi kini ada pula rasa nak berkahwin. Ini semua soal perasaan.
“Namun, ketika ini saya belum nak mencari pasangan hidup. Saya nak fokus dengan apa yang perlu saya buat sekarang.
“Namun, kalau sudah sampai masa untuk saya berkahwin, sudah tentu saya akan menjadi orang yang paling gembira,” katanya.
Karya ‘Lelaki Gila’
Naim turut menterjemahkan emosinya menerusi karya terbaharu, ‘Lelaki Gila’.
“Ya saya patah hati. Kata orang, bila sedih ini, baik buat lagu. Saya pegang kata-kata itu. 2024 merupakan titik terendah saya dari segi kehidupan dan percintaan.
“Saya belum betul-betul move on tapi masih dalam proses. Apa yang ada dalam hati ini Allah sahaja tahu,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
View this post on Instagram
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI