Pelakon antarabangsa asal Ipoh, Perak, Tan Sri Michelle Yeoh mencipta sejarah apabila menjadi pelakon pertama dari Malaysia untuk memenangi anugerah berprestij Golden Globes.

Wanita berusia 61 tahun ini berjaya memenangi kategori pelakon filem wanita terbaik komedi atau muzikal menerusi lakonan cemerlangnya dalam filem Everything, Everywhere All At Once.  Kejayaan yang dikecapi oleh Michelle ini menjadikan dia wanita berketurunan Asia kedua memenangi anugerah itu selepas Awkwafina memenangi anugerah yang sama pada tahun 2020 menerusi filem The Farewell.

Tan Sri Michelle Yeoh Menang Kategori Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Golden Globes 2023

Ketika menerima anugerah tersebut, pemegang gelaran Miss World Malaysia 1983 ini menerima tepukan gemuruh dan standing ovation daripada beberapa pelakon lain. Memulakan perjalanan seni sebagai ratu cantik dia berjaya berkembang sebagai pelakon hebat yang disegani.

IKLAN

“40 tahun dan saya tidak akan melepaskan trofi ini. Ia merupakan jalan yang menakjubkan dan perjuangan yang hebat untuk berada di sini hari ini. Tetapi saya rasa semuanya berbaloi. Saya masih ingat ketika kali pertama saya datang ke Hollywood, ia merupakan mimpi menjadi kenyataan ketika saya sampai ke sini,” ucapnya

Untuk sampai ke tahap sekarang bukanlah mudah, pada usia 61 tahun, Michelle Yeoh sudah melalui pelbagai cabaran bergelar seorang anak seni berketurunan Asia dalam industri yang didominasi oleh mereka yang berkulit putih.

IKLAN

Tan Sri Michelle Yeoh Menang Kategori Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Golden Globes 2023

“Ini untuk individu-individu yang memberikan bahu kepada saya, semua yang kelihatan seperti saya sebelum ini dan semua yang akan bersama saya dalam perjalanan ini pada masa hadapan. Terima kasih kerana percayakan kami,” kongsinya lagi menegaskan mengenai keterlibatan anak seni keturunan Asia yang berada di Hollywood.

IKLAN

Menghadiri majlis berprestij itu, Michelle Yeoh tampil anggun dalam persalinan Armani Prive penuh kilau dan melengkapkan penampilannya dia menggayakan subang minimal, rantai elegan dan gelang dempak.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI