Ads

“Takkan Saya Nak Tunjuk Dekat Anak Muda Yang…,” – Jazmy Juma Tetap Beri Had Dalam Babak Romantis, Isteri Faham Tuntutan Kerjaya

Jazmy
Jazmy

Pelakon Jazmy Juma mengakui dia akan mempertimbangkan pelbagai aspek terlebih dahulu sebelum bersetuju untuk menjayakan babak romantis menerusi karya yang dilakonkan.

Ia bagi memastikan situasi tersebut sesuai dengan tontonan umum dan sebagai pelakon yang bertanggungjawab, Jazmy perlu meletakkan limitasi demj memastikan setiap babak bersesuaian dalam konteks karya.

“Takkan Saya Nak Tunjuk Dekat Anak Muda Yang…,” – Jazmy Juma Tetap Beri Had Dalam Babak Romantis, Isteri Faham Tuntutan Kerjaya

“Takkan Saya Nak Tunjuk Dekat Anak Muda Yang…,” – Jazmy Juma Tetap Beri Had Dalam Babak Romantis, Isteri Faham Tuntutan Kerjaya“Untuk menjayakan babak romantis, saya memang kena letak had.

“Bukan kerana saya tidak mahu pikul tanggungjawab sebagai seorang pelakon tapi saya kena sedar yang saya berlakon di mana, slot apa, ditayangkan di mana dan siapa penonton saya.

“Saya memikirkan semua itu. Walaupun ada yang mengatakan pelakon kena pikul tanggungjawab, saya tetap kena fikir apa kesannya.

“Misalnya, takkan saya nak tunjuk dekat anak muda yang tonton drama pada pukul 7 malam. Mungkin saya ada terlepas pandang tapi saya tetap cuba mengawalnya,” kata Jazmy kepada MH.

Bintang kelahiran program Hero Remaja 2019 itu berkata sedemikian ketika ditemui di acara tayangan perdana drama Yes! Captain Zul Aaryan, baru-baru ini.

Ads

Baca Artikel Lain;

https://www.mediahiburan.my/kalau-letak-harapan-tinggi-takut-kecewa-anna-jobling-percaya-rezeki-kembali-dengan-genre-romantik-komedi-di-samping-jazmy-juma/

Anna Jobling Aktres Yang Memahami

Mengulas mengenai babak-babak romantis yang dilakonkan bersama Anna Jobling, Jazmy bersyukur kerana digandingkan bersama pasangan yang memahami kerjaya dan profesionalise masing-masing.

“Takkan Saya Nak Tunjuk Dekat Anak Muda Yang…,” – Jazmy Juma Tetap Beri Had Dalam Babak Romantis, Isteri Faham Tuntutan Kerjaya

Ads

“Saya dan isteri sudah berkenalan agak lama. Alhamdulillah saya ada sistem sokongan yang baik. Saya juga sudah beberapa tahun bergelar pelakon.

“Sehingga sekarang, belum pernah timbul sebarang isu mengenai cara kerja saya. Walaupun sudah berkahwin, saya akan tetap penuhi ‘bucket list’ saya.

“Namun, sama ada berkahwin atau tidak, saya memang meletakkan limitasi di dalam kerja-kerja saya,” ujarnya lagi.

Dalam masa sama, Jazmy turut menepis dakwaan bahawa perubahan statusnya boleh beri impak terhadap rating dan penerimaan penonton.

Ads

Jazmy Percaya Peminat Bijak Menilai

Tegas Jazmy, penonton kini sudah semakin bijak menilai sesebuah karya dan tidak lagi menjadikan status peribadi pelakon sebagai faktor utama untuk menyokong sesebuah drama.

Anda mungkin berminat dengan

“Takkan Saya Nak Tunjuk Dekat Anak Muda Yang…,” – Jazmy Juma Tetap Beri Had Dalam Babak Romantis, Isteri Faham Tuntutan Kerjaya “Takkan Saya Nak Tunjuk Dekat Anak Muda Yang…,” – Jazmy Juma Tetap Beri Had Dalam Babak Romantis, Isteri Faham Tuntutan Kerjaya

“Sekarang kita sudah di tahun 2026. Kita sudah punyai penonton yang sangat bijak dan mereka boleh menilai jalan cerita drama itu sendiri. Mereka kini sudah punyai banyak ilmu kerana segalanya berada di hujung jari.

“Mereka akan tetap menonton sesebuah karya jika ia menyeronokkan. Mereka tonton bukan kerana pelakon semata-mata tapi kualiti cerita itu sendiri.

“Saya tidak risau tentang perubahan status. Saya sendiri tak tonton sesebuah drama kerana palakonnya sudah berkahwin atau tidak. Saya tonton kerana karya itu best.

“Jika pelakonnya kacak, cantik atau comel, itu bonus. Sementara saya pula lebih tertarik kepada penceritaan,” akhirinya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Astro Dah Berubah…Kini Boleh Strim Serta-Merta? 5 Keistimewaan Astro X3 Yang...

Astro Dah Berubah...Kini Boleh Strim Serta-Merta? 5 Keistimewaan Astro X3 Yang Menawan Hati SeisiKeluarga
error: Hello. Cannot.