“Allah Pilih Kami Untuk Terima Kurniaan Ini,” – Bakal Timang Anak Sulung Lelaki Cahaya Mata Lelaki, Nelydia Senrose Syukur Dikelilingi Insan-Insan Baik
Pelakon,Nelydia Senrose meluahkan rasa syukur kerana dikelilingi insan-insan berhati mulia yang hadir bagi meraikan majlis ‘gender reveal’ yang berlangsung pada Ahad lalu.
Menurut Nelydia, mereka yang hadir menzahirkan rasa teruja dan sudah pun menunjukkan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi terhadap cahaya mata sulungnya yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.
“Untuk Si Kecil kami, Ahad lalu adalah hari khas buatmu. Sebuah ruang dipenuhi insan yang hadir bukan kerana mengenalimu, tetapi kerana mereka sudah menyayangi-Mu.
“Setiap senyuman hadir dengan rasa teruja dan setiap doa yang dipanjatkan membawa harapan untuk kehidupan indah yang menantimu. Syukur, Alhamdulillah,” tulisnya.
Ads
Luahan tersebut dikongsikan pelakon drama Setia Hujung Nyawa itu menerusi hantaran terkininya di Instagram.
Teruja Menanti Kelahiran ‘Baby Boy’
Dalam pada itu, Nelydia turut mengakui dirinya amat teruja menantikan detik kelahiran cahaya mata sulungnya.
Ads
“Allah, pada waktu-Nya yang sempurna, telah memilih giliran kami untuk menerima kurniaan ini dan mengurniakan kami penghormatan serta keistimewaan untuk menjadi ibu bapa kamu.
Ads
“Sehinggalah tiba saat kami akhirnya dapat mendakapmu, kami akan terus menyayangimu, mendoakanmu, dan bersyukur kepada Allah kerana memilih kami untuk menjadi milikmu,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Nelydia dan suami, Datuk Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid, berkongsi khabar gembira apabila memaklumkan mereka bakal menyambut kehadiran cahaya mata lelaki.
Untuk rekod, pasangan itu telah mendirikan rumah tangga pada 6 April 2019.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Nelydia Senrose
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sebuah syarikat telekomunikasi tampil memberikan kenyataan susulan insiden tular di media sosial yang membabitkan dakwaan kebocoran bil peribadi akaun milik pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming.
Menerusi kenyataan rasmi, pihak yang berkaitan hari ini sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan berkenaan.
“Semua akses kepada akaun pelanggan direkodkan dan dipantau sepenuhnya. Hasil siasatan kami menunjukkan bahawa ini merupakan insiden terpencil yang melibatkan tindakan tanpa kebenaran.
“Tiada sebarang petunjuk bahawa insiden ini melibatkan pelanggan lain secara lebih meluas,” jelas kenyataan terbabit.
Dalam kenyataan sama, pihaknya turut memaklumkan sudah mengenal pasti individu yang dikaitkan dengan dakwaan insiden berkenaan.
“Kami akan menghubungi pelanggan berkenaan pagi ini berkaitan perkara tersebut.
“Kami memohon maaf atas insiden ini. Kami kekal komited terhadap privasi data dan perlindungan data peribadi,” tambah kenyataan itu lagi.
berkaitan bil telefon peribadinya boleh diketahui pihak lain sehingga didedahkan secara terbuka di media sosial.
Pempengaruh itu juga meminta penjelasan daripada pihak telco mengenai dakwaan kebocoran maklumat bil telefon peribadinya yang dikaitkan dengan seorang
Terdahulu, Khairul Aming menuntut penjelasan sebuah pihak telco bagaimana butiran bil miliknya didakwa boleh diketahui pihak lain sebelum ia dikongsikan di media sosial.
Sebelum ini, seorang pengguna Threads mendakwa usahawan terbabit mempunyai tunggakan bil, selain mengaitkannya dengan beberapa perkhidmatan tambahan.
Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Rita Rudaini akui hairan dengan sikap segelintir pihak yang didakwa masih mengikuti setiap perkembangan dirinya semata-mata untuk membenci.
Dakwa Rita, ada pihak yang seolah-olah kurang senang dengan setiap tindak-tanduknya, sama ada dalam kehidupan sebenar mahupun di media sosial.
“Kuat juga rupanya aura RR. Bertahun-tahun berlalu, tapi masih ada yang berdebar bila dengar nama, nampak gambar, atau sekadar tahu kewujudan.
“Kalau betul tak suka, kenapa masih sibuk memerhati? Pelik eh?,” tulis pelakon drama Jiwa Seorang Pentaksub itu menerusi hantaran terkini di aplikasi Threads.
Rita turut mendakwa dua anak lelakinya kini makim meningkat dewasa telah menyaksikan sendiri segala kepayahan serta ujian yang dilaluinya sebagai ibu tunggal.
“Dari dulu kena hentam, difitnah dan diuji. Sekarang anak-anak sudah besar.
“Mereka nampak sendiri air mata, penat lelah, jatuh bangun mommy.
“Jadi jangan hairan kalau mereka berdiri di depan untuk lindungi ibu mereka,” ujarnya lagi.
Tambah Rita, jika ada yang kurang senang melihat kehidupan bahagianya, adalah lebih baik untuk berhenti mengambil tahu agar tidak memberi tekanan kepada diri sendiri.
“Bayang mommy dulu yang dikejar. Sekarang, bayang anak-anak pun ada yang mula rasa tak senang.
“Nasihat kecil, kalau tak suka, jangan skodeng. Takut makin stress,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Rita cekal membesarkan dua anaknya, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna, sebagai ibu tunggal.
Untuk rekod, dirinya pernah mendirikan rumah tangga dengan bekas pemain bola sepak negara, Aidil Zafuan Abd Razak pada tahun 2008 sebelum bercerai lima tahun kemudian.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi kacukan Malaysia-Filipina, Yazmin Aziz terus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara bakat muzik tempatan yang semakin menyerlah di persada antarabangsa apabila berjaya mara ke Pentas Akhir Singer Malaysia, sebelum bakal berlepas ke Mongolia bagi menjayakan persembahan di sebuah festival kebudayaan bertaraf antarabangsa.
Penyanyi muda itu bakal membuat persembahan di ARA Fest 2026, salah satu festival kebudayaan terbesar di Mongolia yang berlangsung sepanjang Julai di ARA Complex, Arkhangai Aimag.
Festival berkenaan menghimpunkan pelbagai elemen kebudayaan termasuk konsert muzik, seni tradisional Mongolia, pameran seni kontemporari, hiburan keluarga, pelancongan, perlumbaan kuda, sukan lasak serta pertukaran budaya antarabangsa.
Lebih membanggakan, Yazmin menerima jemputan khas daripada penyanyi terkenal Mongolia, Bayartsengel, iaitu penyanyi asal lagu popular ‘Chigi Tigi Boom’, untuk berkongsi pentas di festival berkenaan.
Jemputan itu turut membawa nilai sentimental buat Yazmin kerana dia pernah mempersembahkan lagu berkenaan ketika mewakili Malaysia dalam pertandingan nyanyian antarabangsa Silk Way Star di Kazakhstan tahun lalu.
Persembahan tersebut berjaya mencuri perhatian Bayartsengel, sekali gus menjadi titik permulaan kepada jemputan istimewa untuk membuat persembahan bersama di Mongolia.
Turut memeriahkan ARA Fest 2026 ialah Bayartsengel sendiri serta Michelle Joseph, juara Silk Way Star 2025, sekali gus menjadikan festival berkenaan sebagai platform yang meraikan muzik Mongolia di samping memperkukuhkan kerjasama seni di peringkat antarabangsa.
Bagi Yazmin, peluang tersebut menjadi satu lagi langkah penting dalam perjalanan kerjayanya yang kini semakin berkembang merentasi sempadan Malaysia.
Pencapaian terbaharu ini hadir hanya beberapa bulan selepas Yazmin mencipta sejarah apabila diberi peluang membuat persembahan di atas Wish Bus, platform persembahan muzik secara langsung yang terkenal di peringkat antarabangsa, sekali gus memperluaskan lagi pendedahannya kepada peminat muzik global.
Sebelum itu, Yazmin turut mengharumkan nama Malaysia apabila mewakili negara ke pertandingan nyanyian antarabangsa Silk Way Star di Kazakhstan, dengan memukau penonton menerusi kekuatan vokalnya sambil memperkenalkan bakat muzik Malaysia kepada khalayak antarabangsa.
Kini, Yazmin sekali lagi mencipta perhatian apabila berjaya mara ke Pentas Akhir Singer Malaysia, antara pertandingan nyanyian berbahasa Cina terbesar di negara ini.
Apa yang menjadikan pencapaian itu lebih membanggakan ialah dia tidak fasih bertutur dalam bahasa Mandarin, namun tetap mampu bersaing dengan peserta lain yang membuat persembahan dalam bahasa tersebut.
Sepanjang pertandingan berlangsung, persembahannya menerima pujian daripada penonton dan barisan juri, sekali gus membuktikan bukan sahaja kehebatan vokalnya, malah kesungguhan untuk meneroka pengalaman muzik serta budaya baharu.
Dengan Pentas Akhir Singer Malaysia yang bakal berlangsung hujung minggu ini, Yazmin dijangka tidak mempunyai banyak masa untuk meraikan kejayaannya sebelum berangkat ke Mongolia bagi memenuhi satu lagi peluang berprestij di peringkat antarabangsa.
Sepanjang setahun lalu, Yazmin konsisten merebut pelbagai peluang untuk memperkenalkan muziknya kepada khalayak global, sekali gus membuktikan versatilitinya merentasi bahasa, budaya dan pelbagai genre muzik.
Daripada mewakili Malaysia di Kazakhstan, membuat persembahan di platform antarabangsa Wish Bus, bersaing dalam pertandingan nyanyian berbahasa Cina walaupun bukan penutur bahasa tersebut, sehinggalah kini bakal beraksi di Mongolia, Yazmin terus membuktikan bahawa muzik mempunyai keupayaan merentasi sempadan serta menyatukan masyarakat daripada pelbagai latar belakang.
Menjelang antara hujung minggu paling penting dalam perjalanan seninya setakat ini, Yazmin berharap kisah perjalanannya dapat menjadi inspirasi kepada lebih ramai anak muda Malaysia agar berani melangkah keluar daripada zon selesa serta melihat muzik sebagai bahasa sejagat yang mampu menghubungkan manusia tanpa mengira budaya dan negara.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tidak semua individu memilih untuk ‘healing’ dengan cara yang sama.
Bagi pempengaruh dan suami kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Ubai, melakukan servis e-hailing menjadi antara...