
Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil memberikan penjelasan berhubung pengiktirafan Ijazah Kehormat yang diterimanya daripada Sunway University selepas ia menjadi sorotan warganet, sejak semalam.
Menurut Siti, pihak Sunway University telah menghantar surat tawaran kepada beliau sejak tahun lalu sebelum satu pertemuan rasmi diadakan bagi menjelaskan sebab penyanyi lagu Kau Kekasihku itu dipilih untuk menerima pengiktirafan berkenaan.
Mengapa Dipilih Terima Ijazah Kehormat
“Pihak Universiti Sunway menghantar surat kepada saya untuk pengiktirafan ini.
“Saya dan pengurusan turut mengundang wakil universiti ke pejabat untuk bertemu, berbincang serta mendengar sendiri mengapa Ijazah Kehormat ini diberikan kepada saya.
“Saya tahu, setiap kali saya menerima atau dianugerahkan sesuatu dari institusi akademik, akan timbul ‘kata-kata’ yang sama,” kongsinya.
Dalam hantaran sama, Siti turut menghuraikan maksud sebenar Ijazah Kehormat (Honorary Degree), iaitu anugerah khas yang diberikan oleh sesebuah institusi pengajian tinggi tanpa perlu melalui proses pengajian akademik secara formal.
“Ia diberikan sebagai tanda penghormatan tertinggi kepada individu yang telah memberikan sumbangan luar biasa, luar biasa impaknya, dan berterusan dalam bidang tertentu serta masyarakat,” jelasnya.

Baca Artikel Lain;



“Saya Hanya Jalankan Tugas”
Siti turut menjelaskan, pengiktirafan dalam bidang Seni Kreatif dan Media itu diberikan sebagai penghargaan terhadap peranan serta sumbangannya dalam bidang seni.
Ia termasuk bakat, pencapaian, kepimpinan dan impak yang dibawa dalam meletakkan penanda aras muzik, seni persembahan serta media di peringkat tempatan dan antarabangsa.
“Terima kasih kerama sudi membaca. Dan selebihnya apa jua yang saya terima, saya sendiri tidak pernah terfikir kerana saya hanya menjalankan tugas saya.
“Apa yang datang selepas itu, saya syukuri,” akhirinya.
Anda mungkin berminat dengan
Terdahulu, ibu kepada dua cahaya mata itu menerima pengiktirafan Ijazah Sarjana Kehormat dalam bidang Seni Kreatif dan Media daripada Sunway University sebagai menghargai sumbangan cemerlang serta dedikasinya dalam memperkasa industri muzik dan seni kreatif tanah air.
Berita gembira itu dikongsikan penyanyi nombor satu negara itu menerusi Instagram miliknya, pada Khamis.
Menerusi ruang kapsyen pada hantaran berkenaan, penyanyi tersohor itu menyifatkan pengiktirafan diterima bukan sekadar penghargaan terhadap perjalanan seninya.
Malah turut dianggap sebagai pengiktirafan kepada seluruh warga industri muzik dan seni kreatif negara.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
View this post on Instagram
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

